Sunday, 26 December 2010

~I LOVE MY BLOG : Segalanya Tentang Blog Saya~

Fuhh..fuhh..ini adalah entri riak lagi berlagak sebab aku nak puji blog aku sendiri. Wahaha. Sape lagi nak puji blog aku ni kalau bukan aku sendiri kan? Jadi sila la anda semua redha dengan tebiat aku ini. Bukan maksud nak buang tebiat ke hape. Saje nak suke2. Tak salah kan? Hehe.




Sebenarnye ini adalah satu segmen yang dibuat oleh cik Mulat. Nama segmen ni : I LOVE MY BLOG : Segalanya Tentang Blog Saya. Saje je nak join sebab beliau dah menjemput aku kat chatbox tempoh hari. Jadi untuk menyokong beliau maka aku pun join la segmen ni. Mekaseh cik Mulat sebab jemput saye. Ini saye tunaikan hasrat cik Mulat. Lagipun macam syok je segmen ni kan. Boleh la aku riak2 sikit cerita pasal belog busuk aku ni. Hoho.


Tanpa membuang masa moh sini dengar aku nak cerita kat kome segalanye tentang belog ini. Jadi boleh la kome tahu tentang belog aku ni dengan lebih mendalam. Maaf le kalau ade unsur2 riak lagi membangga diri sebab memang itulah tujuan aku. Wahaha. Idok le. Aku menipu je tu. Takkan la aku nak buat cenggitu pulak. Aku ni kan low profile. Kui3. Nah! Baca la sungguh2 ye.




# SEJARAH NAMA BLOG DAN KISAH DI SEBALIK HEADER DAN BACKGROUND BLOG.

Nama belog busuk ni : The Colours Of My Life. Kenapa aku bagi nama tu? Sebab belog ini adalah semuanya tentang kisah dan warna2 hidup aku. Baca je tagline belog aku yang panjang berjela tu pun korang dah boleh faham. Tapi bukan la totally pasal aku je semata-mata. Aku selit2 la jugak nasihat ke pendapat ke kata2 motivasi ke ikut mana yang sesuai. Kadang2 ada jugak la pasal menda2 lain aku selit cerita dalam belog ni. Ikut la mood aku nak tulis pasal ape kan. Kui3.


URL belog aku : riesha-ariesha.blogspot.com. Apa maksudnye? Gabungan nama aku dengan encik CH la. Konon! Lagipun macam sedap je bunyi kan. Esok aku nak letak kat nama setiap anak2 aku la. Wahaha. Sengal!


Header belog : Tu ha gambar aku beso gedabak aku bubuh. Itulah tuan belog busuk ini dan aku la orangnye tu. Sebab ape aku bubuh gambar tu? Sebab aku rase aku sangat COMEL dalam gambar tu walaupun hakikatnye idok le secomel itu. Haha. Pastu ade name belog dan tagline belog aku. Header tu aku buat sendiri pakai photoshop. Header ni adalah lambang pengenalan belog aku la. Sebab tu ade muke aku setempek kat situ. Kui3.


Background belog : Sudah tentulah kaler PINK! I adore pink too much. Hoho.



# BERAPA KALI UPDATE BLOG.

Errr..berapa kali eh? Selalunye ikut mood la. Kalau aku rajin boleh la tulis 2 entri sehari. Kalu malas 4-5 hari ade la satu entri. Selalunye kalau konsisten sehari 1 kali update entri.



# SEBAB UTAMA BUAT BLOG.

Sebab aku SUKA MEMBEBEL. Wahaha. Nak membebel kat orang tak sampai hati. Jadi aku buat la belog. Bila buat belog boleh la aku membebel sesuka hati aku. Sebab tu entri aku selalu stok panjang2 berjela punya. Korang2 nak baca pun malas. Tapi aku tak kesah sebab aku yang akan baca balik entri2 aku tulis tu nanti. Syok sendiri la katakan. Kui3.



# 5 PERKARA TENTANG BLOG AKU YANG PATUT KORANG TAHU.

♥ Aku suka share pendapat aku tentang something yang aku rasa menarik.
♥ Belog aku COMEL macam aku. *perasan!
♥ Belog aku takde widget2 yang mengarut yang boleh buat loading lembab nak mampos.
♥ Entri dalam belog aku semua stok panjang2 berjela. Hanya orang yang sabar dan rajin membaca saje yang mampu bertahan. Hak3.
♥ Belog aku jugak carca marba. Entri bercampur2. Takde spesifik tertentu. Bukan belog gosip, bukan belog tutorial. Tapi belog peribadi yang aku selitkan jugak topik2 yang aku rase best nak share la.



# 5 ENTRI TERBAIK AKU YANG PATUT KORANG BACA.

Bagi aku semua entri yang aku tulis adalah terbaik. Kalau rajin pergi la godek2 semua entri aku. Kui3. Kan aku dah cakap aku selalu tulis berjela2 dan syok sendiri. Tapi ini adalah entri yang aku rase korang boleh layan la baca.
Rambut pun kena LULUS juga ok!
Kisah air bateri.
Betul ke bagi hadiah baju punca CLASH?
Aku dilamar?
Ada 7 manusia yang mempunyai iras wajah yang sama. Percayalah!


# 3 PERKARA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN SEPANJANG BERBLOGGING.

♥ Bile aku tulis satu entri yang menegur somebody (ada hubungan kekeluargaan dengan aku) secara baik dan halus tanpa mention dan reveal pun siapa dia pada umum, tapi die melenting dan terus maki hamun aku siap buat belog dan kutuk2 hina caci maki keturunan keluarga aku dan tempek muke aku kat belog die. Takpe. Allah ade. Cuma aku memang tak boleh nak maafkan beliau sampai bile2. Itu kelemahan aku.
♥ Dapat pembaca setia walaupun hanya silent reader. Maklum la, sape la yang rajin sangat nak baca belog stok entri berjela macam ni. Kan?
♥ Boleh kenal ramai dengan blogger yang pemes2 walaupun dorang tak kenal aku langsung.



