Monday, 3 January 2011

~Aku memang anak keturunan orang Asli..~

Assalamualaikum. Hai!




Aha! Betul la tu aku memang anak keturanan orang asli. So what? Ada masalah ke dengan keturunan aku ni? Kenape tercengang-cengang tu? Tak percaye eh? Betul la weh. Aku tak tipu sikit pun. Memang darah yang mengalir dalam tubuh badan aku ni ada darah keturunan orang Asli. Arwah abah aku berdarah campur orang Asli dan Cina. A'ah. Darah Cina pun ada mengalir dalam tubuh aku ni. Sebab tu aku kadang2 nampak macam amoi2 sikit. Tambah2 bile kena mekap. Cuma kulit aku takde la seputih amoi2 cina yang betul. Dah nama pun mix dengan orang Asli. Kan?


Sebelah mak memang Melayu. Melayu Jawa campur Melayu Bugis. Arwah datuk aku Melayu Jawa dan arwah nenek Melayu Bugis. Kalau orang2 tua yang pandai tengok macam nenek besfren aku mesti boleh cam bile lihat wajah aku. Besfren aku ni orang Johor. Dulu nenek die pernah tegur aku. Aku dah blur2 masa tu macam mana la nenek ni boleh tahu.




Nenek :: Kau ni mesti mix kan? Ada darah jawa kan? Cuba cakap Jawa sikit. Aku nak dengar.
Aku :: Eh2? Macam mana nenek tahu?
Nenek :: Aku pun orang Jawa jugak mestilah aku tahu. Cepat cakap.
Aku :: Ala nek. Tak reti la. Tak pernah belajar pun.
Nenek :: Apa la orang jawa tak reti cakap jawa. Rugi betul kau ni.
Aku :: *Senyum sampai telinga.*



Betul. Aku tak reti langsung cakap jawa weh. Tak pernah pun belajar. Cakap bahasa Asli pun aku tak reti. Lagi la cakap Cina. Aku reti cakap Melayu je. Kesian kan? Dah rugi banyak kat situ. Sedih rase. Dulu masa kecik2 aku pernah mintak arwah abah sekolahkan aku kat sekolah Cina. Memang teringin sangat2. Aku pun tak tahu kenapa. Masa tu tak tahu lagi aku ada darah keturunan Cina. Tapi beliau takmau hantar takut nanti aku tak kenal Islam. Jadi beliau sekolahkan aku sekolah harian biasa yang ada belajar matapelajaran agama Islam dan hantar aku pergi kelas fardhu ain.


Bahasa Asli pun beliau tak pernah ajar aku adik beradik. Dari kecik lagi beliau didik kami supaya rasa diri kami ni memang Melayu sejati bukan orang Asli. Beliau tak nak kami malu kalau kami tahu kami ni dari keturunan tu. Sumpah masa aku kecik2 aku memang tak tahu pun aku ni ada darah keturunan orang Asli sampai aku darjah 6 baru aku tahu. Malu ke aku bila dapat tahu? Sikit pun tak. Aku rasa bangga. Sebab aku anak darah campuran. Orang cakap, anak darah campuran ni bijak2. Alhamdulillah.



* Ni la anak orang Asli tu..Sudi kawan tak?*



Dulu2, aku cukup pantang bila dengar orang yang mengaku Melayu dan Islam suka menghina orang lain yang muka tak berapa nak lawa/ensem dengan menyamakan seperti orang asli. Tambah2 kawan2 aku sendiri. Ayat yang popular>>"Eeee..kau tengok orang tu, macam orang asli la." Sumpah aku rasa macam nak bagi penampar berdas2 kat dorang. Tapi aku selalu perli je balik. "Kenapa? Orang Asli bukan manusia ciptaan Allah jugak ke yang kau nak hina2?" So, dorang pasti akan terdiam. Aku pelik kenapa kebanyakan orang suke memandang hina pada orang Asli ni. Apa la salah orang Asli ni pada dorang?


Ada orang pernah menghina aku dengan mencaci keturunan darah aku yang satu ni. Orang Asli. Kenapa? Hina sangat ke orang Asli ni? Orang Asli bukan manusia macam kau jugak ke? Kalau la orang yang hina aku tu tahu, orang Asli yang hina macam kami ni dah banyak yang berjaya dalam hidup. Lagi bijak pandai dari dia yang suka mencaci maki keturunan kami. Tentu dia malu. Tak semestinya orang Asli yang dia anggap asal dari hutan ni takde akal fikiran dan tak pandai belajar. Tapi orang spesis suka menghina ni mesti takkan tahu semua perkara tu kan? Sebab pemikiran dia sempit dan hanya tahu memperlekehkan orang je.


Ramai kawan2 aku pun tak tahu lagi pasal keturunan aku ni. Yang rapat2 saje yang tahu. Mati2 mereka ingat aku tipu. Sebab mereka dulu pun suka jugak perlekeh orang Asli. Tapi bila dapat tahu aku juga ada darah keturunan tu terus jadi malu alah pada aku. Sebab tu jangan pandang lekeh pada orangAsli dan sesuka hati je nak menghina. Walaupun aku ada darah keturunan orang Asli, aku tetap bangga dan bersyukur. Sebab itu keistimewaan Allah beri pada aku. Sehina-hina aku yang berdarah orang Asli ni, aku tak pernah lagi memandang rendah dan menghina orang lain.


Jadi kawan2 yang aku sayangi, silalah jaga pertuturan dan tingkah laku. Jangan mudah2 je nak memperlekehkan orang ye. Tambah2 hina keturunan orang. Tak baik. Agama Islam tak ajar kita menghina orang. Korang keturunan ape sekalipun, tetap sama di sisi Allah. Ingat tu!



Bisik2 :: Sudi lagi ke korang nak berkawan dengan anak orang Asli ni?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

28 orang bagi nasihat:

FarhanaDr said...

Anak-anak orang asli comel tau.. Heehee.. :)

Yep yep.. Kita bangga dengan apa adanya kita.. Kan?

nub said...

anak org asli aa baguihh..suma buley buat..bhaha

Lulu caldina said...

nak kawan..nak kawan...
ngee...

hysman said...

saye sudi berkawan..hehe..
tp watpe nk malu jd org asli..
patutnya bangga pesal org asli la pure2 bumiputera...
saye suka gi kg org asli kat kota...
baek2 suma...
org asli skrg pon dah moden..hehe

salam kenal..
;)

Miz Ellysu Bahari said...

takde masalah pe kawan dgn anak org asli. asli pun ada yg sempoi per..

Salam Ukhwah :)

~eZmALiZa~ said...

aii pon asli jugak...aii bukan tiruan..hehehe... :D comel rupenyer cik sha ni..salu dtg terjah blog ezma...tp arini ezma terjah cik sha balik...soooo cute...ezma follow awek cun nie!! :D

Cik Nurul Pinky said...

salam perkenalan...thanks sudi singgah blog kita..anak orang asli comel dan banyak yang dah berjaya tau ehehehe

O'gosh said...

saya sudi jekk..

ARC™ said...

ish apsal nak caci keturunan lain lak. patutnya mereka ni dikagumi sbb lain dr yg lain :)

tuan blog ni kalo org kate huduh sbb keturunan asli pon xleh sbb tuan blog comel :)

orkedwangi said...

ok apa anak orang asli...skrg orang asli bukan macam dulu la kan.so rilek sudah...

De'din said...

orang asli pon orang kan..
jadi berkawan lah dgn orang !
haha

SyedGraphiX said...

ank org asli yg comeyy XD

padle said...

aku org jawa..

chill je...

nora said...

sudi sudi

nak kawannnn

JIJI YU said...

kawan2 aku yang keturunan bugis sume garang2..ko garang ker tak ek..

Fxysche Nas said...

sangat sudi ^_^
semua manusia sama darjatnye...
kaum bgsa harta status bukn pghlg utk saling berkenalan..;)
hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

wahh, fifiey sudii kawan dengan kak shaaaaaa:D nnt bila2 nak p melawat tempat akak .. boleh??? heee^__^......


yep, kita semua sma di sisi-Nya. jadi, terima lah apa adanya kita. betul tak?

Amni said...

saya orang jawa jugak.. hihihihi... no prob at all... orang asli pon manusia jugak.. tapi memang agaknya orang kita ni banyak mulut.. mungkin sebab didikan kot,.. persepsi.. entah... hummmm....

hamzah ian said...

orang asli comel pe..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah.. byknye mix.. satu keistimewaan bg kamu tau! Sbb tu kamu comel. dh campur mcm2. Mcm rojak.. byk bahan tp sedap. kekekekek

Zura said...

xde hal lah sha..kite kan 1Malaysia...

♥CIK SHA♥ said...

YEAY!! SEMUA SUDI KAWAN DENGAN AKU..SUKENYE!!

SAYANG SEMUA ORANG...♥♥♥

deqdeq said...

dah jumpa blog nih...DeQDeq dpt tau entry ni dari cik lekit...sblm nih kita dah kawan kt FB dan DeQdeq dah follow sha pn....tp skrg br tau ada keturunan orang asli...

p/s: mcm mana kita leh kwn kt FB yer...akak igtkan sha ni junior akak kt sek men dulu...tp tgk info sekolah x sama pun..heheh...akak mcm kenal sha bila tgk gambar photoshoot tu

♥CIK SHA♥ said...

deqdeq::

heee..thanks kak..ye eh akak familiar dgn muke saye??mungkin pernah terserempak kot..tak pun memang Allah nak kenalkan kita..^_^

deqdeq said...

xtau la dik....tp mmg akak rasa mcm sha ni junior kt sekolah akak...btl ke sha x penah sekolah kt SMKAY?

♥CIK SHA♥ said...

SMKAY??tak pernah la kak..mungkin pelanduk 2 serupa kot..hee..

deqdeq said...

ehhehheh...mungkin la kot...xperla...salam perkenalan...

nodame arewien said...

sy suka baca ni...sy pun mix orang asli dan cina... tp sgt menyedihkan bila bangsa lain mengutuk2 org asli...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com