Friday, 12 November 2010

~*CONTEST- MISS LOLLY'S | BIRTHDAY*~

Sebelum 12 November melabuhkan tirai, aku nak buat satu entry spesel untuk Miss Lolly bushuk. Rasanya belum terlambat lagi sebab masih ada lebih kurang sejam setengah. Waktu aku taip entry spesel untuk miss lolly ni sekarang ialah pada jam 10.30 malam. Eh? Apsal macam skema semacam je ayat aku yang tadi tu? Ahh. Abaikan. Sekarang nak update laju2.




Bagi tidak menghampakan Miss Lolly yang telah mempelawa aku tempoh hari untuk join contest yang dianjurkan oleh beliau bersempena besday beliau, maka aku pun dengan muka tak malu nak join jugak walaupun dah last minit. Aku belek yang dah join contest ni pun dah beratus orang weh. Aku cek tadi dah ade 149 komen kat entri tersebut. Mak oiiii. Ramai betul. Memang takde harapan la aku nak menang. Jangan harap. Lagipun tuah aku kat contest2 ni tak pernah nak bersinar. Siannnn. Tapi pedulik hape aku. Aku nak join jugak! Hahaha.




Secara rasminya aku nak ucap SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat Miss Lolly. Yang ke berapa tahun tu beliau dah sedia maklum. Jadi tak perlu la aku nak sebut. Ape2 pun beliau tetap maintain awet muda gitu macam aku. Muahaha. Nak jugak tu. Hadiah yang mampu aku bagi kat Miss Lolly buat masa ni hanya doa dari jauh. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Semoga panjang umur, rezeki melimpah ruah, makin tambah cantik dan cepat naik pelamin. Hehe.




*Nah amik kek sebijik!*

Ok. Setel dah bab wish wish. Nak sahut cabaran beliau pulak. Kalau aku dapat RM100 untuk beli hadiah kat Miss Lolly ni, ape benda yang aku nak beli eh? Hmm. Jap2 nak fikir dulu. Banyak jugak kot RM100 tu. Bagi aku yang mesekin ni la. RM100 tu banyak weh. Menatang ape aku nak beli yang value die boleh Miss Lolly bawak sampai ke akhir hayat?



Hmm hmm. Kalau ikut aku punye habit la kan, aku akan belikan Miss Lolly buku motivasi barang 2 3 bijik la. Bukan nak kata beliau takde motivasi dalam diri. Cuma bila aku belikan buku tu hadiahkan pada beliau dan beliau baca, kira macam aku dah share ilmu la dengan beliau. Dan kalau ilmu tu beliau guna dan sampaikan pada orang lain pulak, kami dah sama2 share pahala. Alasan utama aku bagi hadiah ni ialah sebab baca buku motivasi boleh buat minda sentiasa positif dan kita boleh memuhasabah diri selalu. Baru selalu kelihatan ceria dan maintain awet muda gitu. Sebab langsung takde cas negatif dalam diri. Kan miss lolly kan? Hiks.



Kalau ade lebih2 duitnye dari beli buku motivasi tu, aku nak beli bahan2 untuk buat kek marble spesel untuk beliau. Kenape kek marble? Sebab kek tu je aku pakar nak buat. Haha. Lagipun kos nak wat kek ni murah saje. Walaupun lepas beliau makan akan jadi lemak dan t**k yang akan dinyah dari badan beliau, aku tak kesah. Janji dapat bagi beliau rase kek spesel hasil buatan aku tu. Kui3. Itu saje. Agak2 cukup ke RM100 tu aku spend untuk beliau eh? Cukup rasenye tu. Kalau tak cukup boleh mintak lagi duit. Keh3.



Sekian saje entri spesel untuk Miss Lolly. Epi besday lolly!! Walaupun cuma kenal lolly kat dunia blog ni je dan tak pernah bersua muka, terima kaseh sebab sudi berkawan dengan saye. Lebiu la. Muah muah. (^_^)v



Bisik2 :: First time buat entri spesel wish besday untuk kawan blogger. Terkial-kial aku nak mikir ayat. Haha.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

FarhanaDr said...

Epi besday gak untuk cik lolly kita yang tomei ni.. Heehee.. Lapar kek laa plak.. Aish.. Sedap.. Suka cekelat cip cip tepi tu.. Hehe..

Khairy said...

epi besday to miss lolly...eh silap blog lak...hehe nampak best je kek tu...rasa nak makan laptop lak...haha

Farah-Izzaty said...

kek tu buat aku lapar..... uhuhuhu..

ahmad endo said...

boleh menang tu.....hehehe

ARC™ said...

epi besdey loli!!

Zura said...

good luck...semoga bertuah kali nie... :)

twinkle twinkle said...

waa sgt sedp kek tu :D

fatin hanani said...

epy besdy to miss lolly hehe
bestnya dpt mkn kek :D

miss lolly a.k.a luvfareda said...

heeeee =)

tengs j0in ye yang. LIKE.

♥CIK SHA♥ said...

doc hana::
heee..tua sudah beliau kan??kui3..kek tu memang sangat sedap..nanti saye hadiahkan pada doc pulak ok..^_^



khairy::
hehe..takpe..konpom nnt miss lolly bace wish tu..amacam??kenyang tak jilat laptop tu??haha..

♥CIK SHA♥ said...

farah izzaty::
hohoho..misi berjaya!!sedap kan??kui3..



ahmad endo::
erk??insyaAllah kalau ade rezeki..amin..^_^

♥CIK SHA♥ said...

arc::
loli cakap mekaseh..haha...mandai je aku..


kak zura::
mekaseh kak..insyaAllah..mudah-mudahan ade rezeki..

♥CIK SHA♥ said...

twinkle twinkle::
kikiki..memang sedapppppppppppppp sangat..;p



fatin hanani::
epi besday..nnt saye sampaikn kat loli..hehe..kek memang buat terliur kan??hehe..

♥CIK SHA♥ said...

lolly::
hiks..welkum yang..make sure ai menang k??hohoho..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com