Saturday, 5 February 2011

~Kenduri Doa Selamat @ Kenduri Tahlil?~

Assalamualaikum!


Selamat pagi kawan2 semua. Haa..tu yang dok ngadap belog tu dah mandi ke belom? Bangun2 terus ngadap belog eh. Blogger tegar la katakan. Huahuahua. Eh! Aku dah mandi tau. Bangun2 terus mandi dulu. Urus menatang2 peliharaan bagi beyak, makan minum, baru aku ngadap belog tau. Cuti2 ni rajin pulak aku menulis. Kalau idok pemalas nak mampos. Idea tu ade je nak menulis. Tapi bile angen malas tu datang memang takde la maknanye aku nak tekan2 keybod. Kui3.


Wokeh! Pagi ni kite cakap pasal tajuk yang tertera di atas. Sebenarnye dah lama benda di dok berlegar2 kat kepala otak aku ni. Jadi, aku nak share la dengan korang kan. Kot2 korang pun ade pendapat jugak. Boleh la kite bertukar2 pandangan. Teringat pasal ni balik sebab terfikir2 kata2 mak besties aku masa aku pergi menziarah beliau dan baby kat rumah beliau tempoh hari.


Biasa la kalau sembang dengan orang2 tua ni. Mesti la die tanya bile aku pulak nak bernikah kan. Almaklum la, besties aku kan dah kawen dan dah dapat seorang anak. Kawannye yang pergi menziarah ni bile lagi. Huahuahua. Terkedu aku masa tu bile ditanye soklan cepumas dari makcik tu. Jadi nye, aku layankan je la soklan makcik tu. Sembang punye sembang terkeluar la pasal kenduri2 ni. Kata makcik ni, orang2 masjid taknak masuk rumah buat tahlil kalau ade pelamin dalam rumah. Sebabnye pelamin tu ikut budaya hindu. Aku diamkan je masa dengar makcik tu bercerita.




Jadi, persoalannye macam ni. Sesuai atau tidak masa kenduri meraikan pengantin baru dibuat kenduri tahlil? Pada pendapat aku, sangat la tidak sesuai sebab tahlil adalah untuk disedekahkan pada mereka2 yang sudah meninggal dunia. Masa majlis akad nikah @ sanding ni bagi aku lebih sesuai dibuat kenduri doa selamat. Doa Selamat yang mendoakan kesejahteraan rumah tangga yang bakal ditempuh oleh pasangan pengantin. Itu baru ngam!


Tapi itulah pasalnye. Aku pelik sikit dengan orang2 kat taman aku ni ha. Asal nak buat kenduri tunang ke, kenduri nikah ke, kenduri sanding ke, mesti nak buat sekali dengan tahlil. Tak kena langsung la bagi aku. Pada firasat aku, lebih sesuai masa nak buat kenduri2 tersebut diiringi dengan doa selamat. Ye la. Kan ke itu majlis yang gembira untuk meraikan bakal pengantin. Bukan majlis sedih berkabung atas kematian seseorang. Pernah jugak menyuarakan pendapat aku ni pada mereka2 yang lebih veteran ni. Tapi faham2 je la. Berlalu pergi begitu sahaje pendapat aku tu. Huuu.


Jadi, apa pulak pandangan korang? Rasa-rasanye, pandangan aku ni sama ke dengan pandangan korang eh? Ke korang ada hujah yang lebih kukuh untuk membantah pandangan aku ni? Sila la kongsi2 eh. Nak jugak tahu pandangan dari rakan2 blogger aku. Lain orang kan lain pandangan. Ok la. Nak p melantak nasi lomak jap. Pagi2 dah ternak lemak. Kui3.



Bisik2:: Rumit jugak eh berbicara soal adat dengan agama ni. Hmmm.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 orang bagi nasihat:

Cik Ila said...

oo...cik ila rse,cik ila tau mksud makcik tu..
maksud dia,kalau nak buat majlis doa2 tu,buat la.xde mslh..
yg kenduri kawin tu,mmg pelamin tu tak digalakkan sgt..yg eloknye,tak perli buat pelamin,cukup sekadar hias katil je.tp itu la org2 kita,tmasuk sdara mara cik ila cukup suka buat pelamin..
sdangkan dlm islam,tak digalakkan,benda2 tu mcm menunjuk2,dan menayang kecantikan pengantin,sedangkan kecantikan pngantin hanya utk pasangan diorang je.

Cik ila rse mksud mkcik tu mcm tu.lg satu,cik ila rse,drpd buat tahlil,baik buat doa selamat,dlm doa selamat tu,doakan skali utk yang dh tiada..itu lebih baik..

tp ntah la..lain org,lain pndapat pulak.hahaha...td tu hanya pndapat cik ila je..:)
slm perkenalan dr cik ila,bru jumpa kt innit td..hehe

qasehraihan said...

susah ckit hal2 hukum hakam ni..hehe

hiro said...

syukur.

♥CIK SHA♥ said...

cik ila::

makcik tu cakap macam tu sebab die nak buat pelamin untuk kenduri anak die nanti (adik kepada besties cik sha). Tapi orang mesjid dah warning takmau masuk rumah untuk wat tahlil kalau depa nak buat jugak pelamin.

Tapi cik sha setuju dengan cik ila..better buat doa selamat dan doakan jugak untuk yg takde..^_^

♥CIK SHA♥ said...

qasehraihan::

betul2..sangat susah..takut salah cakap nanti jatuh dosa pulak kan..huhu..T_T

♥CIK SHA♥ said...

hiro::

alhamdulillah..tapi amenda yang ko syukurkan ni hiro? konpius lak aku..@_@

Rose said...

maybe orang tua-tua berpendapat, since dah ramai saudara balik, buat sekali la tahlil. Macam biasa-biasa orang cakap, dalam bergembira jangan kita lupa pada yang susah. InsyaAllah, setiap majlis, ada keberkatannya sendiri...

♥CIK SHA♥ said...

rose::

mungkin jugak..tapi ada orang yang kuat agama cakap kat kakak saye, sebenarnye tak berapa sesuai majlis meraikan macam tu buat tahlil, lebih afdal buat doa selamat@kesyukuran..

tapi tak tahu la kan..bergantung juga atas niat mereka la kan..betul tu, setiap majlis tu insyaAllah ada keberkatannya sendiri kalau betul niat kita..

Zura said...

org skrg suke combine kan majlis...nk jimat..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com