Sunday, 15 May 2011

~Budaya Memberi Salam. Apa Kelebihannya?~

Assalamualaikum. Hai!




Gadis-gadis, biasa tak hadapi situasi macam ni? "Assalamualaikum. Tak jawab berdosa!" Ayat cliche lelaki nak mengorat para gadis. Ish3. Ada ke mempergunakan salam macam tu. Tak patut betul. Memang la berdosa kalau tak jawab salam yang diberikan sebab hukum menjawab salam adalah WAJIB. Tapi tak baek oo buat macam tu. Hehe. Jadi, gadis-gadis kalau jumpa lelaki spesis macam ni buat tak tau je. Tapi salam tu jangan lupa jawab la eh. Jawab dalam hati je. Allah dengar. Yang lelaki-lelaki tu tak dengar biarkan je.;p




Cakap pasal salam ni, tetiba aku teringat masa zaman sekolah-sekolah dulu. Bila tiap kali terserempak dengan guru, kita mesti memberi salam kepada guru kita kan? "Assalamualaikum cikgu. Selamat sejahtera cikgu. Good morning teacher." Boleh dikatakan WAJIB la kita 'greet' guru kita tak kira yang muslim atau bukan muslim. Bukan takat dalam kawasan sekolah je, dekat luar pun jika terserempak mesti automatik kita beri salam kan? Sebab dah terbiasa kat sekolah. Betol tak? Korang ingat tak lagi?




Tapi tu zaman aku sekolah dulu la. Err..dah lapan tahun aku tinggalkan zaman sekolah lepas tamat tingkatan enam. Bebudak sekolah sekarang ni agak-agaknye amalkan lagi tak perbuatan macam tu eh? Masih lagi kot agaknye kan? Itu dah kire macam budaya di sekolah. Budaya memberi salam. Bagus sebenarnye budaya ni. Sebab ia mendidik pelajar supaya menghormati guru-guru mereka.






Masa zaman aku belajar di universiti pun aku masih lagi amalkan budaya ni. Macam dah jadi tabiat. Tak boleh nak kikis. Tiap kali terserempak dengan pensyarah-pensyarah mesti mulut ringan je nak beri salam. Kadang-kadang kat kawan-kawan pun aku beri salam jugak. Tanda kita saling menghormati la. Tak salah pun nak 'greet' kawan-kawan. Tak semestinya pada yang lebih tua saja. Kawan-kawan pun patut kita 'greet'.




Sekarang ni, di tempat kerja pun aku dah terbiasa beri salam setiap kali masuk ke pejabat. Memang tu amalan kami di pejabat pun. Masuk pejabat bagi salam. Greet yang dah ada di pejabat. Baru rasa semangat nak buat kerja. Selain tu boleh mengeratkan lagi perhubungan di antara rakan-rakan sepejabat. Lagipun memberi salam tu kan macam kita mendoakan kesejahteraan orang tu. Balasannya kita dapat balik orang mendoakan kesejahteraan kita pulak. Betul tak?




Nampak tak banyaknya kelebihan memberi salam kan? Banyak la wei. Tanda kita saling hormat menghormati, saling mendoakan kesejahteraan, dan dapat mengeratkan perhubungan. Bagi yang sesama muslim tu eloklah amalkan memberi salam ni. Memang banyak sangat manfaatnya. Pahala pun boleh dapat free-free je. Taknak ke dapat pahala? Rugi betol la kalau macam tu. Akhir kata, selamat mengamalkan tabiat memberi salam. (^_^)




Bisik2:: Tetibe teringat kat somebody yang cakap dia jatuh cinta dengar aku sebut Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sedap makhraj (sebutan) aku katanya. Wakaka. Lawak je. ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

Cik Nathrah said...

betol3. jumpe lecturer ke cikgu ke pakcik makcik ke mesti bg salam. hehe. tp dulu ade org ckp macam tak wajib jawab salam org bukan muhrim. cukup sekadar dalam hati.

Cik NurulZaty said...

assalamualaikum~~

♥CIK SHA♥ said...

cik nathrah::

selalunya kalau org bukan muslim tu hormat kita dan agama kita, dia just greet selamat pagi/selamat petang/selamat sejahtera/hi je..so, takde masalah kat situ nak greet depa balik..


tapi kalau ade non-muslim bagi salam macam kita org islam, boleh jawab dalam hati dan balas salam sejahtera je kat dia balik..


kalau bukan muhrim pulak yg beri salam, akak tak pasti pulak tak boleh jawab..tapi kalau misal kata ustaz dalam kelas bg salam kat kita, mesti kita jawab balik kan walaupun sah-sah bukan muhrim..


jadi pada pandangan akak bergantung pada niat jugak la kot..takkan la orang beri salam ada niat tak baik pulak kan?

♥CIK SHA♥ said...

cik NurulZaty::

wa'alaikum salam..^_^

Farah Shamsudin said...

betul tu.. dari zaman sekolah sampailah bila dah bekerja ni, budaya memberi salam ni perlu kan..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

betul tu.. budaya memberi salam ni bagus sebab petanda kita hormat menghormati sesam kita tak kira la yg tua or muda.

Zura said...

masa sekolah je amalkan sha...dh keje nie hampeh...

Amni said...

masih amalkan greet orang... hee... dah biasa agaknya... =)



 
Copyright @ Belog Riesha Ariesha 2009-2014 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com