Saturday, 25 December 2010

~FILM REVIEW :: Tron Legacy~

Selamat malam kawan2. Malam ni aku nak buat review pasal movie Tron Legacy yang aku pergi tonton malam semalam lepas balik dari kerja. Huahua. Dalam dok demam2 pun sempat lagi menyinggah tengok movie pas balik kerja. Lepas tu hari ni demam makin melarat pulak. Huwaaa.


Sumpah aku rimas betul bile kena demam selsema ni. Sampai telinga pun rase macam tersumbat je. Penuh dengan hingus kot. Haha. Pengotoq gila aku ni! Macam mana nak hilangkan eh rase telinga tersumbat ni? Dari semalam lagi. Sakit gegendang telinga aku ni ha. Mata pun asyik kuar tahik mata je. Ke sebab resdung aku makin melarat ni. Uhuk!






Back to the topic. Sebab meroyan sangat nak tengok movie ni, sanggup tak tunggu hari minggu dan booking tiket jam 7.35 malam sebab yang tu tiket paling awal ade. Petang punye ade pukul 3 kot. Tapi time tu kan aku tengah kerja. So memandangkan hari ni cuti, maka kami pun decide nak tengok malam semalam jugak2. Aku pergi tengok movie tu dengan adik opismate aku la, cik Enny.



Movie ni adalah movie omputih pertama yang aku tengok takde langsung adegan 18sx. Cium2 pun langsung takde. Selamat mata aku dari zina mata tak tengok adegan2 itu. Wahaha. Walaupun takde adegan 18sx, tapi cerita ni sangat mabeles. BEST! Efek die sangat HEBAT. Die punye soundefek dan muzik pun mengancam. Kalau tengok 3D lagi ngam. Semalam aku tengok yang biase je. Enny tak boleh tengok 3D sebab nanti die pening.






Aku suka gile efek2 grafik yang ade dalam movie ni. Smart gile. Rase macam maen game pun ade. Memang tentang game pun filem ni. Tapi serius, bile tengok movie ni rasa macam kite ade sekali dalam movie tu kalau tengok yang 3D la. Tapi tengok yang 2D pun boleh gak feeling2 macam kau ade dalam movie tu. Hoho. Lagi satu, hero die Sam Flynn (Garrett Hedlund) adalah sangat HENSEM. Kui3. Heroin die pun boleh tahan cun la. Rambut die comel!



Movie ini adalah kesinambungan dari filem Tron pada tahun 1982. Yang ni aku tak pernah la tengok. Masa tu aku pun belum wujud. Haha. Filem Tron terbaru ni mengisahkan tentang pengembaraan Sam Flynn ke dunia digital ciptaan ayah beliau, Kevin yang terperangkap kat situ selama berpuluh tahun (20 tahun kot). Masa dalam dunia ni la macam2 efek yang korang boleh tengok. Mantap!






Nak tahu dan rasa sendiri kehebatan cerita ni, pergilah tonton. Untuk filem ni aku boleh kasi rating 9 out 10 sebab garapan efek grafik yang sangat hebat. Tak rugi aku melabur RM10 tengok movie ni. Eh2? Pendek je review aku pasal movie ni. Hehe. Saje nak suruh korang pergi tonton sendiri. Minggu depan nak pergi tengok Guliver's Travel pulak. Wiii. Jom kite perabih duit tengok wayang.



Bisik2:: Aku memang 'hantu' wayang. Kui3.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

FarhanaDr said...

Hamboi cik sha.. Dah siap pi planning untuk minggu depan sekali.. Huhu..

hiro said...

heee..kwn donlod je.

ARC™ said...

xbest. aku da review last week lol



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com