Tuesday, 24 May 2011

~Best ke asyik tukar-tukar nombor phone?~

Assalamualaikum. Hai!



Siapa kat sini yang dah berkali-kali tukar nombor handphone? Dah berapa banyak kali korang tukar? Agak-agak lebih dari 5 kali tak? Ke lebih lagi dari tu? Huii..rajin sungguh korang tukar-tukar nombor phone eh? Apa nak kesah kan? Lagipun sekarang ni nak tukar nombor phone tak jadi masalah sangat. Bukan mahal pun. Takat RM10 dah boleh beli simkad baru dah. Nak tukar-tukar nombor phone sekerap mungkin pun boleh.


Aku setakat ni tak pernah lagi tukar nombor phone yang aku pakai sejak tahun 2001. Kiranya dah 10tahun aku guna nombor ni. SETIA tak aku? Memang pon. Wahaha. Up diri sendiri nampak cik sha. Tapi serius la. Aku sayang gila nombor phone aku ni tau. Sebab tu sampai sekarang aku setia dengan beliau. Henpon kena copet dalam LRT pun aku sanggup pergi Maxis Center block nombor henpon aku yang orang tu dah curi dan mintak simkad baru untuk nombor yang sama. Memang takde hati pun nak beli simkad dengan nombor yang baru.


Nak tahu kenapa aku sayang sangat nombor tu? Sebab utamanya ialah nombor tu mak aku yang beli dan hadiahkan kat aku. Masa tu nak beli nombor handphone mahal nak mampos weh. Dalam RM100++ kot harga nombor aku tu. Tengok pulak digit dia. Kalau cantik lagi mahal. Dan nombor phone aku memang cantik pun digit dia. Bagi aku la sebab mudah nak ingat. Sebab tu la aku sayang sangat2. Pemberian dari insan yang aku kasih dan cinta pulak tu. Terima kasih mak!



Pada pandangan korang, kenapa ada yang suka tukar-tukar nombor phone ni? Tak ke menyusahkan orang lain nak contact? Asyik2 tukar nombor phone. Kadang2 nak sampaikan berita macam nak jemput mai kenduri ke apa ke kan ke susah sebab tak dapat nak contact. Apa motif sebenar tebiat dorang ni? Sebab selalu kena ganggu dengan orang tak dikenali ke? Err..siapa suruh suka-suka hati bagi nombor kat orang kan. Lepas tu letak nombor merata-rata kat laman sosial. Mahu orang tak kacau. Keh3. Salahkan diri sendiri la.


Style aku, privasi nombor phone aku ni sangat-sangat la aku jaga. Bukan semua orang akan dapat. Aku tak bagi kat sembarangan orang. Lagi satu kalau aku tengok ada nombor yang tak dikenali naik dan aku tak pernah set nombor tu dalam phone, memang mintak maap la ye. Aku takkan jawab @ reply call/sms nombor tak dikenali tersebut melainkan orang tu mention dia siapa terlebih dahulu dalam sms. Hehe. Kejam tak? Naseb le. Itu cara aku menjaga privasi supaya tidak diganggu orang tidak dikenali. Jangan marah. Keh3.


Jadi kesimpulannya, orang yang SETIA *macam aku takkan sewenang-wenang nak tukar-tukar nombor phone dia sesuka hati. Keh3. Memandai je buat teori sendiri. Takde la. Itu auta je. Jangan la pulak korang percaya. Tapi jenis aku, kalau aku dah selesa dan sayang pada sesuatu, tak kisah la barang @ orang, memang aku akan jadi seorang yang sangat2 setia. Macam tu jugak bila aku dah selesa berkawan dengan siapa2. Memang payah la aku nak berpaling tadah. Betul. Tak percaya try la kawan dengan aku. Kui3.



Bisik2:: Mesti Maxis sayang aku sebab dah 10 tahun aku setia guna khidmat depa. Agak2 boleh tak aku nak tuntut hadiah sempena kesetiaan aku? ;p
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

15 orang bagi nasihat:

msredcheesecake said...

Cik sHa,
Msred dulu slalu tuka no hp sebab hp ilang.time tu kite tak leh nak pi mintak no yg sama kat maxis kalu sim kad ilang...tensen tul masa tu nk kene inform sumer member...

Nur_cahayamataku said...

Sha,sama la kita nampaknya..
Kalau ada no yang tak dikenali call or msg, memang kita tak jawab or reply..He he
Hmm betul2.. jaga privasi

Zura said...

akak xsuke tukar2 nmbor..memule dulu akak guna digi tp line xcantik lg pun masa tue br keje...pastu tukar maxis smpailah skrg..adalah dlm 5 thn kot..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

lolly tukau time ade kecemasan je. ecece kecemasan lah sgtt>>

nuhan said...

joommm p claim hadiah kesetiaan kat maxis! agagaga

Jejaka Terhangat said...

dulu pnh tukar no fon sekali je sbb hal personal. pastu tak tukar2 dah..ada sorang kawan ni asyik tukar no je..dah la tak bgitau. bengang je..seb baik rumah tak jauh..

♥CIK SHA♥ said...

msredcheesecake::

kalau tukar nombor sebab hilang pastu maklumkan ok lagi msred..ni yg jenis tukar saje suke2 tp tak reti nak bgtau kat org..tu yg tensen tu sebab bile kite nk kontek tak dpt..pastu bila terjumpa serang kata kite lupa la ape la..padahal die yg tak inform nombor fon dah tukar..


tp kalau hilang pastu nak infom jenuh jgk kan? nak cari nombor kontek yg dlm simkad hilang tu bukan semua kita ingat..melainkan kita tulis emua nombor kontek yg kite ade dlm buku..kan?hehe..

♥CIK SHA♥ said...

Nur_cahayamataku::

Selamat sikit buat mcam tu kan? takde la kena ganggu berkali2..ignore je nombor yg kite tak kenal..

♥CIK SHA♥ said...

kak zura::

kite pengguna setia maxis la eh kak? boleh geng ni..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

miss lolly::

ecece..kecemasan ape la tu lolly? mesti selalu kena kacau ni..orang santek la katakan..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

nuhan::

jom! ahahaha..kite kena tuntut hadiah hebat2 punye..;p

♥CIK SHA♥ said...

jejaka terhangat::

kalau tukar sebab ada sebab tertentu boleh diterima lagi JT..hehe..

kalau macam pesen kawan JT tu la yg boleh buat hangat hati tu..kan?saje2 tukar2 nombor..pastu tak inform..

qellissa said...

dolu2 belum kawen selalu gak tukar2 nombor, sebab takut ex bf dpt trace..hahaha..such a lame excuse kan?

Alexandriana Alia said...

dah 3 kali tukar no, penah pakai celcom n diGi. tapi dah 5 tahun pakai maxis.

Anna Boleyn said...

huhu hana tergolong dlm org yg sll tukar no. hukhuk tak best sbb sll hilang cntct kwn2 huhu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com