Review Filem :: Hantu Kak Limah Balik Rumah

Pagi tadi dalam entri ini aku ada mention yang aku nak pergi kenduri kan? Janji dengan Kak Mas dan Enny nak jumpe kat mesjid seberang jaya. Pergi rumah kenduri naik kereta Kak Mas. Aku dengan Enny parking moto kat mesjid la. On the way nak pergi masjid tu tetibe pulak hujan turun selebat-lebatnye. Dah le aku merempit. Sabau je la. Kuyup tak payah cakap. Nasib baik aku pakai seluar dengan kebaya. Kuyup sket la kat kaki seluar. Tapi pedih gile kot muke kena libas dengan air hujan yang tajam macam jarum tu. Wuuu.


Lepas kenyang makan kenduri, aku dengan Enny decide takmo balik lagi. Jadi kami p Sunway Carnival tengok wayang. Tengok cerita ape? Tu ha kat tajuk entri dah cakap. Wahaha. Tetibe ngengade nak tengok filem Melayu walaupun tahu raya tahun depan konpom kuar kat tv. Hentam je la. Tengok macam ramai je yang nak tengok cerita tu. Tiket masa tu 'selling fast'. Memang penuh pun panggung.





Best ke tak cerita ni? Hmm. Boleh tahan la kot. Riuh panggung dengan gelak ketawa penonton kat certain2 part dalam filem ni. Kiranya santai la. Lawak seram tapi takde la seram sangat. Hantu tak nampak real. Walaaah. Cakap kemain padahal aku dok tutup2 mata masa tengok tadi. Kui3. Tapi ada part yang tak berapa nak logik la pada pandangan aku. Nak tahu tang mana yang tak logik tu sila la pergi tengok sendiri ye. Banyak kot part yang tak logik tu. Tapi nama pun cerita filem. Layan je la.



Sebenarnye Kak Limah tu bukan hantu pun. Pesakit mental je. Tapi die punya penampilan tu yang buat nampak macam antu. Tak terurus dengan rambut ngerbang2. Part Kak Limah ni muncul la paling banyak yang tak logiknye. Kata bukan antu tapi kemunculan die yang tetibe tu nampak macam betul2 die tu hantu. Tang tu yang aku pelik sket bile kat ending review yang Kak Limah ni bukan antu. Haissshhh. Korang paham ke ape aku nak explain ni? Wahaha. Macam berbelit je ayat. Ahh. Hentam je.




*Part ni la macam2 antu kuar termasuk antu kopek*




Pastu cerita ni banyak benau scene malam nye. Eh? Memang la cik sha oi. Dah nama pun cerita antu. Sesiang antu mana ade. Tapi part last ade antu time siang siap terbang2 tapi baju terangkat nampak sangat kena tarik dengan tali. Wahaha. Sebenarnye 2 orang gadis, Ayu dan Che Nin yang dok tergilakan Husin (lakonan Awie) tu sebenarnya antu. Dok menjelma depan Husin je keje dorang. Tapi Husin tak tau.



Banyak la jugak scene yang lawak2 boleh buat korang gelak2. Tapi nak kata filem ni syok sangat tu, bagi aku biasa2 je kot. Tapi boleh la nak layan. Ada sedikit lucah jugak la dalam movie ni ye. Part antu kopek yang muncul masa tokmoh dok seru tu. Sabau je la. Coli berlambak2 die dok campak kat orang2 kampung yang dok tengok tokmoh tu jampi serapah. Pastu siap cuit2 si Husin dengan hujung kopek die. Kopek die panjangggggg gile weh. "Mak aiii..Panjangnye kopek die!" Dialog Zami Ismail masa tu. Wuuu. Part tu aku terasa sedikit malu ye kawan2 sebab penonton lelaki syok gile dok gelak2. Rase macam nak tampau seko2 je semua lelaki yang ade dalam panggung tu. Mengom betul depa ni. Cari la antu lain. Uhuk2!



Overall rating movie ni aku bagi 3 dari 5 la. Sedang2 je. Nak cakap ade pengajaran dalam movie ni aku kurang jelas tang mana. Ingat2 lupa. Ke aku yang tak perasan ada pengajaran yang cuba disampaikan eh? Ntah la weh. Eh? Jap2. Rasa ada something yang aku teringat. Pengajaran die tentang mentaliti kebanyakan orang Melayu rasenye. Kalau korang rasa nak tengok, pergi je la. Best tak best atas pandangan masing2. Bagi aku, boleh la nak layan kot dan ada la something yang cuba disampaikan mungkin. Dah tengok pastu sendiri review ok? Hoho. Sekian saje review movie untuk kali ini.



Bisik2:: Amacam? Jadi tak percubaan aku review movie secara penuh ni? Ada bakat tak? Hik3.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wei! apsal cter awal sangat pasal mak limah tu bukan hantu? dah hilang mood nak tgk ;(

    hantu kopek? :LOL:

    BalasPadam
  2. tak sempat tengok lagi.
    takde org boleh keluar.

    cuti sekolah takde duit hahaha

    BalasPadam
  3. sokong la filem tempatan.. huahuahua

    BalasPadam
  4. adehh..standard cite melayu ni ni..mesti macam zombi kampung pisang kan..

    BalasPadam
  5. i tak tgk lagi citer ni.. :)

    BalasPadam
  6. Cerita mamat khalid ni kena tengok dengan 'akal' dan bukan 'mata' ja. :)

    Dia menyampaikan mesej secara 'halus'.Kena tengok 2-3 kali baru dapat garap.

    Kalau tengok sebab nak berhibur, dapat itu je le.

    Sama macam filem Matrix Trilogy, Batman, Hulk, Avatar,Transformers,Shallow Hal,Star Wars they got their Subliminal Messages.Walaupun cerita tu genrenya aksi atau komedi.

    Kita tengok apa yang kita nak tengok :) Kalau tengok filem mamat khalid sebab lawak, dapat lawak je la.

    BalasPadam
  7. Citer nih memang ada maksudnya....kalo tak paham memang kena tengok banyak kali, takpe...mamat khalid punya citer berbaloi tengok banyak kali

    BalasPadam
  8. filem klakar mmg takperlukan LOGIK.. namapun filem komedi.. cam citer Scary Movie gak... tapi takdepun org kate filem tu tak logik...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan