Thursday, 25 November 2010

~I LOVE MY WORK..~

Mood nak buat kerja ke laut betul hari ni. Bapak malas. Kepala otak pun blur. Aishooo. Banyak toksin sangat kot kat badan aku ni ha. Tu yang jadi pemalas tu. Erk? Ada kaitan ke eh? Hehe. Serius memang blur gile. Ngadap komputer ni pun macam tengok skrin kosong je. Tapi boleh lak tulis blog eh? Haha. Alasan tak boleh pakai betul.



Erm. Sebenarnye aku tengah blur ni ha. Dah setel buat web persatuan. Tapi simple je la. Pakai coding html. Nak tengok? P terjah www.ausm.com.my. Sekarang ni aku nak wat sistem pulak. Pakai coding php je pun. Tapi sumpah blur gile. Yang aku belajar dulu2 tu tak ingat langsung dah. Huwaaaa. Tolong2. Sape yang terer pakai php? Tolong la ajar aku weh! Bagi aku refresh balik. Dapat tahu step nak mula pun dah ok. Nanti aku pandai2 la explore sendiri. Huuu. Penat betul cari tutorial online. Tapi satu pun tak berjaya bantu aku. Lagi aku tambah blur ada la. Huk3.



Macam ni la kerja dengan NGO. Semua kena buat sendiri. Takde tempat nak merujuk. Takde senior nak tolong tunjuk ajar. Dah la sorang2 handle bahagian IT. Sedih betul. Suruh aku buat macam2 tapi gaji tak berbaloi. Huk3. Haip! Tak baik merungut cik sha oi. Huuu. Baik. Pasni tak merungut dah. Nak lepaskan perasaan je.


Sebenarnya aku suka kerja aku sekarang ni. Aku suka something yang mencabar. Dan kerja ni memang betul2 mencabar kebolehan aku. Tapi tu la. Tekanan la sikit kan. So, kena belajar manage dan berusaha sampai boleh buat. Jangan cepat putus asa. Ganbatte ne shahada-san!! Itu saje aku nak luahkan. Sekian mekaseh.



Bisik2:: Kerja ape yang takde tekanan kan? Semua kerja ada tekanan. Yang penting kena pandai manage je.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

3 orang bagi nasihat:

hentakbelipat said...

kira oklah..belajar benda baru n nnti lagi tinggi kredit akan dpt kn

Khairy said...

uish...aku tak reti la bab coding ni. Kalau bab computer ni, memang aku pun blur gak...haha

intanurulfateha said...

akak keje kt penang ek?
kite nk g penang ah, akak kite keje kat institut perikanan kt batu maung
hihihi



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com