Sunday, 7 November 2010

~Boria VS Dikir Barat~

Uih. Semangat gile aku tengok pertandingan akhir dikir barat siaran ulangan kat tv1 ni. Kui3. Jangan tak tahu, aku suke tau dikir barat walaupun aku orang penang. Ingat aku layan boria je ke? Dikir barat pun aku layan tau. Boria dengan Dikir Barat mane best? 2-2 best kot sebab 2-2 aku layan. Hiks.



Sejak bile aku suke dengan dikir barat? Sejak dari sekolah lagi kot. Pastu bile masuk U lagi bertambah2 suke sebab encik Cinta Hati salah seorang ahli kumpulan dikir barat kat kampus dulu. Maklum la, beliau kan orang terengganu. Jadi beliau memang takleh dipisahkan la dengan dikir barat. Kerana beliau, aku terus jatuh cinta dengan dikir barat. Sebab bile tengok encik CH dok bertepuk tampar tangan atas pentas macam hensem je. Hue hue hue.



Faham ke aku bile dengar dikir barat dengan bahase pantai timur tu? Faham2. Aku belajo la dulu mase kat U dengan housemate n kawan baik aku. Bahase kelantan housemate aku ajo, bahase ganu kawan baik aku ajo. Sebab tu aku boleh faham. Hehe.



Kenape aku tak blajo dengan Encik CH je? Encik CH nak ajo aku? Kirim salam je la. Takde nye beliau nak ajo aku. Kalau beliau ajo aku, mahu aku tak faham kot. Keluar bahase ulu beliau nganga aku. Sebab kampung beliau kat Kuala Berang Hulu Terengganu. Beliau memang tak nak ajar aku. Dengan aku pun cakap biase2 je. Konon KL la. Uwekkk. Tapi kalau beliau marah aku keluar la bahase ulu beliau. Hahaha. Jadi aku belajo dengan kawan baik aku je la. Setiap kali cakap dengan die memang kena cakap bahase ganu. Die suruh aku belajo. Jadi bahase ganu bandar je aku reti. Dakpe la. Janji tahu serba sket dari dop tahu mende. Kate nak kawen orang Ganu kan. Kui3.




Sebab ape aku suke dikir barat pulak eh? Sebab aku suke dengar tukang karut tu berhujah. Pastu suke tengok awok2 yang semangat gile bertepuk tampo macam nak runtuh pentas. Betul weh. Tengok awok2 tu bersemangat, dengan aku sekali rase nak bertepuk tampo. Tapi kalau aku wat gitu mesti huduh. Hahaha.




Bisik2 :: Jom berdikir!


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

5 orang bagi nasihat:

fndrocka said...

Tak elok ikutkan sangat barat tu..dikir timur lah. Haha

Privacy_Resident said...

hahaa dasar pandang ke barat ni. haha. :P

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

xpahang bahasa ganung..

kelate apetah lagi

hahaha

NEW N3:

KISAH BENAR DAN ADA YANG TIPU2 SKET

ARC™ said...

err xsuke dikir barat....dok pahe ghoyak gapo hahaha

Anna Boleyn said...

heheh betul betul betul. seronok tengok orang berdikir barat. sebab diorang semangat sangat bertepuk tampar tu. best best. :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com