Wednesday, 17 November 2010

~MODEL TO BE..~

Fuhh. Baru selesai buat kek. Malam ni aku buat 2 biji kek untuk raya korban sok. Satu untuk rumah ni satu lagi maksu aku order. Pasni boleh bukak bisnes kek la. Tapi kek marble je la aku boleh buat. Keh3. Handmade ok. Tak main la pakai mixer tu. Aku mixer pakai tangan sendiri je sampai lenguh2. Haha. Tradisional betul. Esok kena buat kek batik pulak. Kazen tersayang nak bawak balik UTHM. Ngengade betul budak ni. Saje je tak nak bagi aku relaks. Aishoo.


Cakap pasal kazen tersayang aku ni. Oh, lupe! Nama panggilan beliau Mek T. Tetibe teringat yang tempoh hari kami jadi model sambilan kat Jom Heboh TV3 Batu Kawan Pulau Pinang. Haha. Perasan tak hengat aku ni kan. Nak buat camne. Hormon semulajadi tu. Aku dengan hormon perasan tu dah memang sinonim. Tak boleh nak dipisahkan lagi. Kui3. Redha je la ye.


Sebenarnye adik lelaki kazen aku ni (Piduih nama dia) sedang belajar Teknologi Fotografi kat Kolej Giat MARA Gelugor. Jadi nak asah bakat die terer ke tak amik gambar, maka aku dengan Mek T ni sukarela nak jadi model la konon2nya. Haha. Hampeh je dapat kakak macam kami berdua. Sabau je la ye adikku Piduih. Masa tu kami paksa dia amik gambar kami yang tak tahu malu buat muka selamba badak posing kat tengah laluan orang ramai. Muahaha. Tapi dapat 2 keping je gambar. Huhu. Beliau ngamuk2 tak nak layan perangai kami berdua yang hampagas ni. Dah la masa tu panas. Keh3. Maaf la. Kami memang pembuli.



*Itu dia model of the year. Kah3. Terserlah ketembaman aku. Uhuk!*






*Pose tak hengat dunia. Semua yang lalu lalang tengok kami berdua semacam. Kah3.*


Haa. Itu la dia hasil tangan beliau klik2 DSLR kepunyaan beliau. Amacam? Ok tak? Ok la kan bagi budak2 baru nak belajar. Orang kata baru kat stage beginner. Hehe. Sebenarnye nak ambil gambar ni tak kesah kau nak guna kamera jenis apa pun. Tak semestinya guna DSLR baru dapat ambik gambar yang cantik. Kadang2 guna kamera henpon pun boleh dapat gambar yang cantik dan nampak berkualiti tau. Yang penting ada minat dan skill tersendiri. Orang cakap kalau nak ambil gambar ni kena pakai hati baru dapat gambar yang cantik. Ye ke? Haha. Mandai je aku ni.


Aku pun sebenarnye minat sangat dengan fotografi. Sebab tu la aku gila bergambar walaupun aku sedar yang aku ni takde la cantik mane tapi comel tu ade. Kah3. Nak jugak tu puji diri sendiri. Haishh. Ada orang cakap aku fotogenik. Mungkin la kot. Dalam gambar je comel realitinye idok pun. Udah le makin tombam je. Macam mane nak kurus balik ni?! Huwaaa.


Ah! Lantak la labu. Pedulik hape aku. Yang penting minat aku dengan fotografi tu takkan pudar sampai bila2. Sebab tu kadang2 aku tunjukkan minat terhadap fotografi ni dengan volunteer jadi jurukamera walaupun guna kamera digital biasa je. Tambah2 time kenduri kawen. Kui3. Ada aku cerita dalam blog ni. Pandai2 la korang cari sendiri. Malas aku nak godek2 bubuh link. Hoho.


Eh. Ok la. Aku nak masuk tidur dulu. Lewat dah ni. Pagi nanti terlambat lak nak bangun. Yeay! Raya2. Walaupun raya korban ni takde la rase meriah mane. Sebab raya ni khas untuk orang2 yang pergi menunaikan fardhu haji. Tapi syok sebab cuti. Kui3. Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Teringin lak nak beraya haji kat Mekah. One day i'll get there. InsyaAllah.



Bisik2:: Ada bakat tak aku jadi model?? Ihik ihik. *Gelak perasan.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

2 orang bagi nasihat:

Eryati said...

uuuuu..comeynye...

Anna Boleyn said...

comellah cik sha! gambar ni pon cantik. alaaa.. alam2 nanti pro lah tu. :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com