# 10 BLOG KEGEMARAN AKU.

Ini adalah senarai blog2 yang aku suka baca dan pasti akan aku terjah bile ade update terkini dari dorang walaupun dorang tak sedar kewujudan aku sebab aku suka jadi silent reader saje. Maklum la. Dorang kan pemes. Aku ni blogger picisan je kot. *Picisan tu menatang ape ek? Haha. Hantam je la. Sebenarnya yang ade kat bloglist aku tu semua aku suka p baca. Tapi aku pilih 5 lelaki dan 5 pompuan je la eh.



# 5 TIPS DALAM BERBLOGGING

Ini aku sekadar share pendapat je la eh sepanjang setahun sebulan aku berblogging ni. Aku ni bukan la blogger hebat mane pun nak bagi2 tips.
Entri : Tulis la ape saje yang korang rase nak tulis janji tak melanggar etika dan tak annoying. Kena pandai tulis la bagi menarik. Kalau jenis stok tulis berjela macam aku, sila selitkan gambar. Baru orang tak hilang fokus dan syok baca.
Bahasa : Sila lah guna bahasa yang sopan dan mudah orang nak faham. Jangan guna bahasa SMS (ari ni ak nk kgsi 1 bnd dgn krg) dan bahasa urban (kitew sukew gile ar kat mamat tuew). Sumpah kalau aku jumpa blog cenggini aku X je. Pening nak baca. Sepatah harem pun aku tak paham.
Widget : Jangan la semua widget korang nak tempek dalam blog. Huduh dan semak. Nak loading pun lombab. Tambah2 aku yang gune berukben ni ha. Jenuh nak tunggu habis load. Menangis kot!
Lagu : Ohoiii. Yang ni paling aku tak gemor. Jenis aku suke buka blog kat tab berlambak2. Bile sekali harung buka semua blog yang aku singgah pastu ade pulak lagu kat setiap blog memang semak terus pale.
Follower : Kalau nak follower ramai, pandai2 la tarik hati dorang dengan cara korang yang tersendiri. Aku cukup pantang yang jenis 'I follow U, Follow me back'. Oit! Ni ikhlas ke tak ikhlas? Jenis aku, aku follow blog yang betul2 tarik perhatian aku je dari segi entri. Tak kesah la follower die ramai ke sikit. Janji entri die best. Kadang2 aku tengok, follower orang tu ramai gile beribu riban, tapi entri takde la syok mane. Memang aku tak follow. Tapi, kalau follower die sikit, entri die pulak masyuk je dengan aku, tak segan silu aku nak follow. Tapi lain orang lain taste kan? Ikut suke korang la.



# SEJAUH MANA AKU SAYANG BELOG NI?

Bile tak boleh online sebab berukben tak bayo terus menggelupur nak pergi bayo. Haha. Kadang2 dok pergi cuti2 Malaysia pun teringat nak tulis dalam belog. Kat opis pun kalau tensen kerja mesti buka belog. Perangaiiii. Huduh betul. Haha. Takde la obses sangat. Tapi rase tak lengkap la jadual harian kalau tak jenguk belog dalam sehari walaupun tak update. Kui3. Itu tandanya aku SAYANGGGGGGGGGG sangat kat belog busuk ni.



# 3 SEBAB KORANG PERLU DATANG SELALU KAT BELOG AKU.

♥ Sebab tuan belog ni comel, jadi boleh la korang cuci2 mata selalu. Wahaha. PERASAN nak mampuih!
♥ Entri dalam belog aku semua best2 walaupun aku suke merepek meraban panjang berjela. PERASAN lagi sekali. Kui3.
♥ Layout belog aku sangat kemas dan tak semak mata memandang. COMEL je macam tuan die. Tak habes2 PERASAN. Nak buat macam mane. Itu memang penyakit aku. Haha.




Habes dah. Panjang tak? Penat baca? Ke korang skip2 je baca? Sampai hati. Penat2 aku perah otak tulis tau. Wahaha. Ade syarat la pulak segmen ni ha. Kena tag 10 orang. Disebabkan aku ni tak suka pilih bulu. Semua yang rajin singgah baca belog aku sila lah join. Support kawan2 blogger. Hek3. Pandai tak aku mengelat? Sekian mekaseh.





Bisik2:: Sape la yang rajin bace entri aku yang berjela2 ni ek? Rajin betul. Sayang la kat korang!
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

Jejaka Terhangat said...

fuhhh..panjangnye entri sayang blog ni..JT pon tersenarai gak. hehe..thanks..

JT pon syg blog sendiri gak..sebab reader slalu bagi semangat dgn drop komen..tanpa reader, blog jejaka terhangat pon tak idup rasanya..=(

Kuwe said...

Memang panjang. aku siap rest dulu kejap pergi semayang, baru sambung baca balik. HAHA.

tumpang tag kat sini

#sejarah nama blog

aku main tulis ja! sebab tu buruk nak mampos. kahkah.

#sebab utama buat blog

sebab orang lain ada blog. haa.

#sejauh mana aku sayang blog.

sayang pun, kalau tiba ada orang nak beli sejuta. aku jual. hahah.

eiysya zasya's said...

fuh2! sempat jugak marathon habiskan baca entri nih.. hehe~


gud luck n have fun blogging.. =)


p/s: nak jadi Barbie..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com