Monday, 24 January 2011

~Date dengan Encik Amir Fahmi tengok filem KHURAFAT~

Hari Sabtu tempoh hari lepas balik kerja, aku keluar nge'date' dengan BFF aku encik Amir Fahmi. Huh? Cik Sha keluar dengan laki lain? Curang eh? Hoit! Nak kena debik dengan aku? Memandai je buat fitnah eh. Tak baik tau. DOSA! Ekceli aku bukan keluar berdua pun dengan encik Amir. Kami keluar berempat lor. Encik Amir usung 2 orang adik perempuan beliau ikut sekali. 




Nak mampos keluar berdua? Kang cik awek beliau yang jauh kat KL tu ngamuk pulak kat beliau. Tak baik oo buat 'rumahtangga' orang bergoncang. Hak3. Aku pun dah bagitau kat encik CH la. Beliau pun dah aku kenalkan dengan encik Amir ni face to face tahun lepas. So, takde masalah di situ ye. Lagipun encik Amir tu BESFREN aku la weh. Mane ada heart2 feeling nih.


Ok2. Sambung balik. Kami janji nak jumpa kat Jusco Perda je. Aku sampai dulu dari tempat kerja. 40 minit kot tunggu beliau dengan konco2 beliau tu sampai. Hadoi. Nasib baik tak berjanggut aku tunggu. Siap aku terlentok2 kat kerusi nak tertidur. Penat tengok gelagat orang keluar masuk kedai kasut Vincci depan kerusi aku lepak tu. Eh2! Tapi sebelum tu aku dapat cuci mata tengok seorang-muslimah-yang-pakai-tudung-tapi-kain-kat-belakang-terbelah-sampai-kat-montot-nampak-kaki-sampai-peha-walaupun-berstokin. Seksi kot. Aku geleng2 pale je la. Istighfar dalam hati. Fesyen die kot. T_T





Bile encik Amir dan konco2 nye sampai, kami pun decide la nak tengok wayang. Memula aku nak ajak beliau tengok FASTER, tapi beliau kata beliau dah tengok. Hampeh je. Beliau ajak tengok cerita hantu thai, PARANORMAL kot tajok die. Tapi TGV tak tayang la pulak hari tu sebab cuma 5 cerita je yang dorang tayang. Last2, decide tengok KHURAFAT. Memula aku sebenarnye takde rase pun nak tengok. Tapi bile mengingatkan review ramai blogger yang kata best, tergerak la jugak hati nak tengok best tara mana la filem tu. Encik Amir yang tak layan filem Melayu kat panggung pun terpaksa akur sebab cerita tu je la yang ada yang macam best kot. Adik2 beliau ikutkan je. Kami kan the eldest. So adik2 kena menurut perintah. Kui3.


Tapi kan, aku rasa macam aku tak tengok cerita seram pon. Asyik gelak je manjang. Hadoi. Keras perot aku gelak dengan encik Amir ni. Lain kali takmau dah ah tengok filem hantu melayu dengan beliau. Ntah hape2. Tak suspen betol. Cite seram jadi lawak pulak. Haha. Tapi bagi aku la kan, filem Khurafat ni takde la SERAM mana sangat pun. Cuma banyak scene terkejot2. Tetibe antu muncul. Tapi hantu die sedikit scary la kot. Aku asyik tutup2 mata je time antu tu nak muncul sebab boleh agak time bila antu nak keluar. Wahaha. Meh aku nak kasi review sket pasal movie tu. Ini pandangan peribadi aku je la. Lain orang lain la pandangan kan. So, layankan je la.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

POINT #1
*Encik Amir cakap antu die macam JU-ON asyik nak merangkak2. Pastu suke muncul kat sebelah tepi, sebelah atas, celah2 lemari/tingkap, peluk tetibe kat belakang. Bile antu muncul je mesti part tu macam sunyi je pastu tetibe keluar terjengol. Haha. Sebab tu aku dah prepare tutup mata siap2 dengan beg. Rupe antu tu pun aku tak tahu camna sebab aku tak tengok. Encik Amir la yang bagitau. Kui3.




POINT #2
*Mimpi banyak sangat. Tengah suspen2 rupanya mimpi je. Huk aloh.


*Hantu mai kot atas*


POINT #3
*Aku rasa part pak imam p halau antu dalam badan pak-apa-ntah-nama-dia-aku-tak-ingat tu, surah Al-Hashr yang dia baca tu sedikit tak betol la. Alahai..yang "Lau anza nal quran na 'ala jabalil..." tu. Sebab aku hafal ayat tu. Itu ayat pendinding ye kawan2. Banyak yang die tertinggal rasanye. Memang dengar masa die baca tu macam sedap je sebutan kan sebab bunyi die baca tu sedap tapi tu la ada kesilapan. Hmm. Tak tahu la kot aku je yang tak dengar betol2 sebab part tu macam bising sangat. T_T




POINT #4
*Yang ni ketara la sangat nampak dalam semua cerita antu melayu tak kira la filem ke drama. Apsal la suka sangat biarkan pintu/tingkap ternganga terpelahau luas2 memalam buta? Tak paham betol aku. Bukan ke time senja orang dah tutup pintu/tingkap semua. Hadoi. Tensen betol rase! Tetibe aku yang tensen kan? Hahaha.




POINT #5
*Yang ni memang aku pelik gila. Apsal si Johan (Shamsul Yusof) tu bila nampak je antu mesti dia terkelu lidah pastu pejam mata rapat2 pastu terketar2 je? Takde pun berzikir ke, azan ke, baca surah ke, ngucap ke. Terus je terkaku. Aku komplen jugak la kat encik Amir. Pelik bebenau rase. Sebab die ada je jadi pak imam dalam solat. Konpius betul! @_@



*Hantu mai kot tepi*

POINT #6
*Encik Amir berleter bila part si Johan tu angkat mayat bungkus tu pas eksiden tergolek2. Apsal tak angkat kawan die ke telepon orang ke? Eh, encik Amir ni. Dah tu nama pun filem. Aku cakap je "Die pegang amanah tu. Kan mak si Anna dah amanahkan kat die urus jenazah Anna sampai selesai." Wakaka.




POINT #7
Aku pelik camne si Johan tu boleh pulak terlupe yang die ada kasi minyak dagu kat mek'ah Anna tu. Oh! Die kan dah insaf. Lupe pulak aku. Huehuehue.




POINT #8
Gila scary tengok part Anna kelar tapak tangan dengan tujah2 lutut dia. Huwaaaaaa. Macam real oh!



*Hantu mai pelok2 kat belakang*

POINT #9
Encik Amir cakap Anna memang sesuai jadik hantu sebab rambut die mengerbang 24jam. Tak reti nak sikat rambut gamaknye. Hak3.




POINT #10
Aku pelik sebab senang2 je Johan boleh masuk rumah Anna dan kawan2 die tu. Depa ni jenis tak kunci rumah kot kan? Selambe badak je Johan boleh masuk.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Eh? Cukup2 la tu 10 je. Malas dah aku nak review. Tak ingat sangat jalan cerita. Dah 3 hari kot aku p tengok. Kui3. Overall filem ni ok la kot. Filem seram pertama yang si Shamsul Yusof ni bikin. Kire berjaya la tu. Dah dapat RM juta2 pun. Aku pun salah sorang penyumbang dalam juta2 tu kan. Ye la kata nak sokong industri perfileman Malaysia. Haha. Oh oh! Untuk filem KHURAFAT ni aku boleh kasik 5 dari 10 je la. Cukup cukup cukup. Hahaha. Rabu ni nak ronggeng dengan Aini pas balik kerja tengok movie Faster pulak. Yeay!



Bisik2 :: Ada bakat tak jadi pengkritik filem? Huahuahua.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

19 orang bagi nasihat:

Zura said...

masa syamsul terjah umah ana tue pun akak pelik jgak..mmg drg nie jenis xkunci pintu...senang pencuri nk buat keje

masa dia eksiden tue sha...drg dh mati sbnarnye...itu mcm khayalan syamsul je yg dia hidup...pdhal mase tue dia koma...that y dia xleh nk mengucap ke atau baca apa ayat quran

mmg melayu sarat ngan adegan terkejut2...tue yg akak xsuke tue..

FarhanaDr said...

Hahahaha.. Tak berape seram.. Tapi cite dia menarik.. Lain dari lain kot.. Dan syamsul kacak.. Ekeke.. :p

hamzah ian said...

citer ni bg gua best.. hoho

♥CIK SHA♥ said...

kak zura::

tu la kak..sha pelik betul part tu..tetibe je die leh terjah masuk rumah terus smpai kat bilik..huk3..


yg part tu sha tahu kak..memang dah agak die mati dah..cuma kan sebelum2 die eksiden dgn van jenazah tu selalu je die terserempak dgn antu..tapi tak reti2 nak berzikir ke ngucap ke ngaji ke..diam tergamam je reaksi die..hehe..


a'a kan kak..adegan terkejut2 ni memang takleh nak dipisahkan kot..^_^

♥CIK SHA♥ said...

doc hana::

yup!first filem antu yg lain dari yg lain..tapi takleh lawan drama kekasihku seru..yg tu memang horror gila..


ooo..doc hana minat syamsul ek??hehehe..

♥CIK SHA♥ said...

hamzah::

mesti la best sebab mg dapat tgk free..hahaha..aku napok mg dgn shara beli sekrim kat mcd lagi masa tuh..nyesal dok tegur..T_T

alinac lover said...

ALA TKT la nk tgk

ParkAir said...

Aku kalo citer antu memang TAK AKAN tengok punya lah.. biar pun orang belanja. Nasib baik aku berani baca review ko ni hihi...

Fashionista said...

wahhh....mcm buat ulasan filem...heheh...xtgok pon ag...

Nieza Micha said...

panjang review dia.. huhu...

tak suke tgk cite antu...>_<

amirah said...

teringin nk tengok tp kawan kata tak best. sbb byk scene dalam kegelapan.

ARC™ said...

review dengan nombor berlainan ialah pendapat drpd org yang berbeza.

gunakan point 1,2,3, utk isi2 berbeza

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tak tengokkkkkkkkkkk ag.

*frust*

hiro said...

best...

AyuE SurihanyOt said...

haha...kalau nak tgk cerita hantu jgn tgk dgn org laki sbb nnt diorang akan buat lawak...langsung tak jadi filem seram..

Ery Farieha said...

wahh macam2 komen. hehehe

for me, just OK. better la dari damping malam >.<

Sophie Al-yahya said...

wahh..rajinnya sampai 10 review.. Sophie tgk ok la kalau nak dibandingkan dgn filem seram Melayu yg lain. Maybe u tak berapa takut sbb ade en.Amir kot..

hentakbelipat said...

cite kira aku boleh kata bagus jgk..menjerit jugak la aku dlm wayang..kau pnh tgk janin? cite tu boleh campak dalam longkang

Ain Atika Zailani said...

eeee macam seram je....



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com