Thursday, 2 December 2010

~Sayangilah binatang peliharaan anda. Hentikan penderaan! Dosa..~

Yeay! Aku dah berjaya pujuk mak angkat aku. Fuhhh. Lega betul. Hilang semak pale semua. Punya la payah nak pujuk sampai migrain aku semalam dibuatnya. Hoho. Yo yo oo je. Padahal migrain sebab p mandi wap malam semalam angin takmau keluar habes. Nak kentut malu pulak ramai orang dalam bilik tu. Kui3. Tapi alhamdulillah sebab mak angkat aku dah tak merajuk dah. Syukur betul. Betul la cakap korang semua. Orang tua ni hati dia sensitif sket. Kena pandai2 ambik hati pastu ayat kena manis2 nak pujuk. Terima kasih la pada kawan2 yang bagi semangat kat aku untuk berusaha pujuk mak angkat aku sampai berjaya. Terima kasih semua. Lebiu la! Hehe.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Aha! Berbalik kepada topik asal. Tajuk kemain lagi. Kui3. Ada ke yang suke seksa menatang peliharaan ha? Meh sini aku dera balik. Jahat betol. Dengar ni aku nak cerita pasal menatang. Orang cakap kalau menatang suka dekat kita, maknanya kita ni penyayang orangnya. Aku kurang pasti la kesahihan nya. Mungkin betul la kot kan? Rasanya aku macam pernah terbaca tentang ni dalam buku motivasi Dr. Tuah. Beliau cakap kalau nak tahu seseorang tu jenis penyayang ke tidak, tengok reaksi menatang dengan dia dan reaksi dia dengan menatang. Macam tu la lebih kurang. Aku pun tak berapa nak ingat. Nanti aku semak balik. Tapi rasanya betul dah tu.


Contoh yang paling mudah, kucing. Kucing ni sensitif oo. Die tahu orang tu jenis penyayang ke tidak. Kalau die rasa orang tu jenis penyayang mesti die suke datang dekat. Tapi kadang2 die saje2 jugak datang dekat orang yang tak penyayang ni sebab nak tengok reaksi orang tu macam mana. Mesti die saje2 je p nyondol2 walaupun die tahu akibatnye die kena tendang ke, kena halau dengan penyapu ke kan. Tapi die peduli hape. Die nak jugak test market. Tambah2 dekat couple2 yang tengah dating makan2. Tujuan die tu mesti nak tunjuk kat couple tu yang pakwe/makwe dorang tu tak penyayang punye orang. Mintak makan sket dah jerit2 maki hamun tendang2. Tak penyayang betul! Hahaha. Memandai je aku wat kajian macam tu kan. Tampar sedas baru tau.


Apa motif aku cerita pasal menatang2 pulak ni? Nak cakap aku ni penyayang la konon sebab suke menatang? Ye kot. Haha. Takde la weh. Tak baik riak2. Dose. Sebenarnye nak bagitau aku dapat hadiah 3 ekor arnab dari paksu. Yippie! Comel weh. Suke gile aku. Dah lama teringin nak bela arnab. Dapat free2 tak payah kuar duit p beli kan. Mahu aku tak melompat suke. Hoho. Mak sampai tak terkata apa. Dah anak dia memang suka bela menatang. Nak buat macam mana. Redha je la. Hehe. Mekaseh mak kerana memahami anakmu ini.

*My new pet. 3 ekor rabbit. Yeay!*

Eksaited punye pasal aku snap le gambar arnab ni pastu send MMS kat adik. Konon2 nak share kegembiraan aku la. Meh ushar ape adik aku reply kat aku. Hampeh je adik aku ni tau. Nak kena smack down la tu. Huh!


Aku :: Arnab aku..Heee.. [attach sekali dengan gambar]


Adik :: Weh ko ne..Memula miow2 putih, bobo n momo, cik'ah, ikan emas, ikan gulpy laga, ikan kecik2, la arnab pulak. Huhu. 3 ekor lak tu.


Aku :: Nak buat macam mana. Kakak ko kan suke menatang. Hoho.


Adik :: Muahaha..Pas rabbit apa pulak? Hehe.. Kena jaga betul2, rabbit kuat makan. Kihkih.


Aku :: Pasni aku nak bela lombu pulak. Muahaha.


Adik :: Ko kene beli tanah dulu. Pastu baru boleh bela lembu ke kambing ke macam dalam farmville ko tu. Hahaha.


Nampak tak? Adik aku perli aku. Cit cit! Sampai hati betol. Lama dah aku tak tengok menatang2 aku bela kat Farmville fesbuk tu. Hoho. Dah malas nak main. Tapi bila adik aku cakap macam tu, tetiba terfikir balik. A'a la. Banyak betul menatang aku dah bela dalam tahun 2010 ni. Macam azam nak membela menatang banyak2 la pulak. Haha.


Miow2 putih tu dah kena culik sebab die comel sangat. Huu. Bobo n momo pulak hamster aku. Sekarang tinggal momo je jadi janda sebab bobo dah arwah. Huu lagi. Cik'ah pulak kucing siam yang aku dok bela sekarang. Ada tu tengah tidur kroohh kroohh. Ikan emas (cik yah n cik nin) dah mampus tak sampai 3 hari bela. Haha. Ikan gulpy n ikan kecik2 tu pun seminggu je tahan. Pastu semua mampus sebab aku tak buh dalam akuarium yang ade tangki oksigen sebab kedekut nak beli. Padan muka! Haha.



*Cik Yah + Cik Nin dalam kenangan sebab dah arwah. T_T *






*Janda HOT!*






*Cik'ah gemok pemalas.*



Tapi kan korang. Bukan takat menatang tu je aku bela. Kat rumah ni aku ada bela beruang jugak. Banyak sangat. Pastu sotong kurita. Eh? Tetiba teringat kat Paul Si Sotong. Haha. Lagi2 aku ade bela lembu jugak. Betul weh. Aku tak tipu. Rasa2 aku dah boleh jadi doktor veterinar tak? Takpun zoologist ke kan. Haha. Pasni aku nak bukak nurseri jaga menatang la. Boleh? Kah3. Ntah hape2 je.



*Inilah die cik Green Octopus..^_^*



*Beruang-beruang belaan tuan belog.*



*Muke tuan belog yang bajet kiut dengan lembu beliau. Haha.*


Hoho. Banyak tak binatang belaan aku? Nak buat camne. Orang bujang macam aku ni. Bela menatang je la mampu. Nak bela anak sendiri mana ade lagi. Kahwin pun belum. Ececeh. Buat sedih pulak. Pang sat g baru tau. Haha. Korang suke bela menatang tak? Menatang ape korang suke bela? Cepat habaq kat aku. Boleh kita joint venture bukak nurseri menatang. Kui3.



Bisik2 :: Jangan sesekali berbuat jahat @ menyiksa binatang. Tak baik tau. Dosa. Binatang pun makhluk Allah jugak.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 orang bagi nasihat:

~cik tiram~ said...

janda hot tu macam hamster jantan je...ngeh3...:D
kite ade duda hot...tapi baru je dpt bini...heee...

AyuE SurihanyOt said...

aku suka kucing..arnab..erkk tak berapa sbb arnab takde bunyik kot aku tak taw dia tgh lapar ke, ngantok ke, sakit ke..huh takde perasaan..kalau kucing boleh gak bawak gaduh..hehe

FarhanaFabulous said...

banyaknye pet die..comel..

roq said...

baaaanyaknye pets:)

cik bihah said...

comel2 semua nye =)

HonEyBuNNy said...

comelnya semua pets tu...suka2..

Zura said...

benci org yg dera binatang..

Marya Hana . said...

cik green octopus tu sangattttt menggode ! mao mao.. hehe

rieyana ynn said...

penah tgk satu video kat tube...sowg pompun cina kew jepun tah...dia ambik sekor anak kucing dia pijak dgn kasut tumit tinggi dia..dia pijak perut,ekor semua lah dan kasut tumit tinggi tu dia pijak biji mata ank kucin tu...huhu...manusiakah mcm tu...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com