Thursday, 6 January 2011

~Nak Tegur? Nak Bagi Pandangan? Ada CARA beb!~

Semalam aku terbungkang awal pukul 8 malam dah hanyut ntah belayar ke mana. Tidur mampos pulak tu. Ni mesti gara2 malam sebelum tu aku tak dapat tidur. Jam 4 pagi ke atas baru pening2 lalat mengantuk padahal pukul 6 lebih dah kena bangun nak siap2 pergi kerja. Pelik betul perangai. Disebabkan tertidur awal semalam, isya' pun terbabas. Terpaksa qadha time subuh. Wuu.


Pastu tadi kat opis buka belog sebab bosan nak buat kerja macam takde mood. 2-3 menjak ni aku macam pemalas gila nak buat kerja. Ntah kenapa la. Tensen sebab coding asyik error je kot. Lepas tu dengan perangai majikan yang ntah hape2. Aaah, malas nak cakap pasal kerja. Nak cakap pasal lain. Boleh? Nak cakap sikit pasal isu HOT yang jadi semalam gara2 entri seorang lelaki yang rasa JENGKEL dengan trend orang perempuan pakai tudung/shawl sekarang ni.


Siapa lelaki tu tak perlu la kot aku nak mention. Rasanya entri beliau tu HOT gila malam tadi. Mesti ramai yang tahu sebab macam banyak je orang tulis entri maklum balas terhadap entri beliau tu. [Aku pun tengah buat benda yang sama. Haha.] Pastu dengar cerita kat twitter pun meletop2. Kat FB orang dok share2. Komen2 kat entri tu pun dah nak dekat 400 komen aku tengok. Wow! Terbaik ah. Dapat feedback dasyhat tu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Ini aku nak bagi PENDAPAT sikit la dari hasil pembacaan aku terhadap entri tersebut dan komen2 yang banyak sangat tu. Kita lihat dari sudut POSITIF dulu apa yang aku dapat dari maksud yang cuba beliau sampaikan. Tujuan beliau menulis entri tu MUNGKIN nak menyuarakan ketidakpuasan hati dan kejengkelan beliau la kot dengan fesyen muslimah sekarang. Ada la baiknye jugak. Setengah point2 yang cuba disampaikan ada betulnya. Aku setuju jugak. Memang fesyen muslimah sekarang banyak yang pelik2 dan mengarut. Itu aku sendiri akui.


Yang NEGATIF nya pulak ialah cara beliau ekspress ketidakpuasan hati tu dengan MENGAIBKAN orang lain. Bagi aku la, TAK PERLU nak mention nama somebody dan gunakan gambar that person [beliau dah buang gambar tu masa aku baca tapi aku kenal] yang dia mention tu konon2 nak bagi contoh yang jelas. And that person adalah di kalangan blogger sendiri yang sudah tentu2 orang kenal sebab blogger famous. SALAH cara dia tu. Cara tu telah menjatuhkan 'air muka' orang tu. Dan nampak die macam ada niat nak point that person.


Apa la salahnya TULIS SECARA UMUM. Lebih elok kot kalau dia guna ayat ni dalam point die yang nombor 2 kalau tak salah aku. "Cuba korang tengok gadis2 sekarang ni yang gila nak pakai shawl berkaler maler pastu tempek ribon sana sini bunge besau2 kat kepala. Pelik betul fesyen bertudung sekarang ni. Pastu posing pulak amik gambar banyak2 tempek kat dalam belog masing2. Kalau korang tengok cantik ke tak cantik? Aku rasa mejengkelkan betul la fesyen2 dorang ni." Sedap sikit kot ayat tu aku rasa. Takde mention nama sapa2 pun. Mana2 gadis blogger yang gila pakai shawl kalau terasa sendiri tu biaq p kat depa la sebab takde mention nama. See? Itu baru cara sopan nak tegur orang walaupun kau tak suka cara dia.


Point yang lain2 tu aku taknak ulas. Nanti aku rajin aku tulis entri yang berkaitan isu fesyen muslimah sekarang. Bukan nak tunjuk baik atau alim. Sekadar memberi pendapat dari pandangan dan pengalaman tentang isu itu. InsyaAllah it will be written in next entry. Entri ini just nak bagi teguran dan pandangan terhadap cara penulisan that guy je la. Bagi aku cuma part dia mention nama dan guna gambar tu la yang menimbulkan kemarahan blogger2 lain.


Yang memang adore girl yang die mention tu harus la rasa marah dan nak backup manakala yang memang tak suke that girl bersorak gembira siap kutuk2 dan hina that girl sama. Mana aku tahu? Aku baca semua komen2 kat entry tersebut walaupun aku tak bagi komen. Ramai yang backup dan ramai yang kutuk. Tahu tak disebabkan entri beliau itu saja dah boleh heret sama RAMAI ORANG BUAT DOSA tanpa disedari? Walaupun entri itu ada NASIHAT yang bagus supaya muslimah2 sedar cara berfesyen mereka tak mengikut syarak dan melampau. Tapi orang yang memang benci that girl akan 'kabur mata' tentang itu sebaliknya lebih fokus nak KUTUK that girl.






Itulah kesilapan beliau yang paling jelas dan ketara aku nampak dari entri tersebut. Lagi satu cara beliau respon komen2 dari orang lain yang tegur cara beliau tu. Sangat menunjukkan yang beliau langsung tidak boleh terima teguran positif. Lepas tu komen2 dari penyokong beliau. Semua guna ayat2 yang tidak sepatutnya la bagi aku. Ngutuk orang yang tegur elok2 konon2 nak berlagak alim macam ustazah/ustaz. That's not a good way to response others opinion. Bagi aku kalau orang tegur secara elok, kita terima cara elok. Tak perlu nak maki2 balik.


Bukan la aku nak kata aku ni baik derr. Aku pun manusia biasa. Banyak jugak buat salah @ dosa samada aku sedar @ tak. Kita semua ni tak pernah terlepas dari buat dosa. Ingat tu! Sebab tu kalau nak tegur orang pastikan teguran kita tu pun adalah untuk muhasabah diri sendiri jugak. Jangan cakap je pandai pastu diri sendiri pun sebenarnye terbarai. Orang2 kat sekeliling yang ada kaitan dan rapat dengan kita pun tak terjaga tak boleh nak tegur.


Aku sendiri yang pernah tegur somebody yang ada kaitan pun pernah kena hina kena caci maki kena fitnah dengan beliau walaupun tak mention nama tak reveal gambar. Sakit tahu? Itu yang kita kenal kita tegur direct tapi masih berlapik. Inikan pulak yang kita tak berapa nak kenal takde kaitan nak tegur direct macam tu. Susah. Tak semua orang boleh terima teguran. Nak tegur perlu ada cara. Apa2 pun ambil la teguran orang dari sudut yang positif. Jadikan pengajaran.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Apa motif aku tulis entri ni? Kenapa tak komen kat entri beliau? Aku pengecut sebab tak tegur beliau direct tapi tulis entri kat belog sendiri? Lantak la korang nak cakap ape pun. Aku bukan mencari populariti. Just nak bagi pandangan. Lagipun beliau dah buat entri pantun mintak maaf kat that girl. Bagus la tu. Kita kalau buat salah dengan Allah, boleh bertaubat dan mintak ampun kat DIA saje. Tapi kalau kita buat salah dengan orang, kena mintak maaf kat orang tu balik. Selagi orang tu tak maafkan kita selagi tu kita tanggung dosa sampai la kat akhirat.


Aku perhatikan dunia blogging ni macam makin worst je dengan isu-isu yang kontroversi. Lebih kurang macam isu ni la. Banyak lagi la isu-isu yang kontroversi jugak tentang dunia blogging ni. Isu Anonymous yang annoying pun makin menjadi2. Dah macam tak enjoy nak berblogging.


Pelik kan? Tapi itulah manusia. Ada macam2 jenis manusia kat dunia ni. Itu baru sikit yang kita jumpa manusia pelik2 kat dunia blog. Kat luar tu, in real life, lagi berlambak-lambak yang pelik2. Apa2 pun, jagalah diri masing2. Jaga perlakuan, jaga percakapan, maka terpeliharalah maruah diri. Itu yang terbaik. Fitnah dunia ni ada macam2 jenis. Sekian, wallahualam.



