Pemain bola pun boleh glamer macam artis kan?

Hoyeahhh! Gembira tak hengat sebab esok cuti jadi tak payah la bangun pagi siap2 p kerja. Lepas solat Subuh boleh sambung tidur. Kui3. Perangai hodoh gila anak dara ni. Macam mana la rezeki nak masuk ni. Aiyaaa. Takpe, bukan selalu. Hehe. Terima kasih daun keladi len kali menang la bola lagi. Ditujukan khas buat skuad bola sepak Malaysia sebab menang aggregat 4-2 menetang Indonesia semalam. Disebabkan mereka yang penat2 mengejar bola atas padang, lari2 tercungap2, peluh meleleh2, seluruh rakyat Malaysia yang hanya penat bersorak terpekik terlolong terloncat2 gembira sebab depa menang pun dapat cuti jugak esok. Wiiii. Tapi aku yang tak buat pun semua tu dapat jugak cuti. Seronotnye!



*Tahniah Harimau Malaya!*



Demam dah beransur pulih. Badan dah tak panas berapi2 lagi. Selsema pun dah tak meleleh2. Batuk ade la sikit2. Cuma telinga ni masih lagi berdengung dan macam tersumbat. Aiyoyo. Bila mahu sembuh ni? Sedih tahu. Feeling macam orang kurang upaya daya pendengaran je. Orang cakap dengan aku tapi aku tak berapa nak dengar. Sian depa kena cakap kuat2 dan datang dekat dengan aku. Wuuu. Sedih. Sampai mak aku pun cakap aku pekak. Huk huk huk. Baru aku tahu macam mane orang pekak rase bila takleh dengar langsung ape2 pun. Telinga ni banyak dose sangat kot dok dengar orang ngumpat sana sini. Tu la Allah bagi demam panas selsema dengan batuk melampau sampai efek telinga. T_T



Oh oh. Berbalik kepada cerita bola. Fenomena Khairul Fahmi sedang melanda dengan hebat kini. Sekali dengan cik awek beliau terkena tempias. Dapat perhatian 1 Malaysia tu beb. Kalah artis. Hik3. Terus mencanak2 follower kat belog cik awek beliau. Masa aku follow takde la beribu2. Hari ni dah beribu2 yang follow. Dah lebih 4ribu ape. Kebanyakannya perempuan saje. Gile ah! Dalam sekelip mata tu. Setiap saat ade je orang follow. Semua beriya nak follow sebab nak tahu kisah cinta mereka berdua lettew. Ye dak?



Biasa la kan. Orang kita ni ramai yang 'terlebih amik berat'. Hoho. Terlebih sudah cik sha ni. Mahu mulut kena tenyeh dengan cili ke? Hiks. Tak la. Gurau2 je tu. Apa2pun, hope cik Elia berjaya la handle serbuan peminat encik Apex beliau tu. Ramai kot awek yang dok tergila2 kat Khairul Fahmi ni. Siap artis pun mengaku love2 gitu. Nak buat macam mana. Encik Apex tu muka memang 'market' habes. Ala2 korean gitu. Nasib baik la aku tak fanatik dengan bola ape lagi dengan pemain bola. Mana taknye, pemain bola pun haram aku tak kenal. Wahaha. Kesian betul cik sha ni.



*Wasehhh! Penuh gaya gitu KFCM ni tangkap bola.*



Tadi masa on the way balik dari kerja, ade la sembang2 sikit dengan kakak aku pasal menda ni sebab die tanye sape Khairul Fahmi tu. Ye la. Publisiti habes-habesan beliau dapat bile Malaysia menang bola semalam kan. Kakak aku cakap, sepatutnye atlet2 sukan ni tak perlu la diberikan publisiti berlebihan sangat2. Eh? Bukan dengki la. Baca dulu ape aku nak cerita ni. Tapi aku rasa apa yang kakak aku cakap tu memang betul.




Sebab ape? Sebab mereka bukan artis. Sebagai atlet sukan, tugas mereka adalah berjuang di arena sukan dan harumkan nama Malaysia dengan bawak balik pingat berkoyan2. Pastu untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan mereka ceburi, mereka perlu training setiap hari. Tapi bila dah terlebih dapat publisiti, mesti sedikit sebanyak fokus mereka terganggu. Betul dak? Ye la. Jap jap nanti ade akhbar ni tepon nak intebiu la nak buat photoshoot la nak itu la nak ini la. Dah terganggu jadual training. Kalau nak bagi publisiti tu sikit2 pun dah cukup. Orang dah kenal tu kire pemes dah la tu.



*Yeay! Penantian 14 tahun sudah berakhir.*



Cube imbas balik. Aku rasa, ramai dah kot atlet2 muda yang mula2 hebat dan berjaya dalam arena sukan mereka, tapi bila dapat publisiti macam artis, terus jatuh merudum prestasi mereka. Ada kan? Cuba tengok atlet dulu2, mana ade dapat publisiti lebih2 sebab mereka memang nak fokus dengan apa yang mereka buat. Mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan.




Kalau aku sebut Marina Chin, budak2 sekarang kenal ke tak agaknye? Beliau pelari wanita terpantas yang dah banyak bawa balik pingat dan harumkan nama Malaysia kat persada dunia satu masa dulu. Tapi, mesti ade yang cakap nanti. "Eleh..mana la kitorang nak kenal orang dulu2. Masa tu kitorang mana lahir lagi." Kan2? Mesti ade punye la. Tu sejarah sukan Malaysia weh. Kena la amik tahu jugak sikit2. Kata minat sukan. Ki3.



*U are the CHAMPION, Harimau Malaya!*




Sebab itu lah aku dan kakak aku bersetuju yang atlet2 ni tak perlu la dapat publisiti berlebihan. Boleh nak publisiti kasi orang kenal. Tapi jangan lebih2 sayang. Ewah. Bersayang-sayang pulak. Haha. Pendek kata, biasa2 sudah. Tapi tapi..mesti ade yang argue lagi. "Eh? Pemain bola bukan atlet la cik sha. Apa la bengap sangat ko ni." Hello. Pemain bola ni kategori atlet sukan la jugak weh. Bola tu kan sukan. Aiya. Ini olang oo.



Tengok macam pemain bola sepak dulu2. Takde la dapat publisiti lebih sangat tapi still hebat. Haa, sebab tu pasukan bola Malaysia zaman dolu2 kuat. Banyak negara luar gerun tahu. Masa aku kecik2, berbelas tahun yang lalu masa umur aku 7-8 tahun, aku selalu teman arwah abah aku tengok bola bile time Malaysia lawan walaupun time tu aku pun tak tahu sukan bola tu menatang ape. Bile arwah abah jerit GOL aku pun ikut jerit sekali GOL. Wahaha. Owh! Rindu kat arwah abah tetibe. @_@



*HARIMAU MALAYA..Rawwrrr*



Kesimpulannya, aku harap mana2 player bola yang tetibe meletop kebabom pemes tu tak lupe diri la. Fokus dengan matlamat asal sebagai pemain bola sepak negara. Kekalkan prestasi dan kelincahan anda di padang. Kalau boleh tingkatkan lagi supaya nama pasukan bola sepak Malaysia terus unggul. Player2 untuk team bola sepak sekarang ni aku rase semua hebat2 belaka. Sebab tu Malaysia boleh menang semalam. TAHNIAH diucapkan kepada semua player dan juga coach pasukan. Hidup HARIMAU MALAYA. Rawwrr. *Bunyi harimau macam tu eh? Ki3.





Bisik2:: Aku pun ade kenal pemain bola sepak ape. Tapi nape aku tak pemes pun hasil penangan beliau. Adik angkat lak tuh. Tapi pemain bola sepak Pulau Pinang bawah 18 tahun la. Dulu. Sekarang die tak main dah kot. Dah umo lebih 18. Kui3. Chow!

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. sana sini dok cerita pasal bola.. heee:p

    nak pollow sekali:)

    BalasPadam
  2. tapi KFCM tu seryes smlm dia jd tahap artis dah.. hehe

    BalasPadam
  3. hehe betul ! bile stat femes je mule lupe diri -,-

    BalasPadam
  4. rawwwrrr..
    uh..nk jd player gak la...
    haha

    BalasPadam
  5. mawar::

    tengah demam bola kot..heee..tenkiu folo..^_^

    BalasPadam
  6. lady dyla::

    haha..tu la..dah macam artis dah..bukan pemain bola..

    BalasPadam
  7. mardhiah ismail::

    tu la point sebenarnye..kamu saje yg nmpk..hee..GOOD!

    BalasPadam
  8. nerves::

    eh2..elok2 jadi doktor nak jadi pemain bola pulak..haha..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan