Friday, 11 March 2011

~Malang memang takda bau!~

Assalamualaikum!




Korang pernah ada pengalaman tak terlibat dalam kemalangan? Tak kesah la dengan kereta atau motor. Pernah? Sejujurnya aku pernah terlibat. Dengan moto pernah dengan kereta pun pernah. Pasal aku eksiden moto korang boleh baca kat entri ini. Nanti kat bawah ni aku cerita pengalaman ngeri aku hampir eksiden kereta pulak. Alhamdulillah Allah masih panjangkan lagi umur aku. Maka masih bernyawa la aku lagi sehingga ke hari ini. Kalau tak, belog busuk ni tak wujud la agaknye kan?



Hari Rabu yang lalu, aku dapat berita yang mengejutkan dari ex-housemate aku. Dia tulis kat belog dia. Ada kemalangan ngeri berlaku betul2 kat simpang masuk ke kampus kami belajar dulu. Dan yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kawan dia sendiri. Pemandu terselamat tapi penumpang di sebelah meninggal. Innalillah. Terkejut gila aku. Sepanjang aku belajar kat sana dulu, tak pernah ada lagi pelajar eksiden sampai maut. Setakat eksiden dan cedera tu ada la.



*Kereta remuk teruk!*




Bagi yang tak tahu, aku dulu belajar di UMS. Tapi school aku di kampus cawangan Labuan. Buat pengetahuan korang, area kampus kami ni sangat jarang ada kenderaan berat yang lalu lalang sebab kampus terletak di hujung pulau. Motor dan kereta tu biasa la. Cuma kadang2 bila waktu petang ada la lori2 yang lalu kat situ nak pergi ke loji petronas. Dan kemalangan yang berlaku baru2 ni melibatkan kereta yang disewa pelajar dengan lori yang lalu area tu.



Kereta remuk sangat teruk di bahagian co-driver. Mungkin sebab tu budak tu meninggal. Kata lecturer aku, budak yang drive tu teragak2 nak masuk simpang walaupun dia tahu kat depan ada lori yang sangat laju sedang datang. Tapi lastly dia masuk jugak dan akhirnya berlaku la kemalangan tu. Mungkin lori tu tak sempat nak break. Hmm. Sedih dengar. Tak tahu nak salahkan siapa. Mesti budak yang masih hidup tu trauma kan?



*Huuu..ada darah. Trauma!*



Bila dapat tahu berita ni, otomatik aku teringat tentang eksiden yang pernah aku dan besties aku alami. Berlaku di Labuan juga. Masa tu malam, kami berlima on the way balik ke kampus lepas keluar makan. Aku yang drive. Yes! Aku akui memang salah aku. Ntah apa aku fikir masa tu, aku drive tanpa perasaan. Tiba2 ada something warna putih melintas dan aku hilang kawalan sebab terkejut. Aku tak perasan menatang apa. Tapi kawan aku cakap kucing. Ntah la. Wallahualam. Memang aku tak perasan.



Sampai hari ni aku masih terbayang2 lagi saat cemas masa tu. Kereta berpusing2 sebab aku dah tak leh nak kontrol. Betul2 hilang kawalan. Masa tu aku dah tak fikir ape2 dah. Spontan aku matikan enjin kereta dan tekan break dan clutch sungguh2. Kereta berpusing2 atas jalan raya sampai terbabas kat tepi jalan. Mujur la tak bergolek2 dan kebetulan jalan memang lengang takda kenderaan langsung. Kalau tak, ntah apa la jadi kat kami semua masa tu. T_T



Aku betul2 rasa bersalah kat kawan2 aku. Sampai saat ni. Masa kejadian tu, aku hanya mampu berdoa kalau jadi apa2 pun semoga kawan2 aku selamat. Aku mati takpa tapi jangan dorang. Memang tu je yang aku terfikir masa tu. Nyawa kawan2 aku. Serius trauma kalau teringat peristiwa tu. Ingatkan aku sorang je yang terkenang2. Rupanya 2 orang besties aku (Hanum dan Alin) pun sama teringat jugak bila dapat tahu tentang junior kitaorang yang eksiden tempoh hari. Terus shout kat wall pesbuk aku.



*Mereka lah yang ada bersama dengan aku (baju pink) masa kejadian itu.T_T*



Wuu. Maaf sayang2ku. Mujur Allah selamatkan kita kan? Itu tandanya Dia masih sayangkan kita dan mahu kita terus hidup di bumi ciptaan Dia. Untuk meneruskan kehidupan dan terus beramal supaya dapat mengurangkan dosa2 yang pernah kita buat. Aku bersyukur sangat2 sebab Allah masih sudi meminjamkan aku nyawa walaupun dah 2 kali terlibat dengan kemalangan. Alhamdulillah. Misal kata la nyawa aku diambil masa aku eksiden tu, dah jadi duda la encik CH kan? Mesti dia dah kahwin dengan pompuan lain. Huehuehue. Sempat lagi tu loyar burok!



Hmm. Semoga kejadian tu terus mengingatkan aku supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya. Korang pun bila memandu tu berhati-hati la ek. Jangan nak jadi samseng sangat. Pastu jangan la leka ketika memandu. Sila fokus! Hargailah nyawa anda. Malang tu memang takda bau. Semoga roh arwah budak yang meninggal akibat kemalangan tempoh hari dirahmati Allah. Semoga keluarga beliau tabah menerima perkhabaran sedih itu.



Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma bagaimana cara nyawa kita diambil semula saje yang kita tidak tahu. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik2 dan sempat mengucap 2 kalimah syahadah. Dan semoga sebelum maut menjemput, amal kita sudah cukup untuk bekalan di 'alam' sana. Mudah-mudahan.



Bisik2 :: Aku trauma bila tengok eksiden. Tak boleh tengok darah banyak. Nak pengsan!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

akmalhilmi said...

amat dasat kot excdnt mbe kau tu
huhu

aku pnh gak
neary been suddent of death
aku nantok then lgr pmbhgu jln then berpusing seb baek tak da kate dari blkg hit aku
huhu

huhu
berpusing2 gak
huhu

Zura said...

nasib baik umur panjang lg sha...ish...akak pun pnah nyaris2 je...tp itupun trauma jugak...

Momo said...

ksha..masuk news ni.

http://www.dailymail.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=6915%3Apelajar-umskal-mati-dalam-satu-kemalangan-ngeri&catid=41%3Ageneral&Itemid=50

Amni said...

dulu study kat labuan jugak.. matrik.. tapi salu gak lepak kat UMS tu.. memang jarang sangat la ada kereta berat2 lalu kat situ... huhuhu..... baru last week eksiden.. tapi mujurlah tak teruk pun...

Linglung said...

lepas ni bawak kete leklok. baca doa jangan lupa.

maiMOONyet said...

makin takut aku nak bawa keta T_T

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sama la kita takut tengok darah...

terus rasa nak pitam



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com