Thursday, 21 October 2010

~Surat Tawaran Sambung Belajar?? Hati-hati sebelum terima tawaran!~

Selamat pagi semua. Wahhhh. Awal benau aku bangun pagi ni kan. Selalu dah nak dekat subuh gajah baru aku terhegeh hegeh nak bangun. Baru nak solat subuh, baru nak siap2 p kerja semua. Itu pun mak yang bangunkan. Keh keh keh. Hari ni semangat gile bangun awal. Tebiat ape ntah aku ni. Rindu kat blog kot seminggu dah tak update sampai termimpi mimpi. Mana tak nye. Teringat-ingat kat shout hana a.k.a anna boleyn dalam port membebel aku tu. "Cik Sha..Update la cepat..Huhu." Tu yang bangun2 terus on lappy nak update blog. Haha. Tipu gile. Sila jangan percaya.



Lately ni aku busy sangat2 kat opis. Hunting dengan macam2 kerja yang urgent. Hoi. Letih kot. Dengan nak mengadap macam2 perangai manusia yang bossy. Huiiii. Tercabar la jugak kesabaran kot. Tapi nak buat camne. Kena la pujuk diri untuk bersabar jugak. Kerja dalam environment dikelilingi oleh orang gomen yang bossy, kaki kipas montot dan macam2 lagi perangai pelik2, aku memang kena banyak bersabar. Walaupun kami ni opis NGO yang kecik saje dan menumpang kat situ bukan bermakna kami ni lemah tau. Huh!



Eh! Nak lupa jap pasal kerja. Kang kat opis nak mengadap kerja yang bertimbun-timbun tu lagi. Sekarang nak bergumbira dengan blog kesayangan. Heee. Sori la kepada pembaca blog aku yang setia menanti aku update. Eleh, perasan la kau sha oi. Ingat ade ke orang nak baca kau membebel bukan2 kat blog ni. Haha. Takpe la. Ada 2-3 pembaca setia pun aku dah hip hip hooray happy tau. Kui3.



Hah! Kali ni nak cerita pasal ape eh? Owh. Aku baru teringat dalam entri lepas aku janji nak cerita satu benda lawak kan? Ok2. Aku cerita dalam entri ni eh. Sebenarnye, idok le lawak sangat pun. Cume benda tu boleh la wat aku tergelak besau jugak. Aku pun tak tahu la dari mane depa tu dapat alamat rumah aku siap dengan nama penuh mak aku lagi hantar surat tawaran belajar. Mahu aku tak tergelak besar weh.




*gambo kurang clear sedikit kelabu taek hanjing..haha..*




Umur mak aku dah 56 tahun oi. Lepasan SPM ape kejadahnye SPM pun mak aku tak amik. Dulu2 SPM panggil ape eh?? Ah..biarlah. Haha. Mak aku belajar takat tingkatan 3 je kot kalau tak salah aku. Die berhenti sekolah nak jaga adik2 die. Nak bagi peluang kat adik2 die sekolah tinggi2. Bukan mak aku tak pandai. Kalau mak aku tak pandai, anak2 die mesti takde gen pandai. Takde le semua belajar masuk universiti/kolej semua kan. Tapi nak buat camne. Demi adik2 mak aku sanggup berkorban. Aku salute la dengan mak.



Hah. Berbalik kepada cerita surat tawaran tu. Siap offer mak aku amik degree dalam engineering kot. Aku pun dah tak berapa nak ingat. Maklum la dah seminggu peram cerita ni. Haha. Tapi tu la. Ngek betoi la depa ni. Sesuka hati je amik maklumat orang. Mana ntah depa cekau aku pun tak pasti le. Memandai betol. Tu orang yang betul2 wujud. Kalau yang dah meninggal depa p hantaq jugak surat macam ni, memang gile nak mampus. Punye la nak tarik minat orang p belajar kat kolej depa, sanggup tu depa merugikan duit setem dan printing semua. Langsung tak berbaloi kot. Eh? Tapi takpe. Depa yang rugi dari segi kos. Kui3.



