Tuesday, 17 May 2011

~Ucapan teristimewa untuk yang dikasihi ialah DOA~

Assalamualaikum. Hai!


Masa hari ibu tempoh hari, semua pakat tulis entry pasal hari ibu. Semalam pulak hari guru, semua pakat tulis entry pasal hari guru. Tapi aku tak pulak sebok2 nak tulis entry jugak sempena hari2 istimewa itu pada hari tersebut. Kenapa eh? Hee. Sebab tahun lepas dah tulis dah. Takkan tahun ni nak tulis lagi. Ke memang tetiap tahun kena tulis? Hoho. Err..takpe la kot eh tak tulis pun. Rasanya intipati entry yang akan ditulis pun nanti sama jugak macam entry tahun lepas. Tak syiok la.


Jadi aku ambil keputusan tak tulis entri istimewa pada hari tersebut. Kalau rasa teringin nak mengenali 4 orang ibu yang aku sayang dan ucapan aku untuk mereka, silalah pergi baca di entri "Ibu-ibu yang aku sayang". Kalau teringin nak baca dedikasi aku untuk bekas-bekas pendidik yang telah berjasa mendidik aku sehingga aku berjaya menjadi insan gemilang, silalah rajin-rajin kelik baca entri "Terima kasih cikgu!". Itu pun kalau korang teringin la nak baca. Tahun lepas punya. Tak teringin pun takpe. Aku tak paksa pun korang baca. ;p


Hari ni hari Wesak. Takde ke orang buat ucapan sempena hari Wesak? Kalau takde aku nak buat la. Baru nampak rare. Hua hua hua. Ucapannya, selamat bercuti buat diri aku dan mereka yang bekerja. Esok kena kerja semula. Jangan malas-malas ok! Kui3. Macam-macam la ang ni cik sha oi. Well, dah semua entri aku bukak masa hari ibu semua cakap pasal ibu masing-masing. Semalam pulak penuh dashboard dengan entri sempena hari guru je. Jadi aku pun tak nak la melepaskan peluang buat entri sempena hari-hari istimewa tersebut kan? Kesudahannya, lahirlah entri ini walaupun hari sambutannye dah lepas. Gabung terus kedua-dua hari itu dalam entri ni. Tak kesah la dah basi pun.






Walaupun tak buat entri istimewa, aku tetap ucap kepada mereka yang selayaknya mendapat ucapan itu seperti yang selalu aku lakukan. Sebagai tanda menghargai mereka. Memang la setiap masa aku hargai. Tapi pada hari istimewa tersebut, ucapan diberikan supaya mereka merasa bahagia dan diingati. Ucap secara real lagi terasa kesan keistimewaannya. Kalau tulis je dalam belog bukan mereka baca pun kan? Pembaca-pembaca belog je la yang baca.


Korang yang beriya-iya tulis dalam belog tu, ucap tak secara real kat ibu yang korang sayang dia? Ucap tak secara real kat bekas2 cikgu korang terima kasih sebab dah didik korang? Ke cikgu-cikgu korang pun korang dah tak ingat dan tak berhubung? Takde la aku nak suruh wish semua bekas2 cikgu korang. Yang mana korang masih berhubung lagi la. Mustahil takde cikgu yang duduk dekat2 dengan area rumah korang kan? Sekarang dah ade pesbuk, mustahil jugak la takde senarai guru-guru, pensyarah-pensyarah korang dalam friendlist kan? Ke memang korang dah tak kontek lagi cikgu2 korang dah? Yang tu takleh nak cakap ape la. Ehehe.


Apa-apa pun, yang penting keikhlasan kita yang masih mengingati mereka dan jasa yang pernah ditaburkan kepada kita. Walaupun dah tak berhubung dengan bekas2 guru, tak salah kita mendoakan yang baik-baik untuk kesejahteraan mereka walaupun mereka tak tahu. Dan bagi yang sudah tiada ibu, jangan bersedih. Tak semestinya mereka dah tiada, kasih sayang korang terhadap dia pun takda. Doakan kesejahteraan roh ibu korang di sana tu setiap hari. Semoga dia ditempatkan di kalangan yang dikasihi Allah. Doa lah penghubung kita untuk mereka yang teristimewa ini sampai bila-bila.




Bisik2:: Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru! Oh ye, Selamat Cuti Hari Wesak juga. ;p



*Gambar adalah carian dari Google.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

Zulfikar Hazri said...

takyah ucap kat blog...sebab, bukan mak kita bukak blog baca ucapan tu.. tengok blog aku, takde pun entry khas hari ibu....

lebih bermakna kalau belikan sarapan dan urut kaki ibu.. baru sampai rasa kasih sayang tu...

p/s comel tak saya??? ^__^ apsal gedik lak hari ni....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

SELAMAT HARI-HARI

=)

Omaq oTai said...

ok ja nk wish kat mana2 platform pun..sekurangnya mereka yg bergelar ibu atau cikgu akan berasa dihargai..kan manusia suka dihargai??
x tulis/wish pape pun xpe..tapi di luar sana, jgn lupa wish pla..
OmOt rasa dihargai kerna Ummi kata hanya OmOt sorg je wish Hari Guru..huhu
ok, moga semuanya selamat dari hari ke hari...

Zura said...

wish kat blog ngan fb..nasiblah kalau drg baca...hahahha..

Fatin Baharum said...

hahahahahahahahahahahahahahahaha !

betul tu, hari wesak tak de orang nak buat entry wesak day ke ? hahahahahahaha.

adoi, tetibe tergelak kejap :)

salam singgah btw :D

latest entry : the convocation ♥

d_tieah said...

Tak wish.. Tapi celebrate hari ibu dan masa birthday mak.. Hehehe.. Ade jugak kongsi kat blog dan wish kat fb,, kebetulan nak wish dgn akak2 yang dah bergelar ibu.. Dorang ade fb dorang bc ape.. Hehehe..


Entry Terbaru : Nur Kasih The Movie ; Tonton Bersama Fizz Fairuz

Amni said...

hari wesak kita tak sambut kan? hehehe... tak yah ucap pon tak pe.... setuju jugak.. kalau dah buat kat entri blog, lebih elok p ucap kat mak plak.. hehehe... kadang2 kata2 tu cukup bermakna buat si ibu..=)

Siti Safiyyah said...

uhuk terasa.. ss buat entri masa hari ibu.. nak cakap depan segan so sambil tulis sambil berdoa supaya mak ss bace entri tu.. :p

entri pasal ari wesak?? hahaha LOL

meaw said...

haaaaa,kadang-kadang terlintas juga difikiran meaw ni....dorang yang ucap dalam blog tu kadang2 macam tak ikhlas,tayah la tulis punya panjang tapi ucapan tu sekadar untuk memenuhkan dashboard, kita buat sesuatu tu mesti kena ikhlas, betul la macam cik sha cakap kan tu...meaw sokong....mesti IKHLAS :)

cik azeya said...

yang penting menghargai. :)

Far8 budak baik said...

hahaha...ucapan tu mesti ar kan...
tapi tak puas hati tol lahh..
mane boleh 2 in 1...
kreatif je..hahaha =p



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com