Bisik2:: Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

24 orang bagi nasihat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

setuju dgn pendapat sha.. entri dia sy lihat byk pengisian cuma menjadi cacat bila dia suka point nama orang.. sy ada komen satu entry terbaru dia ckp lagi elok jgn letak nama sesapa sbb entri ni dah cukup bagus.. tak tau la dia balas apa sbb atk check pun

hiro said...

yep2..setuju2..sebenarnya tudung lepas dada dan tak nmpak rambut..ok dah..kan.

qellissa said...

yup, pandangan yg bernas as long tak menyinggung hati sesiapa it shud be ok klu nak bg pendapat or apa2 pandangan ye tak?

saya_arief said...

xtawu pown..
sape mamat tu weh..

♥CIK SHA♥ said...

abby::

sekadar pendapat blogger lekeh macam saye ni..harap orang dapat terima..

tu la..saye nmpk ade point yg baik dalam entri dia tu yg dia cuba sampaikan..cuma cara tu yang salah..nak sampaikan pandangan peribadi sekalipun tak perlu nak point somebody jadikan contoh..

♥CIK SHA♥ said...

hiro::

bertudung tu memang WAJIB bagi seorang muslimah..tak kesah la kalau die bertudung tu nak berfesyen mcm mana pun..janji niat dalam hati nak menutup aurat yang memang wajib ditutup..

manusia ni pelik2..kadang2 yang pakai tudung labuh pun orang boleh cakap seksi..

♥CIK SHA♥ said...

qellissa::

that's the point! kita perlu hormat privacy orang..tak kesah la die nak tempek banyak mana sekali pun gambar die dalam belog..itu hak die..kite takde hak ceroboh privacy die dan tempek gambar die dalam belog kite konon2 nak sokong pandangan kita sampai menjatuhkan air muka die..SALAH tetap salah..nak tegur atau bagi pandangan perlu ada cara yang lebih berhemah..

♥CIK SHA♥ said...

saya_arief::

eh2 ko ni..punye la hangat topik tu kat dunia belog..haha..aku taknak la reveal die sape..aku just bagi pndangan aku je dari cara die tu..

ARC™ said...

haha tp betolla ape die cakap tu

♥CIK SHA♥ said...

arc::

aku takde kata pun salah..aku pun setuju jugak dengan point die..cuma cara die tulis tu salah..kalau nak bagi pandangan, secara umum lagi sesuai..jangan mention nama jangan publish gambar..jaga sensitiviti orang..kalau nak tegur secara peribadi better pergi approach je orang tu personal..itu yang terbaik..hati orang kena jaga beb..

CGG said...

tegur cara berhemah..
bagusZ:)

Jejaka Terhangat said...

er..just nak btol kan cik sha..tutup aurat mmg tuntutan..nak berfesyen dgn tudung pon adalah dibolehkan..tp kalo fesyen tu berlebihan smpai org nmpak pelik dan jadi tarikan org..tu la yg JT kata tabaruj kat entri tu..

tudung mcm wardina, waheeda dah nmpak cantik dan takde unsur2 pelik..tp bila shawl masuk ke dunia islam, fesyen2 pelik pon kluar..JT pon mcm baru2 ni baru perasan..bnda ni mmg perlu ditegur..supaya perempuan tidak berlebihan dlm berfesyen..

tp mcm cik sha kata, biarla teguran tu umum tanpa aibkan mana2 pihak..

tp yg JT pelik, mcm takde kesan je kat org yg dimentionkan namanya tu. blog dia spt takde rasa bersalah pn..teguran tu tak sampai kat dia agaknye. ngehh..

♥CIK SHA♥ said...

CGG::

itu yang sebaiknye kalau naktegur orang..perlu ada cara dan berhemah..

♥CIK SHA♥ said...

JT::

Sebab tu biarlah bersederhana dalam semua perkara..buat sesuatu fikir baik buruk..saye pun perasan menda ni dah lama dah..pelik2 fesyen muda mudi sekarang ni..itu memang saye akui..sikit pun tak nafikan..


sebab tu la saya cakap tegur biar secara umum..kalau nak tegur direct better approach personal..itu yang sebaiknye..aib orang kena jaga..setahu saya dalam Islam tak ajar umat die mengaibkan orang..


die nak terima atau tak teguran kita itu hak dia..yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang saudara seislam..


tapi saye tengok isu tu makin hangat bila orang lain mula masuk campur dan bagi komen yang sangat tidak baik..menghina orang namanya..bila orang tegur balik dicaci kata berlagak macam ustaz/ustazah..salah tu..


saya pun bukan perfect..banyak lagi yang saya perlu belajar tentang Islam..tambah2 saye anak seorang mualaf walaupun saya dilahirkan Islam..saye kena belajar jugak..

ParkAir said...

sabaq naaa sabaq... tapi dia berjaya meningkatkan pengaliran trafik ke blog, sebab tu dia saje2 wat isu sentap2 macam ni kui3.

♥CIK SHA♥ said...

parkair::

aku ok je..no harm..sebab aku takde pun pakai fesyen pelik2 camtu..cuma bagi pandangan sikit cara penulisan beliau itu..


orang ni kan lain2 die punye mentaliti..penerimaan terhadap sesuatu isu tu berlainan..jadi penulisan kena berhemah..


kau tengok dr Tuah..cara die motivate..die tak tuju kat somebody..cakap secara overall.. sebab orang yang hadapi masalah macam tu bukan sorang dua..ramai..dia nak terima atau tidak pandangan yang diberikan itu terpulang pada diri individu..

Ery Farieha said...

heh
ramai betol yg respon entry tu
xP

♥CIK SHA♥ said...

ery farieha::

sekadar memberi pendapat..saye tak pergi pun kat tuan blog suruh die baca entri saye..sape2 yang baca fikir2kanlah apa yang cuba saya sampaikan..

memang saye bukan ustazah nak menegur tindakan orang..tapi tak slah sesama islam menegur kalau ada sedara seislam buat sesuatu yang boleh membantu orang lain dapat dosa sama dengan mengutuk orang lain..tak baik itu..

kalau anda semua baca entri saya betul2 semoga anda semua dapat input apa yang saya utarakan..yang baik datang dari Allah..yang tak baik itu dari kesilapan saya sendiri..

maaf kalau ada yang tersinggung..

ARC™ said...

tp tu la...kalau dia buat umum...org xamek port sgt...biar bg betol2 kena setepek baru org sedar

♥CIK SHA♥ said...

arc::

tak tahu la..atas diri sendiri jugak..ade orang ko tegur depan2 terang2 pun takkan sedar diri jugak..macam somebody yg aku pernah tegur dulu..siap die maki aku lagi ade..manusia kan?tak semua boleh terima teguran samada secara terang atau secara sinis..

AyuE SurihanyOt said...

hehe..aku baca jugak pasal tu..memang tepat kena batang hidung..haha

yg paling tak boleh blah dgn anon2 yg komen tu la..hadoihh gelak je aku baca..

Ain Atika said...

huh susah la kan kalau orang nak bagi pendapat x bertapis nih...agak agak la...kena pandai pandai jaga hati semua pihak.

~eZmALiZa~ said...

setuju sgt entry ni! ase nak share jer! hehehe... :D

anyway, ezma pon terasa gile2 dgn entry pasal teguran tu..xbek btol la org tu wat cmtu...

ape pon, sebagai muslimah seharusnya tahu batas2 aurat kite...pndai2 la jage diri untuk elakkan fitnah... :)

nice entry cik sha! :)

hentakbelipat said...

manusia ni bersepah dangan macam2 agenda...kadang2 benda tu mgkin utk personel interest..maksudnya saja nk dapat popular? dan manusia juga banyak jenis perangai..jenis perangai yang dia sorang betul yang lain buat apa pun dia nmpk salah mmg x boleh cakp apa



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com