Selalunye kolej swasta la yang wat kerja macam ni kan? Yang baru nak beroperasi. Baru "tumbuh" kata orang. Strategi pemasaran la konon2 tu. Tapi tak kena gaya. Kesian la jugak. Nak tarik minat orang melabur duit kat kolej depa. Sanggup wat ape saje. Untung2 ade la dapat feedback kan. Tapi bahaya la. Aku tak suggest adik-adik yang baru habis SPM pergi tempat2 macam ni. Sekalipun nak pergi belajar kat kolej swasta kalau tak dapat tawaran IPTA, better cari yang betul2 dah gah macam Lim Kok Wing tu ke kan. Yang baru2 ni susah sket nak trust. Buatnye kena tipu tak memasal je.



Takpun pergi je yang kerajaan punye. Bersepah sepah macam Kolej Giat Mara tu ha. Yang penting cari platform yang betul kalau memang ade niat nak belajar lagi. Survey dulu. Itu yang terbaik. Untuk masa depan korang jugak. Jangan sebarangan je terima tawaran yang bukan2. Kadang2 depa tu nak buat duit je. Ingat tu!



Eh, ok la. Sampai sini dulu. Aku nak siap2 nak solat subuh dan nak p kerja pulak. Jumpa lagi untuk update yang seterusnya yang tak tahu bila. Bergantung pada mood nak menulis. Idea tu memang berlambak lambak. Tapi bile penyakit M tu menyerang memang tak boleh nak buat ape dah la. Hahaha.



Bisik2:: Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin untuk kesenangan diri di masa hadapan. Ilmu kehidupan ni meluas. Dari pemerhatian sekeliling pun kita dapat belajar sesuatu yang bernilai jika kita mahu. Kehidupan adalah universiti terbaik buat kita. Selagi nama hidup, kita tak pernah berhenti belajar.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

hamzah ian said...

kolej swasta la biasa mcm ni..

Anna Boleyn said...

hehe ye la cik sha kan macam banyak jugak komen kat HLN. lepastu time nak reply bnyak kal gak datang sini. tak de update. tu yang tanya tu.

btw, klu nak smbung belajar memang janganpilih kolej yg baru2.. takut nnt belajar2..kelayakan tak diiktiraf pulak.....membazir je... huhu

Anem arnamee said...

Salam.

diorg yg penting masyukkk.
belajar rajin2 owh

Heidi Shafiq said...

dorang nmpk desperate kan..

Syafrizal said...

kawan saya dapat diploma free lagi..kolej tu siap call suruh datang amik

tiana said...

cerita paling cool and kelakar aku baca today, ok!!!!

hahahahahahahahahahaha

einaz shah rizal thomas said...

haiy owner belog yang super duper cute!

nice to see your blog.


love einaz (:

aliesha kirana said...

hahaha..giler..mesti random je die antar tu..hahahaha~

hiro said...

ohhh..

Anonymous said...

saja nak tnya...!!! kalau mcm pelajar lepasan spm yg tgh tggu result tak dpt apa apa tawaran smbung belajar dri pihak kolej swasta... dia ada kena mngena ke dgn result spm yg akn diterima nnti..??? takut tak dpt surat tawaran dri mana mana kolej, result nnti teruk!! betul ke?

Shahada Fauzi said...

@Anonymous :: eh? yang tu takde kaitan dik..kolej swasta ni die kalau bg offer sebelum dapat result maksudnye die hntar sebarangan je dik..jgn mudah terpedaya..tengok jugak status kolej swasta tu camne..kursus yang die tawarkan tu ade kelulusan ke tidak..nnt naya je dah belajar bertahun2, habes duit beribu-ribu...dah habes nak mintak kerja sijil yg dapat tak laku..better semak dulu kalau berminat nak masuk kolej swasta pun oke..

Azrul Faiz said...

@Shahada Fauzi mcam saya xnk msuk spm then masuk giatmara lepas hbis kursus nk smbung dkt mana

Azrul Faiz said...

kisah saya pulak tak mahu ambil spm..then nk msuk giatmara lpas tamat kusus nk masuk mane yee..?



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com