Penghargaan istimewa buat FOLLOWERS tersayang!

Assalamualaikum!


Masih ada ke orang yang sudi datang ke teratak comel aku ni? Comel? Wahaha. Perasan betul! Apa-apa pun terima kasih pada yang sudi singgah di sini. Sayang semua. Ecece. Ayat ambik hati tu. Kui3. Maaf sebab lama menghilang. Seminggu lebih jugak kan. Ke mana aku menyepikan diri? Takde pergi mana2 pun. Saje nak bagi ruang untuk diri sendiri. Aiseh! Agak sibuk dengan kerja dan mood untuk menulis tu kurang sikit. Itu yang jadi pemalas nak update belog. Takpe2. Kini aku telah kembali bersemangat untuk mengupdate belog sekerap yang mungkin. InsyaAllah. Tak boleh janji jugak. Kang tetibe mai angin malas tak update jugak. Keh3.


Oh! SELAMAT TAHUN BARU CINA buat yang menyambut perayaan ini. Walaupun aku ada darah cina dari sebelah arwah abah, tapi kami tak pernah pun sambut. Sebab datuk sebelah arwah abah pun dah lama 'pergi' dan aku tak sempat pun nak kenal beliau sebab masa tu aku pun belum wujud. Ntah ade ke tak sedara mara sebelah sana pun aku tak tahu. Yang aku tahu arwah abah anak tunggal beliau dengan nenek sebelum mereka bercerai. Kalau lepas tu die kahwin lain dan ade anak2 tak tahu le pulak kan. Eh! Selamat bercuti juga buat semua yang bercuti dari kerja dan juga study. Enjoy your holiday!


Ada berita sedih. Semalam rabbit kesayangan aku, Blacky dah meninggal. Wuu. Sedih! Depan mata aku pulak tu die habes nyawa. Nak kata sakit, pagi sebelum aku pergi kerja tu sehat je die aku tengok. Siap melompat2 tak sabar aku nak bagi makanan kat die time tu. Malamnye tengok die dah terkulai tak larat nak bangun. Semalam aku balik lewat sikit sebab pergi tengok wayang cerita The Green Hornet dengan Enny. Balik dari tu la aku tengok die dah terkulai. Wuuu. Selamat jalan Blacky. Sian Whitey tinggal sekor2 die sekarang ni.


Oh oh! Taknak sedih2 dah. Cukup la semalam dah nangis. Sekarang nak cakap pasal berita gembira pulak. Berita gembira ni untuk followers belog aku ni la. Mekaseh korang sebab sudi mengikuti kisah kehidupan aku di belog ini. Walaupun mungkin yang follow tu just kelik je button follow tapi tak baca, takpe la kan nak wat camne. Aku bukan paksa pun suruh follow dan baca. Apa2 pun terima kasih banyak2 yang tak terhingga terutama kepada followers yang kelik button follow dan rajin singgah baca. Sayang korang!



*Tengok dekat tab 'FOLLOWERS' yang aku bulat merah tu!*



Dan untuk menghargai kesudian korang tu, aku telah buat satu page untuk link kan belog korang kat situ. Gigih gila aku p belek satu2 follower dan cari link belog korang tau. Sampai tiga hari aku buat. Nak menangis rase sebab dah buat banyak2 tetibe hilang semua link sebab laptop ngok ngek off sendiri. Tak sempat nak save. Dah kena buat lain. Wuu. Tu baru 400 je followernye. Kalau ribu riban tak tahu le. Nasib baik tak ramai sangat. Kikiki.


Ape2 pun terima kasih korang! Banyak betul perkataan 'terima kasih' aku dalam entri kali ni. Hehe. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih! Hanya yang tu je la yang mampu aku ucapkan untuk korang yang sudi membaca belog aku yang kalau ade entri je mesti panjang berjela-jela nak mampos. Maklum le aku ni tak reti nak memendekkan cerita. Sangat salute la dengan korang2 yang sangat rajin membaca. Heee.





Bisik2:: Aku lebih sayang kat mereka yang baca belog aku ni dari yang tekan je button follow tapi tak baca.


6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. steadylah ko...follower pun ramai tu

    BalasPadam
  2. wow..rajinnya cik sha buat list camtu..semoga follower smakin banyak setiap masa yek. =)

    BalasPadam
  3. Cik Sha.. Memang lama tak nampak.. Heehee.. Selamat bercuti.. Semoga makin maju dan terus maju dalam dunia blog.. Tak kesah kot kalau tak update selalu, yang penting kita update bila kita nak dan teringin, baru seronok perasaan camtu kan.. Heehee.. :)

    BalasPadam
  4. ahmad endo::

    ramai ke??sikit je tu..ko lagi ramai kot..hehe..

    BalasPadam
  5. JT::

    ni terlebih rajin namanye JT..kui3..dah lama terfikir nak buat..ni baru tergerak hati la kirenye..amin..semoga makin bertambah..^_^

    BalasPadam
  6. FarhanaDr::

    tenkiu doc..tu la kan..bile menulis masa teringin sangat2 rasa syok je..idea keluar mencurah2..^_^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan