Reunion yang sangat Awesome!

Hello hello everybody! Assalamualaikum. Aku dah balik. Teruja gila nak update belog. Malam semalam nak update tapi tertidur pulak. Hek3. Maklumla penat, tidur dalam train tak puas. Aku balik ke Penang malam Selasa sampai pagi Rabu terus pergi kerja. Jadi harus la malam semalam aku terbungkang awal ye kawan2. Letih tu.


Malam ni nak cerita pasal reunion tempoh hari. Awesome! Seronok sangat dapat gathering dengan senior2ku masa belajar kat UMS dulu. Kami ada geng sendiri. Actually dorang la ade geng. Aku ni junior dorang. Bila dah rapat dengan dorang terus otomatik diterima masuk dalam geng dorang. Hehe. Otai gile siap ade geng tu. Takde la otai mane pun. Otai sikit2 je. Wahaha. Konon! Sila jangan percaya.


Walaupun yang dapat join hanya 6 orang saje dari 9 orang. Tapi takpe. Next time buat reunion lagi harap semua boleh join. Kami reunion untuk kali pertama ni kat Melaka. Saja sambil2 reunion tu cuti2 Malaysia la sekali. Walaupun aku dah banyak kali pergi Melaka sebab adik stay dengan hubby die kat sana. Tapi jalan dengan kawan2 feeling die lain sangat. ENJOY!



*1st day :: Pagi2 dah pergi melawat Zoo Melaka*



*1st day :: Petang g bergambar kat A Famosa.*



*1st day :: On the way balik dari Jonker Walk*




Setel reunion kat Melaka. Jam 2petang hari Ahad dah gerak balik ke KL dengan Wana sebab aku tumpang kereta die. Pagi tu kami sempat lagi la pergi kat tempat bersejarah yang lain candid2 gambar. Sampai KL dah petang, Wana bawa g jumpa dengan cik Izzat kat rumah die sebab die tak dapat join reunion tu. Malamnye Wana drop aku kat KL Sentral sebab encik CH nak jemput aku kat situ dan hantar aku g rumah kakak die. Aku tumpang bermalam. 2 malam la jugak stay rumah bakal kak ipar. Hoho. Muke tak malu betul aku ni.



Oh! Hari Isnin aku spend masa dengan BFF aku encik Amir kat Mid Valley memandangkan hari tu encik CH kerja. Hee. Tapi mintak izin dulu la dengan encik CH. Bukan keluar cenggitu je. Dah la menumpang rumah kakak beliau. Aku dengan Amir lepak2 je kat Mid Valley menyembang tak hengat dunia. Sebab dah lama gila tak jumpa dia. Ada la dalam 7 tahun kot. Pastu sorang lagi BFF aku,cik Yanti nak join lepas encik Amir kol nak ngusik die pada mulanye. Kitorang dulu satu sekolah masa Form 6 tapi cik Yanti kelas lain. Dah macam reunion la jugak. Memang reunion sungguh aku. Haha. Tapi gambar dengan depa 2 orang ni tak ambik. Terlupa nak bawak kamera.



*2nd day :: Jadi model atas Muzium Samudera*


*2nd day :: Atas Menara Tamingsari*



Aha! Nak bergosip sket. Masa lepak kat Mid tu aku nampak ramai artis. Maya Karin CANTIK gile! Die dengan Yusri KRU makan McD. Pastu ada la lagi beberapa orang artis aku nampak. Rupanya ada tayangan pra-tonton filem Khurafat masa tu. Ada Hamzah cerita kat blog dia review filem tu. Padan la ramai artis.


Niat turun KL ari tu ingat dapat la spend masa dengan encik CH. Tapi...hampa je. Beliau kena kerja dah tak boleh nak cuti. Sedih rase. Cadang nak berbincang 'something' dengan beliau pun terkubur begitu saje. Siap aku merajok dengan beliau lagi ade la sebab terasa hati. Ye la. Aku turun sana sebab nak jumpa beliau tapi beliau takde masa untuk aku. Mahu aku tak merajok. Wahaha. Sengal betol. Ntah hape2 je perangai aku ni. Takpe la. Mungkin belum masanye nak berbincang. Wuuu.


Tamatlah sudah kisah reunion aku tempoh hari. Sekali 2 reunion pulak. Best! Bila dah lama tak jumpa, sekali dapat jumpa macam2 cerita keluar. Semua pakat tegur perubahan fizikal aku. Sebab aku 'membesar' dengan jayanya hasil jagaan makan minum oleh mak aku. Haha. Lantaklah korang nak cakap aku gemok sekalipun. Janji aku sehat. Aku kurus keding dulu pun orang kata aku tak cukup zat. Bile dah 'berisi' macam ni pun orang dok kata jugak. Dah tu macam mana? Biar je la. Hidup kalau dengar kata orang sampai bila pun tak ke mana. Kan? Wahaha. Ayat sedapkan hati sendiri tu. Sekian.





Bisik2:: Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang rapat dengan aku. Sangat happy!

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. besttttttttttttt sangat!hehe..

    oho..sila la pilih yg mna JT berkenan..haha..

    BalasPadam
  2. kenal kak wana je...yg len,ermmm xpasan pon.

    BalasPadam
  3. pegi melaka tak hajakkkkkkkkkkkk
    merajukkkkkkkkkk!

    BalasPadam
  4. reunion2 ngan member study ni memang best....jeles plak aku...hehehe

    BalasPadam
  5. bestnya.. tak berkesempatan lagi nak join reunion yg kwn2 skolah buat walau dh 2 3 kali sbb semua kt kedah.. huhuhu.. kita kawen ngan org kl jarang2 blk kedah. time dorang buat lak tak free

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan