Sunday, 2 January 2011

~Hidup memang tak boleh lari dari HUTANG!~

Hmm. Konpius. Sekarang tengah bercadang nak besarkan rumah pusaka arwah abah ni. Cadang nak renovate jadi 2 tingkat tapi mak taknak pulak. Jadi cuma dapat ubah design dan perbesarkan je la. Rumah pusaka ni rumah teres je. Rumah teres pun kalau nak renovate fully pakai duit banyak weh. Memandangkan rumah ni mak dah amanahkan kat aku, jadi aku la yang bertangungjawab nak tanggung semua kos kalau ada niat nak perbesarkan rumah. Walaupun dalam wasiat, rumah ni sebenarnye hak kakak sebab die yang sulung, tapi die dah setuju nak bagi rumah ni kat aku.



Kenapa? Sebab aku yang duduk dengan mak kat rumah ni. Adik dah berkahwin dan ikut suami dia ke Melaka dan mereka dah ade dua bijik rumah kat sana. Kakak pun dah berkahwin dan suami beliau seorang anggota polis. Buat sementara waktu ni kakak dengan anak dia stay kat rumah ni la dengan aku dan mak sebab abang ipar aku bertugas di N9. Kakak kan kerja Penang. Tapi, kalau permohonan abang ipar aku nak transfer ke Penang berjaya, mereka sekeluarga akan tinggal di kuarters. Maka tinggallah aku saje dengan mak berdua kat rumah ni. Aku kan belum kahwin.



*Aku jumpa image ni kat Google. Macam ngam pulak design rumah ni dengan rumah aku ni ha kalau nak renovate. Boleh amik idea la.*



Tapi, kakak cadangkan sebelum aku berkahwin, baik renovate dulu rumah. Bagi besar sikit dan ada bilik yang cukup. Nanti bila aku dah kahwin senang. Kalau kakak dengan adik sekeluarga balik rumah ni pun masing2 ada bilik. Takde la melepok tido kat ruang tamu. Betul jugak. Aku pun memang ade terfikir macam tu dan memang berniat nak besarkan rumah pusaka ni. Tapi..Eh? Banyak betul tapi. Dalam setiap perenggan pulak tu. Haha.



Sambung balik. Memandangkan aku ni bukanlah berasal dari keluarga yang kaya. Arwah abah pun tinggalkan harta rumah ni je sebijik dengan pencen beliau untuk mak aku. Maka kalau nak besarkan rumah ni tentulah aku kena buat pinjaman kan? Mahu berpuluh ribu jugak tu. Oh! Alamak! Hutang PTPTN yang 25ribu tu pun belum langsai2. Baru seribu lebih kot aku bayar. Ini nak buat pinjaman untuk rumah pulak. Makin bertambah2 la hutang aku macam ni. Adui.



Tapi nak tak nak memang terpaksa jugak la buat pinjaman. Kalau tak, mana aku nak korek berpuluh ribu nak bayar kos renovate rumah ni ha. Nampaknye hasrat nak beli kereta dan sambung Master kena la tangguhkan dulu. Lepas kahwin baru fikir kot. Sebab yang tu pun memerlukan kos dan mungkin jugak akan melibatkan pinjaman. Aiyoyo! Sudah la gaji aku kerja dengan NGO ni pun ciput je tak berbaloi dengan kerja yang aku kena buat dan degree yang aku ade. Uwaaaa. Bila nak dapat kerja gaji besau ni?! Tensen betul!
*Tengok! Rumah pun pandai pegang duit. Huuu..*



Oh oh. Terlupa. Tak baik merungut. Semua tu rezeki. Biar mula dari bawah. Ingat senang ke nak jadi orang berjaya dalam sekelip mata kalau tak usaha cik sha oi. Sila muhasabah diri sekarang. Bersyukur dengan apa yang ada. Kat luar sana ramai lagi graduan yang mengganggur takde kerja tahu? Ang ni dah ade kerja kira bersyukur la. Lepuk kang baru tau! Huu. Baikkk.



Kesimpulannya, hidup kita ni memang tak lari dari BERHUTANG. Betul tak aku cakap? Lain la kalau kau orang kaya weh. Ni aku cakap bagi orang2 yang kurang berkemampuan macam aku. Eleh! Kalau kau orang kaya pun kau still berhutang jugak ape. Tu pakai kad kredit tu. Guna dulu bayar kemudian. Swap2 kad je. Kira hutang la jugak tu. Kan2? Haha.



Jadinya, aku kena la buat pinjaman jugak barulah hasrat nak perbesarkan rumah ni tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Jangan bimbang. Aku kalau berhutang memang aku akan bayar sampai habes walaupun sikit2. Takdenye aku nak lari dari hutang. Tak selamat hidup weh. Kat akhirat sana lagi la tak selamat. Akhir kata, janganlah lari dari hutang. Sila jelaskan PTPTN anda kepada sesiapa yang liat nak bayar tu. Pesanan khidmat masyarakat. Haha. Sekian, terima kasih.



Bisik2:: Hopefully IMPIAN INDAHKU jadi kenyataan tahun 2011 ni. Senyum penuh makna. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

amirah said...

bg yg xberkemampuan mmg ssh, pinjam pon ssh nak bayar pon ssh...lau org kaya hutang bnyk mana pon bole la jgk nk langsaikan...yg kita2 ni makan hayatla nak langsaikan.

Miss Izah Mohamed said...

kat mane2 pon mesti utang.. huhu

Jejaka Terhangat said...

bila la nak settle kan diri dari hutang ni..hmm..=(

Jejaka Terhangat: Tutorial Masukkan Lagu Dalam Entri..

Wan Haffiz said...

Ishh..jgn jadikan berhutang tu satu hobi..bahaye klu x pandai kawal..
n satu lagi, try cek balik cash flow kite setiap bulan...cek yg mane bnyak..cash in ke cash out..hehe

~sekadar berkongsi~


p/s..alhamdulillah..setakat ne x de hutang dan x kan sekali-kali berhutang..:)

♥CIK SHA♥ said...

amirah::

betul tu..kita yg kurang berkemampuan ni memang takleh lari dari hutang kan??T__T

♥CIK SHA♥ said...

miss izah::

terpaksa demi tuntutan hidup..tapi pastikan hutang dilangsaikan..jangan pandai berhutang saje..kan?

♥CIK SHA♥ said...

JT::

kena usaha lebih la..hee..nak buat macam mana..kita bukan orang yg berkemampuan..

♥CIK SHA♥ said...

wan hafizz::

ini bukan masalah hobi..tapi memang tak mampu dan terpaksa..cuma kena pandai manage la..dan pastikan hutang tersebut dilangsaikan..

kamu pasti anak orang berada kan?huhuhu..kami yang tak berkemampuan ni memang terpksa menanggung hutang..itulah tuntutan hidup..

Alexandriana Alia said...

huh, PTPTN saya pun 25 ribu satu sen tak bayar lagi aduhaiiii la!

pening pk pasal duit. bilo la nak kayo ni. :p

ciktomyam said...

moga moga dapat la rumah sebijik macam tu :D

JIJI YU said...

zaman skng ni mmg ramai beno yang berutang..seb bek aku wat pinjaman yang memang takder kadar paedah..

Wan Haffiz said...

eh2..x der lah..famili berlambak je hutang..sy je yg x der..:)

Amni said...

skang ni kalau kaya amcam mana sekalipun kena berhutang jugak.. sebab kalau beli sume benda yang mahal2 ni contoh cam kete or rumah dengan cash, t kena kejar ngan income tax.. haa.. naya je kena bayar tax mahal2... hoho



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com