Sambutan Malam Tahun Baru :: Konsert - Countdown - Bermadu kasih

Entri pertama di awal tahun baru. Selamat tahun baru 2011 semua. Belum terlambat lagi kot nak wish kan? Masih 1-1-11 lagi. Cantik pulak nombor tu ek. Dah ramai yang update pasal tahun baru. Semua tajuk entri pakat same je. Jadi aku taknak la buat menda yang sama. Just nak wish sikit2 sebagai permulaan kata-kata. Aiseh.



Tapi tapi, aku nak jugak la sembang pasal tahun baru ni dengan korang semua. Mesti ramai yang dok pasang azam baru kan? AZAM? Apa la sebenarnye menda azam ni? Bukan seorang lelaki yang bernama Azam ye kawan2. Azam ni lebih kurang macam "wishlist" la omputih cakap. Ek eleh cik sha ni. Macam la orang tak tahu. Nak explain2 pulak. Eh? Biar la kat aku. Wahaha.

Hah! Apa azam korang 2011 ni? Mesti berderet2 kan. Aku takde la pasang azam2 ni. Apa aku nak, aku buat dan usahakan sampai tercapai. Itu aje. Setiap hari kalau boleh aku akan motivasikan diri aku supaya boleh buat yang terbaik dari hari2 yang sebelumnya. Pastu kalau rasa macam ade sesuatu yang aku nak sangat2 aku akan usahakan sampai tercapai. Yang penting ada PERANCANGAN. Takde maknanye nak berazam-azam.



Ok. Kite stop pasal azam. Nak cakap pasal Malam Tahun Baru 2011 semalam. Mesti ramai yang keluar pergi celebrate kan? Konon2 nak countdown. Best ke? Seumur hidup aku tak pernah lagi la aku join countdown2 ni. Tak kisah la countdown tahun baru ke, countdown merdeka ke. Memang tak pernah. Aku pun tak tahu ape motif kalau aku pergi menda tu. Sebab tu la tak pernah pergi.






Haa. Bile ada countdown ni mesti la ade konsert kan? Pastu ade pertunjukan bunga api. Baru la happening. Dah kata sambutan Tahun Baru. Konsert yang kat TV tu pun aku tak layan lagi la nak pergi berhimpit2 kat tempat konsert sebenar. Takdenye la. Baik aku tido kroihh kroihh. Wahaha. Aku memang kuat tido pun. Tapi sebenarnye aku agak alergik berada di crowd yang terlalu ramai, bersesak2 dan bingit macam tu. Huii. Tak boleh tak boleh. Lemas aku weh.




Lepas dah habes konsert, dah siap countdown, orang pun mesti beransur2 pulang ke rumah. Tapi ade jugak segelintir yang melencong ke arah lain. Konon2 nak 'berjaga malam' sampai la ke pagi. Tambah2 anak2 muda yang tengah HOT bercouple cintan cintun ni. Mesti la nak spend malam tahun baru sama-sama kan? Tak rock la balik awal2. Bagi yang study lagi, pukul 12 ke atas kan pagar kampus dah tutup. Nak tak nak terpaksa la 'stay up' kat luar.



Ehem. Bila dah 'stay up' berdua kat luar tu, mai la lagi 'sekor' dok pasang jarum tanpa disedari. Pergi kat tempat yang agak2 boleh nak feeling2 layan perasaan berdua. Mana la tahu nak kire bintang ke apa ke bersama kan. Lagipun baru la rasa romantik sikit. Boleh la berbicara hati ke hati. Mula-mula takut2 la. Pegang2 sikit je. Tapi bila dah nafsu mencanak-canak naik, tak boleh nak kawal, faham2 la ape yang terjadi seterusnye.










Diam tak diam dah 10 bulan berlalu. Tetibe keluar berita setiap hari kat TV kat akhbar kat radio kat internet kisah buang bayi. Tu semua terhasil masa malam tahun baru 10 bulan yang lepas. Memori 'bermadu kasih' di malam tahun baru. Oh. Dunia. Macam tu la setiap tahun. Tak pernah berakhir. Lepas tu semua orang dok pung pang marah mencaci sana sini pasal kes buang bayi. Tapi tak ingat yang benda ni berlaku sebab masa malam awal tahun baru ramai remaja yang 'terlepas kandang' pergi celebrate countdown tahun baru.



Hmm. Sangat tipikal kan? Jadi aku harap malam tahun baru semalam takde la berlaku benda2 ni. Tapi itu harapan aku saje. Pasti ada jugak yang terlepas kan? Apa2pun, harap kita semua terlepas dari buat menda takde faedah tu semua. Buat tambah dosa je. Jaga diri kawan2. Anyway, SELAMAT TAHUN BARU 2011 semua. Semoga tahun 2011 ni membawa kebahagiaan dalam hidup kita semua dan semoga perancangan korang sepanjang 2011 ni berjalan lancar. Amin.



Bisik2:: Kita tunggu bulan Oktober 2011 nanti ade tak kecoh pasal kes buang bayi. Mesti ade setiap hari. Hmmm.

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. malam tahun baru kan salah satu musim "menanam benih" selain malam merdeka dan hari valentine..so bulan 9-10 akan datang..hasilnya byk bayi2 yg dibuang..erkk..

    Jejaka Terhangat: Tahniah Jejaka Terhangat: 1000 Follower Di Tahun Baru 2011.

    BalasPadam
  2. haha.ala celebration kat malaysia xda bnda lain nak wat...konsert jela...bosan dan xda pengisian.
    pasal remaja lak, anytime ja leh wat projek, xpayah tggu new year.

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru...

    BalasPadam
  4. JT::

    a'a..tu la pasai..antara musim2 nye..mesti ramai yg terlepas malam semalam kan..kite tunggu je la nnt..

    BalasPadam
  5. amirah::

    haha..betul2..sagnat bosan dan takde pengisian..

    bab wat projek tu memang anytime bole wat syg..tp time malam new year lagi rmai amik kesempatan..tu yg saje masuk point tu..^_^

    BalasPadam
  6. PKH::

    selamat tahun baru juge..^_^

    BalasPadam
  7. luna::

    memang tak salah pun nak keluar dengan psangan..macam kata luna, kena beragak2 skit dgn tingkah laku..kan2?

    tapi tu la..ramai yg tak beragaknye..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan