Cacat bukan penghalang untuk berjaya

Assalamualaikum. Hai!


Aku sekarang sedang berkursus di Hotel Putra Kuala Lumpur selama 3 hari. Hari ni hari last. Kursus apa? Kursus Keusahawanan Multimedia Kreatif kesinambungan dari kursus yang aku pergi kat Bagan Lalang bulan lepas. Ini adalah bengkel kali ke-2. Aku wajib hadir 3 siri bengkel yang diadakan. Heaven gila duduk kat HPKL ni. Syok oo. Mahu tak syok, fully sponsored tu. Makan, tempat tidur, wifi (sebab tu aku boleh online). Wakaka. Aku kalau benda free ni memang suka gila la. Errr..rasanya semua orang pun suka benda free kot.


Sebenarnye aku nak share something dengan korang. Kekaguman aku terhadap golongan OKU yang turut serta dalam kursus ni. Kalau korang nak tahu, kursus ni turut disertai oleh 3 golongan OKU. Bisu+pekak, kudung sebelah kaki dan lumpuh. Walaupun mereka kurang berkeupayaan secara fizikalnya, tapi mereka tersangat la berbakat. *plus ada yang hensem gila. Kui3. Aku pun rasa rendah diri bila tengok kehebatan mereka. Uhuhu.



~Sentiasalah bermuhasabah diri supaya kita tidak kufur nikmat~




Sebab tu kita jangan sesekali pandang rendah dengan golongan macam ni. Mereka sebenarnya ada keistimewaan yang tersendiri. Kadang-kadang keistimewaan mereka tu boleh menandingi kita yang normal ni. Lagipun, kan tak baik mencaci kekurangan orang. Berdosa tu. Macam menghina Allah. Sebenarnya ada sebab tertentu Allah jadikan mereka dengan kekurangan sebegitu. Mereka sendiri pun tak minta dilahirkan dengan kekurangan begitu walaupun hakikatnya di sebalik kekurangan mereka ada keistimewaan yang telah Allah kurniakan.


Bila aku tengok jurubahasa mereka yang kurang upaya dari segi bisu+pekak berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa isyarat, aku macam tertarik dan berminat nak mendalami bahasa isyarat. Sebab aku teringin nak berkomunikasi dengan golongan bisu+pekak ni. *Nak try ngorat yang hensem tu. Hoho. Gatal! Nak kena cepuk dengan encik CH gamaknye aku ni.;p Sebenarnya aku teringin nak berkawan dengan golongan macam ni sebab mereka nampak sangat jujur dan telus. Lagipun mereka kan sangat berbakat. Boleh la aku berkongsi ilmu dengan mereka. Mesti best kan?


Apa-apa pun, siapapun kita, sempurna atau tidak dari fizikal, kita tak boleh berputus asa dengan hidup. Setiap kekurangan yang Allah kurniakan pasti disertai dengan keistimewaan yang kita sendiri takkan sedar kalau kita tak cuba cari dan gilap. Cacat bukanlah penghalang untuk kita mengecapi kejayaan dan menjadi seorang yang hebat. Jadi berusahalah jadi yang terbaik untuk masa depan hidup kita sendiri. Lagi satu, jangan sesekali menghina dan mencaci kekurangan orang. Kita tiada hak nak berbuat begitu sebenarnya. Ok!



Bisik2:: Kagum dengan orang yang tidak pernah menjadikan kekurangan mereka sebagai halangan untuk terus mengecapi kejayaan.

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. drg kurang dr segi fizikal tp lebih dr segi mental...mmg solutelah..

    BalasPadam
  2. aku ada kawan belajar dulu. budak pandai jd harapan lect. alim plak tu

    semester dua dia eksiden tak leh teruskan pelajaran. then dia cacat tak leh jalan

    skang ni aku tgk dia berjaya walaupun cacat.

    manusia kena beusaha walaupun cacat. apa lg kita yg normal ni

    BalasPadam
  3. @aimi dan pakcik hashim::

    betol tu!manusia kena berusaha untuk berjaya dalam hidup..tak kisah la cacat @ tidak kan?

    BalasPadam
  4. all the words are so meaningful.:))) eventhough we aren't perfect as well, we must be so grateful dgn apa yg tuhan kurniakan pada kita. :))

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan