Ucapan teristimewa untuk yang dikasihi ialah DOA

Assalamualaikum. Hai!


Masa hari ibu tempoh hari, semua pakat tulis entry pasal hari ibu. Semalam pulak hari guru, semua pakat tulis entry pasal hari guru. Tapi aku tak pulak menyibuk nak tulis entry jugak sempena hari-hari istimewa itu pada hari tersebut. Kenapa eh? Hee. Sebab tahun lepas dah tulis dah. Takkan tahun ni nak tulis lagi. Ke memang tetiap tahun kena tulis? Hoho. Err..takpe la kot eh tak tulis pun. Rasanya intipati entry yang akan ditulis pun nanti sama jugak macam entry tahun lepas. Tak syiok la.


Jadi aku ambil keputusan tak tulis entri istimewa pada hari tersebut. Kalau rasa teringin nak mengenali 4 orang ibu yang aku sayang dan ucapan aku untuk mereka, silalah pergi baca di entri "Ibu-ibu yang aku sayang". Kalau teringin nak baca dedikasi aku untuk bekas-bekas pendidik yang telah berjasa mendidik aku sehingga aku berjaya menjadi insan gemilang, silalah rajin-rajin kelik baca entri "Terima kasih cikgu!". Itu pun kalau korang teringin la nak baca. Tahun lepas punya. Tak teringin pun takpe. Aku tak paksa pun korang baca. ;p


Hari ni hari Wesak. Takde ke orang buat ucapan sempena hari Wesak? Kalau takde aku nak buat la. Baru nampak rare. Hua hua hua. Ucapannya, selamat bercuti buat diri aku dan mereka yang bekerja. Esok kena kerja semula. Jangan malas-malas ok! Kui3. Macam-macam la ang ni cik sha oi.

Well, dah semua entri aku bukak masa hari ibu semua cakap pasal ibu masing-masing. Semalam pulak penuh dashboard dengan entri sempena hari guru je. Jadi aku pun tak nak la melepaskan peluang buat entri sempena hari-hari istimewa tersebut kan? Kesudahannya, lahirlah entri ini walaupun hari sambutannye dah lepas. Gabung terus kedua-dua hari itu dalam entri ni. Tak kesah la dah basi pun.






Walaupun tak buat entri istimewa, aku tetap ucap kepada mereka yang selayaknya mendapat ucapan itu seperti yang selalu aku lakukan. Sebagai tanda menghargai mereka. Memang la setiap masa aku hargai. Tapi pada hari istimewa tersebut, ucapan diberikan supaya mereka merasa bahagia dan diingati. Ucap secara real lagi terasa kesan keistimewaannya. Kalau tulis je dalam belog bukan mereka baca pun kan? Pembaca-pembaca belog je la yang baca.


Korang yang beriya-iya tulis dalam belog tu, ucap tak secara real kat ibu yang korang sayang dia? Ucap tak secara real kat bekas cikgu korang terima kasih sebab dah didik korang? Ke cikgu-cikgu korang pun korang dah tak ingat dan tak berhubung? Takde la aku nak suruh wish semua bekas cikgu korang. Yang mana korang masih berhubung lagi la. Mustahil takde cikgu yang duduk dekat dengan area rumah korang kan? Sekarang dah ade pesbuk, mustahil jugak la takde senarai guru-guru, pensyarah-pensyarah korang dalam friendlist kan? Ke memang korang dah tak kontek lagi cikgu-cikgu korang dah? Yang tu takleh nak cakap ape la. Ehehe.


Apa-apa pun, yang penting keikhlasan kita yang masih mengingati mereka dan jasa yang pernah ditaburkan kepada kita. Walaupun dah tak berhubung dengan bekas guru, tak salah kita mendoakan yang baik-baik untuk kesejahteraan mereka walaupun mereka tak tahu. Dan bagi yang sudah tiada ibu, jangan bersedih. Tak semestinya mereka dah tiada, kasih sayang korang terhadap dia pun takda. Doakan kesejahteraan roh ibu korang di sana tu setiap hari. Semoga dia ditempatkan di kalangan yang dikasihi Allah. Doa lah penghubung kita untuk mereka yang teristimewa ini sampai bila-bila.




Bisik2:: Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru! Oh ye, Selamat Cuti Hari Wesak juga. ;p



*Gambar adalah carian dari Google.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. takyah ucap kat blog...sebab, bukan mak kita bukak blog baca ucapan tu.. tengok blog aku, takde pun entry khas hari ibu....

    lebih bermakna kalau belikan sarapan dan urut kaki ibu.. baru sampai rasa kasih sayang tu...

    p/s comel tak saya??? ^__^ apsal gedik lak hari ni....

    BalasPadam
  2. wish kat blog ngan fb..nasiblah kalau drg baca...hahahha..

    BalasPadam
  3. hari wesak kita tak sambut kan? hehehe... tak yah ucap pon tak pe.... setuju jugak.. kalau dah buat kat entri blog, lebih elok p ucap kat mak plak.. hehehe... kadang2 kata2 tu cukup bermakna buat si ibu..=)

    BalasPadam
  4. uhuk terasa.. ss buat entri masa hari ibu.. nak cakap depan segan so sambil tulis sambil berdoa supaya mak ss bace entri tu.. :p

    entri pasal ari wesak?? hahaha LOL

    BalasPadam
  5. haaaaa,kadang-kadang terlintas juga difikiran meaw ni....dorang yang ucap dalam blog tu kadang2 macam tak ikhlas,tayah la tulis punya panjang tapi ucapan tu sekadar untuk memenuhkan dashboard, kita buat sesuatu tu mesti kena ikhlas, betul la macam cik sha cakap kan tu...meaw sokong....mesti IKHLAS :)

    BalasPadam
  6. yang penting menghargai. :)

    BalasPadam
  7. hahaha...ucapan tu mesti ar kan...
    tapi tak puas hati tol lahh..
    mane boleh 2 in 1...
    kreatif je..hahaha =p

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan