Friday, 31 December 2010

~Moto cabuk aku kena cilok??~

Pagi tu aku tetibe rasa malas nak drive moto sampai ke tempat kerja menyeberang Jambatan Pulau Pinang sebab angin kuat kemain cuaca macam nak hujan. Jadi aku pun parking la moto dekat kawasan parking mesjid yang berhampiran. Mesjid mana ntah aku pun tak berapa nak ingat. Dah siap2 lock sana sini moto, aku pun bergegas ke tempat tunggu bas. Nak feel naik bas la konon2. Ntah tebiat ape aku pun tak pasti. Sampai opis wat kerja macam biase. Tibe waktu balik aku pun terkocoh2 berebut nak naik bas. Tak sabo nak jumpe dengan kekasih gelap a.k.a moto aku tu la.



Sampai je kat mesjid tersebut terus aku p cari tempat aku parking moto tadi. Eh? Takde pulak. Ke aku silap parking. Parking kat lain cari kat lain. Aku pun tawaf la satu kawasan mesjid tu. Tetibe terasa macam luas pulak tempat parking ni. Banyak pulak moto nye. Aku sampai dah tak nampak kat mana moto aku. Pusing2 tak jumpe. Dada rasa dup dap dup dap cemas. Tak sedap hati. Terus cari lagi. Eh? Bile masa pulak ade gerai jual2 kat sini. Tadi takde pun. Ke aku yang tak perasan. Ah! Lantaklah. Cari dulu moto aku sampai jumpe. Tapi haus lak tetibe. Jadi aku pun ke gerai tu nak beli air minum la konon2.



*Moto buruk aku merangkap kekasih gelap..*



Tengah sedap2 dok minum tetibe terpandang satu moto ni. Terselindung oleh moto2 lain. Macam kenal je. Tapi apsal patah sana sini. Body part semua hilang. Jantung terus berdegup laju. Tak boleh jadi ni. Kena pergi tengok dekat2. Aku pun terus meluru ke arah moto tu. Belek2 sekali tengok moto aku. Body part moto aku kena curi? Terus aku meraung tak hengat dunia. Menangis tak henti2. Meroyan macam kena rasuk kat kawasan mesjid tu. Makcik jual air tadi tetibe datang peluk aku pujuk2. Aku terus telepon kakak meraung2 kata moto kena curi. Akak aku boleh cakap "Rileks je la. Nanti kita buat pinjaman beli moto lain." Aku terkedu terus matikan henpon. Nangis laju2.



Masih tak boleh terima kenyataan. Aku melalak2 kat moto yang dah rongak tu. Semua orang tengok aku pelik. Meraung macam mati laki. Ye ah! Aku sayang tau moto aku tu. Baru pakai setahun. Tiba2 aku terdengar suara mak panggil aku berkali2. Suruh aku bangun. "Kakak. Kakak. Bangun." Terpinga-pinga aku. Mana pulak datang suara mak aku ni. Sekali terus tersedar.



Oh! Mimpi rupanya. Huu. Ingatkan betul2 tadi. Kalau la jadi betul2 memang nyesal tak sudah aku. Mahu aku berkabung kot. Sayang gile kat Mr. Black aku tu. Dah la tak habes lagi bayo kat kedai. Baru pakai setahun pulak. Huuu. Mintak2 dijauhkan la menda2 tu semua. Jangan la mimpi tu jadi kenyataan. Huk3.



Itu lah. Semalam seronok sangat hari ni cuti boleh tidur puas2 lepas bangun subuh. Kan dah mimpi yang bukan2. Kui3. Dah lama gila aku tido tak mimpi ape2. Sebab aku kalau tido memang tido mampuih punye. Subuh tadi tido balik boleh pulak mimpi bukan2 macam tu. Huahuahua. Padan muka. Lain kali sila mengaji Quran lepas solat Subuh ye cik sha. Bukannye tido. Dah sebulan lebih ko tak ngaji. Awat pemalas sangat ni? Sila lah sedar diri sekarang. BAIKKKK!





Bisik2:: Sebenarnye tak elok tido balik lepas Subuh. Pendek rezeki. Ingat tu!


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

JIJI YU said...

lawo bebeno motor tu..haha..da lame ke bercintan ngan die

Ajeyy Khalid said...

Waaaa , best !
Nanti follow Blog saya ek ;)

De'din said...

igt kan hilang betui..
dedin dah pernah hilang moto..
dan dah x sggup hilang lagi !

btw,happy new year
hope all your dreams and wishes come true !

PeNgEmiS dUniA said...

hahaha . igtkn betul2 ilang ! cis !

♥CIK SHA♥ said...

jiji yu::

lawa??ensem la..beliau sangat ensem..kui3..dah nak setahun dah couple..^_^

♥CIK SHA♥ said...

ajeyy::

erk??insyaAllah..:p

♥CIK SHA♥ said...

de'din::

kikiki..mimpi je la..kalau hilang betul2 mahu terus gile meroyan..huahuahua..


epi new year to u too..may all ur dreams comes true..

♥CIK SHA♥ said...

pengemis dunia::

hhohoho..itu hanyalah dalam mimpi..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com