Friday, 5 November 2010

~Di sebalik setiap KEKURANGAN pasti ada KEISTIMEWAAN. Bersyukurlah..~

Yeay!! Hari ni cuti. Syoknye! Tak payah semakkan pale dengan kerja. Selamat menyambut diwali buat kaum2 india di Malaysia. Eh2? Aku wish ni macam le depa baca blog merapu aku ni kan. Hahaha. Takpe la. Aku wish untuk pembaca2 blog aku yang bercuti hari ni sempena cuti umum diwali. Selamat bercuti semua.



Cuti2 pun aku bangun awal jugak. Dah terbiase gamaknye. Lepas subuh p tengok "betina cantik" tu kat luar. Cuci kandang dengan jamban die. Pastu bagi die mandi. Harap rupe je cantik, tapi perangai tak cantik betul. Tak nyempat2 nak tunggu aku atur die berak kat jamban die. Die dah melepas dulu dalam kandang. Hangin betul aku. Dah tukang cuci nye aku la. Mahu tak hangin. Padan muke die kena bagi mandi sekali. Muahaha.



Pas selesaikan die aku kasik kekasih gelap aku pulak mandi. Dah berbulan tak mandi Mr. Black aku tu. Penuh daki dah. Asyik mandi hujan je. Sian die. Kui3. Kalau die boleh bercakap mesti die membebel kat aku. Pakai die je reti. Kebajikan die aku tak jaga. Nak buat camne. Dapat kekasih macam aku yang pemalas ni ha. Hek3.



Semalam aku tengok satu iklan sempena diwali kat telebisen. Petronas yang buat. Aku suka la iklan tu. Touching sangat. Ada something yang cuba disampaikan. Kisah seorang budak yang berumur 11 tahun. Tapi die berbadan besar tak macam kanak2 yang sebaya dia. Die sedih dengan kekurangan die tu. Tapi actually kekurangan die tu adalah satu kelebihan sebenarnye. Part nenek die cakap, " Kalau die sama dengan orang lain sape yang nak dukung nenek die". Pastu die dukung nenek die keluar dari kedai bunge. Owh..Part tu sangat touching ok.




Then ade shot yang tunjuk orang gemok kayuh basikal. Orang kurus keding dok lintas jalan. Orang kerdil dok tunggu bas. Tu nak menunjukkan setiap manusia ade keistimewaan dan kelebihan tersendiri walaupun ade kekurangan. Jadi kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kekurangan fizikal bukan bermakna kita kekurangan segala-galanya. Pasti ada kelebihan dan keistimewaan yang tersembunyi.



Jadi, jangan hina kekurangan yang ade pada seseorang. Setiap kejadian manusia tu ade sebabnye. Tuhan takkan cipta manusia dengan kekurangan tanpa memberi sebarang kelebihan. Macam orang buta. Walaupun dia tak dapat melihat dengan mata, tapi dia dapat melihat dengan mata hati. Macam orang kudung tangan, walaupun tak dapat melukis dengan tangan dia boleh melukis dengan kaki. Dan macam2 lagi contoh yang boleh kita lihat dengan mata kita sendiri sebagai seorang yang sempurna anggota badan ni. Bersyukurlah.



Bisik2 :: Aku bersyukur dengan apa yang dah Allah anugerahkan pada aku. Alhamdulillah.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

Zura said...

bersyukur adalah jln terbaik tuk menerima segala kekurangan n kelebihan...

Liquid said...

hee betul2. everything's happen for a reason =)

-jalan2 lalalal~

Un Phat Lee said...

gua tak tengok lagi iklan tu.haih.

Privacy_Resident said...

susah la nak tengok iklan2 sekarang bila duk kat u ni. Tv pon tak mandang. AHAHA

NURUL AMYLIZ said...

amyliz like this entry ;)

hiro said...

btul2

Anna Boleyn said...

betol betol bersyukur dengan apa yang dah dikurniakan tuhan. :) aloo ingat kan cik sha ada letak video tadi. ada kat youtube tak agak2? huhu



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com