Monday, 17 January 2011

~Pantang larang SIREH JUNJUNG~

Assalamualaikum. Hai!




Malam ni baru berkesempatan nak update belog. Konon hari Sabtu nak update belog banyak2. Tapi hampeh je. Tak update pun. Kui3. Nak buat camne. Tetiba kemalasan melanda diri. Hari Ahad pulak busy sepanjang hari. Pergi kenduri tunang, adik besfren. Nanti aku cerita jap lagi. Pastu petang lak pergi ziarah wife besfren dengan baby beliau, sekali kena angkut pergi makan2 dengan dorang. Malam dah tentu2 la aku terbungkang letih dan kekenyangan. Sebab tu la tak ter'update jugak belog semalam. Huehuehue.


Oh ye! Tadi masa lunch break, aku keluar makan dengan anyss@GKSB. First time jumpa kawan blogger. Teruja kot. Kui3. Beliau student dalam USM. Aku pulak kan kerja dalam USM jugak. So boleh la jumpa. Dah lama kot rancang nak jumpa. Tapi baru siang tadi ada peluang. Tadi lunch beliau yang belanja. Camne ni? Student belanja orang dah kerja? Tak malu betul cik sha ni. Huahuahua. Takpe2. Next time let me treat her. Belanja tengok wayang ke main boling ke. Syok jugak kan? Tadi pun jumpa jap je. Tak sempat nak sembang banyak2. Anyss! Nanti kita pergi ngedate eh?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aha! Meh nak cerita pasal hari pertunangan adik besfren aku semalam @ 16-1-2011. Nama manja beliau Cha. Masih belajar lagi kat UPSI. Bulan 6 ni baru abes. Bakal cikgu sukan nih. Hebat main hoki. Tunang beliau pun cikgu jugak. Dah start mengajar kot. Mereka akan dinikahkan awal bulan 5 ni dan kenduri bulan 6. Bila dah kahwen nanti time Cha kena posting lepas habes belajar, takde la kena hantar jauh2 kan? Hehehe.


Ehem! Macam biasa la kan. Aku kalau menyebok kat hari bahagia orang ni suka bebenau jadi photographer tak berbayar. Saje je amik gambar suke2. Mana tahu boleh buat portfolio bile tergerak hati nak buat bisnes photography. Kan2? Sebenarnye ada benda yang aku nak story ni ha. Pasal satu 'mitos' yang telah disampaikan oleh seorang makcik masa die datang ucap tahniah kat Cha. 'Mitos' ape? Kejap lagi aku cerita. Sebelum tu meh kita layan gambar dulu.



*Bekas cincin dari pihak lelaki*





*Inilah si gadis yang bertunang tu, Cha*





*Cha dengan tunang beliau, Azizi*





*GAMBAR WAJIB! Cik belog interprem dengan cik pentunang. Huahuahua.*




Amacam? Hebat kan skill aku amik gambar? Nak buat camne. Aku ni memang ada penyakit perasan tahap tertinggi. Bersabarlah wahai kawan2 ku semua. Hik3. Oh oh! Hampir terlupa. Tentang 'mitos' yang aku cakap tadi. Sebenarnya macam ni, masa makcik tu ucap tahniah kat Cha, dia sembang2 la dengan anak2 dara yang ade kat situ jugak. Aku pun ada masa tu dok sebok snap2 gambar. Tapi telinga aku curi2 dengar jugak la apa yang dia cakap. Masa tu die dok belek2 hantaran dari pihak lelaki. Pastu bile die belek sireh junjung, keluar la 'mitos' berkaitan sireh junjung ni.


Kata die, nak buat sireh junjung ni ada pantang larang die. Sireh junjung ni tak elok pakai sireh yang plastik tu kalau nak buat. Konon2 itu adalah petanda burok. Ada satu kes, pihak lelaki datang meminang anak dara ni. Bawak la sireh junjung yang diperbuat daripada sireh plastik. Lepas tu lagi 2 bulan nak nikah, pertunangan dibatalkan dan tak jadi kawen. Kata makcik tu sireh junjung ni memang kena pakai sireh yang real punya. Cari la kat kedai india berlambak2 kata dia. Buat apa pakai sireh junjung plastik. Nanti jadi macam kes yang dia cerita tu. Oh! Sireh junjung dari pihak lelaki yang bagi kat Cha pakai daun sireh real.


Haa, korang nak percaya ke tak? Toksah la percaya benda karut marut ni. Sorry la sebab aku kata makcik tu cakap menda mengarut. Aku memang tak berapa 'masuk' sangat dengan kepercayaan yang pelik2 macam tu. Bagi aku semua tu kerja Allah. Jodoh pertemuan semua Allah yang aturkan. Kita hanya merancang. Macam kes yang makcik tu cerita tadi. Mungkin ada sebab tertentu yang menyebabkan pasangan tu putus tunang dan tak jadi nikah. Kita bukan tahu masalah yang mungkin mereka hadapi. Mustahil lah sebab sireh junjung plastik tu terjadinya peristiwa tu kan?



*Ini sireh junjung yang aku buatkan untuk kawan aku 2 tahun dulu*



Oh ye. Lupa nak cerita. Masa abang ipar aku datang merisik kakak aku dulu pun datang bawak sireh junjung plastik tau. Tapi akhirnya dorang bersatu jugak jadi suami isteri. Dah ade anak sorang pun. Sebab ape guna sireh junjung plastik? Sebab abang ipar aku datang dengan wakil die dari N9. Jauh tu. N9 nak sampai Penang dalam 6 jam kot. Mahu layu kalau pakai sireh real buat sireh junjung. Tu baru N9. Buatnye abang ipar aku suruh famili dia datang bawak rombongan dari Sabah time tu agaknye layu atas flight dah sireh junjung tu. Haha.


Jadi, gunakanlah logik akal. Dan jadikan Islam sebagai panduan. Jangan lah percaya sangat dengan 'mitos' dan kepercayaan yang pelik2 macam tu. Tak yakin dengan kerja Allah ke? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin pasangan yang putus tadi takde jodoh antara mereka. Bukan sebab sireh junjung plastik tu. Hanya Allah saje yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Yakin dengan ketentuan Allah. Itu saje.


Tapi kan, satu je aku dok tertanya2 dari dulu. Apa motif sebenarnya kena bawak sireh junjung masa datang merisik @ meminang eh? Dalam Islam takde kan? Bukan benda yang wajib diadakan masa majlis merisik, meminang @ menikah kan? Kalau takde pun mesti tak jadi masalah rasanya kan? Itu cuma adat orang Melayu kan? Eh2, banyak betul 'kan' aku sebut. Haha. Sape tahu? Cuba explain sikit kat aku. Teringin nak tahu. Maklum la. Aku ni bukan melayu tulen. Jadi tak berapa nak tahu adat2 orang Melayu ni. Silalah jelaskan pada aku ye. Sekian mekaseh.



Bisik2 :: Tapi orang cakap, kalau anak2 dara yang nak cepat kawen, pergi curi sireh junjung tu pastu makan diam2 nanti boleh la kawen cepat. Percaya ke? Nah p baca huraian aku pasal makan sireh junjung ni kawen cepat ke tak dalam entri ni.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 orang bagi nasihat:

mie said...

tengok gambar cam gambar kawin la pula..
ehehehee

aleen aiden said...

wah,alang2 nak blanje tengok wayang ke boling ke,alin nak la ikot skali.keh3 :P

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau kisah kita ni takde tunang2 apatah lg sireh junjung bagai.. hantaran pun takde. Nikah paling simple jer.. nak buat camna keadaan tak mengizinkan..

nora said...

yg last skali tu penah denga gak
(nk tau betul ke tak ko try ar dulu ek lalallala ;p)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha...

orait...nti kita p ngedate hehe

tp kena tunggu selesai semua skn la..

BZ huhu..

Zura said...

gambar lentik xingat sha...hahaha..ade talent jd model nie...

cikgu 24 said...

$eronok tgk org bertunang nie..

hiro said...

ada pantang juge.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tunang ? pehhh.

cam kawen dah ;)

emm, sireh tu adat je kot.

hamzah ian said...

cantiknya gadis yg bertunang.. hehe

♥CIK SHA♥ said...

mie::

ehehe..tu la kan..dah macam nak kawen je..kami pun hari tu cakap macam tu kan tuan punya badan yang bertunang..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

aleen aiden::

nak ikot ke??boleh2! takde hal lah..jom!ehehe..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com