Wednesday, 16 March 2011

~Pak Cenohom - Watak baru dalam Hikayat Merong Mahawangsa~

Assalamualaikum!




Seperti biasa, hari Rabu merupakan hari menonton filem di pawagam. Maklum la hari Rabu kan tiket wayang kat GSC murah. Huahuahua. Maka petang tadi lepas habes waktu ofis, aku dengan ofismate, cik Enny bercadang nak pergi tengok wayang cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Awal2 pagi tu dah online sebenarnye, reserved 2 tiket dulu sebab takut takde tiket. Semangat kemain. Maklum le, orang cakap movie tu tengah hangat di pawagam. Kami pun taknak la terlepas peluang menyaksikan 'kehebatan' movie tu. Nak jugak jadi penyumbang kepada 'juta-juta' yang bakal dimiliki KRU Production. Kan?



Overall bagi pendapat aku, movie tu boleh tahan la. Dari 10 boleh bagi 7 kot. Malas nak review sebab dah ramai yang review kan? Baca review dari Mr. K, Jejaka Terhangat dan Liyana Lunia kalau nak tahu. Sebab aku agak setuju dengan sesetengah point yang mereka bagi. Jadi aku cuma bagi pandangan sikit2 je la ek. Plot cerita agak menarik tapi ada jugak la 'kecacatan' sikit-sikit. Biasa la tu kan. Apa-apa pun, KRU Production dah buat yang terbaik. Semoga filem2 keluaran dorang yang akan datang akan lebih gempak kebabom.



Sebenarnye nak cerita satu menda lawak kat korang ni. Aku sampai keras2 perot la tahan gelak dalam pawagam tadi. Kang tetibe aku gelak orang pelik pulak kan. Tengah layan cerita aksi dok berlawan-lawan pedang, tetibe terdengar aku gelak. Pastu kat part yang takde lawaknye pun. Masa tu Merong dok berbicara hati ke hati dengan Pak Kesum. Hahaha. Ini lah situasi yang berlaku dalam pawagam tadi antara aku dengan Enny.

Aku :: Dok kesum2 si Merong ni. (Masa ni Merong dok panggil2 Pak Kesum)


Enny :: Cenohom. (Bisik kat aku)


Aku :: Apa dia? (Aku tak berapa nak dengar sangat sebab sound kuat)


Enny :: Cenohom. Daun Cenohom. Kesum kan cenohom.


Aku :: Hahaha. Pak Kesum. Pak Cenohom. Hahahaha. (terpaksa cover gelak)


Sampai habes filem aku tahan gelak weh! Keluar je dari pawagam on the way nak ke parking motor, aku tibai gelak tak henti2. Gelak sampai nak bercakap pun tak terkeluar suara. Asyik nak tergelak. Dah la gelak style kuat tak hengat. Lantak. Orang tengok pun aku dah tak peduli dah. Sakit gila perot tahan gelak! Hahaha. Sengal je Enny ni. Aku pun tak terfikir. Memang la rasa familiar je dengan perkataan kesum tu tadi. Tapi tak teringat lak pasal daun kesum. Ahaha.




*Ni la daun kesum a.k.a daun cenohom*

Oh! Sebenarnya daun kesum ni kita guna dalam masakan macam dalam asam pedas dan kuah laksa. Tu ha rupa daunnya aku tempek gambar ihsan dari abang G. Kalau korang nak tahu, orang utara panggil daun kesum ni daun cenohom. Hehe. Lawak oh bila Enny sebut tadi tu. Mahu tak keras perot aku gelak. On the way balik tadi pun aku dok terkekek2 gelak sorang2 atas moto. Mesti orang ingat aku sewel. "Sewel agaknye minah ni dok bawak moto tapi gelak sorang2." Kui3.



Lantak la ape orang nak cakap. Ni time dok taip entry ni pun aku dok tergelak sorang2 aku tau tak? Hahaha. Hadoi la. Enny..Enny. Dalam dok jiwa kacau pun sempat lagi tu buat lawak. Tapi style jugak kan nama Pak Cenohom tu. ;p



Bisik2 :: Rabu minggu depan nak layan movie 'Big Momma' la pulak. Huehuehue.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

21 orang bagi nasihat:

ParkAir said...

Aku rasa nama Pak Kesum tu agak feminin la, sesuai untuk Mak Kesum ngan Nek Kesum je.

wath said...

oh. baru tau. rupenye ade name lain utk daum kesum

=,='

Zura said...

br th daun kesum tue cenohom

gadisBunga said...

hu? gb org kedah ni tak tau pun daun kesum ni nama lain dia cenohom...hu~

naz said...

lahhh sama rupanya haha

♥CIK SHA♥ said...

park air::

a'ah kan weh..feminin gila..aku baru perasan..ahahaha..

♥CIK SHA♥ said...

wath::

hee..a'ah..org utara panggil daun kesum tu cenohom..org area selatan panggil daun kesum..

♥CIK SHA♥ said...

zura::

kesum dgn cenohom tu daun yang sama kak..hehe..

♥CIK SHA♥ said...

gadis bunga::

uik?biaq betoi GB tak tau?cer try tanya kat mak GB..

♥CIK SHA♥ said...

naz::

a'ah..sama la..ahaha..takde bezanye..nama je lain2..^_^

nora said...

laaaaa ko ke??
ko minah yg dok gelak sorg2 atas moto tadi???
ko ke??
oh man! aku kata member aku sewel
sory wei :p

ENTRY HOT : Hari Ini Dalam Sejarah

Alexandriana Alia said...

cenohom? tak pernah dengar plak.

nk tgk merong mahawangsa tapi taktau bila. huhu

♥CIK SHA♥ said...

nora::

ceisss!sampai hati ko noa kata aku sewel..camni aa member..;p

♥CIK SHA♥ said...

alexandriana Alia::

a'a..org utara je panggil gitu..org johor panggil daun kesum..^_^

tak tengok lagi eh? try la p tengok..pstu nnt sara review eh..nk baca review dr sara pulak..

Cik Nathrah said...

hahaha! baru pasan name pak kesum tu macam name daun lepas bace entry sha! hahaha.lawak

♥ Che NamNam ♥ said...

kalau buat laksa tak bubuh daun kesum memang tak jadik..terkurang satu bahan.

bes erk citer tuh dik,banyak tgk blogger cakap best.citer pasal dahulu kala patutlah pak kesum bantainyer..dolukan namer pelik2 sikit..mesra alam katernyer..huhu..

big momma mesti best tak hengat..:)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

banyak belit dar betul certa dia orang ubah ni

♥CIK SHA♥ said...

cik nathrah::

ahahaha..tu la..sha masa tengok tu tak perasan lagi..pas member cakap pasal daun cenohom tu baru perasan..tu yg geli hati sgt tu..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

che namnam::

a'a kak..kalau dalam kuah laksa takde daun kesum memang tak kick dah rasa kuah die kan..

erm..nak kata best sangt tu tak la kot..tapi boleh la layan..cerita aksi kan..hehe..

tu la ek..nama orang dulu2 pelik2 betul..ade tu nama die kemawas dalam cerita tu..memang macam mawas..ganas nak mampos..kui3..

saye tak sabar nak tgk big momma..yeay!

♥CIK SHA♥ said...

brutal solo::

biasa la tu geng..nama pun filem kan..aku ni tak berapa amik tahu sangt pasal sejarah dulu2..aku layankan je cerita tu..huhu..

nana_picanto83 said...

dah tgk citer neh, boleh lah tahan bestnyer :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com