Thursday, 28 October 2010

~Hai, Abang Navy! Sori sebab tak call u. I bz nak pergi dinner. Haha.~

Ini kisah sabtu yang lalu. Aku, Kak Mas dan Enny ke KL sebab ade dinner yang perlu dihadiri oleh kami Sekretariat Persatuan Alumni USM bersama Exco Persatuan. Pergi dengan menaiki van eksklusif melancong, dah rase diri macam pelancong dah. Muahaha. Naik dengan makcik dan pakcik jadi perangai kena behave banyak. Nanti kena sembur tak pepasal je. Kui3. Sebenarnye kami bertiga nak pergi sendiri naik keretapi. Memula dapat permission tapi at last diarahkan pergi dengan mereka juga. Nak tak nak, sebagai pekerja yang mendengar kata kami turutkan saje walaupun berasa sangat kecewa. Huuu.



Hah! Teringat pulak insiden masa berhenti kat Hentian Rehat Bukit Merah untuk sarapan pagi. Lepas kenyang, kami bertiga terus p kat van tanpa menunggu mereka-mereka itu. Masa naik van tu kepala aku terhantuk. Padan muka! Haha. Aku tak perasan sebenarnye ade trak navy kat belakang van. Jadi aku buat muka bodoh bila dah terhantuk tu. Sekali masa nak duduk ternampak seseorang melambai-lambai aku dari belakang van. Oh, alamak! Ada orang nampak insiden tadi. Kah3. Cover malu aku buat tak nampak je lambaian itu.



Masa trak tu berlalu pergi mamat itu lambai2 lagi kat aku. Aku pun dengan gatalnye balas balik lambaian dia. Haha. Pastu tetibe uncle drebar van tu hulur satu kad katanye ada orang sampaikan konon2 nak berkenalan. Tertera nama mamat navy itu beserta nombor tepon die. Kah3. Tak gentleman sungguh suruh uncle tu yang kasik. Maap le encik Faizal. Saye simpan je la kad tu wat kenangan ye. Idok le saye nak menelepon mahupun SMS encik. Rugi kredit saye je. Kredit saye hanya untuk lelaki yang bernama encik CH je. Lelaki-lelaki yang tak berkenaan takde priority. Sorry! Hoho.



Sampai KL, check-in hotel, pergi KLCC nak jengok2 preparation depa kat sana untuk dinner malam tu. Ya Allah! Berserabut pale rase. Kata dah buat preparation 2 bulan awal. Teks nak berucap pun baru masa tu nak settle. Dah tu kami bertiga la yang kena hempuk padahal salah depa sendiri. Sabau je la. Takpe. Kami terima je sebab kami kan pekerja yang berdedikasi. Malas nak argue banyak2. Lagipun kami cuma kuli takde hak nak bersuara. Angguk-angguk dan yes-yes je la secara terpaksa. Cakap banyak tak boleh. Huhu.




Oh! Dah dah la cerita pasal tu. Meh layan gambar-gambar aku bersama Kak Mas dan Enny ketika berasa sangat bosan di majlis. Haha. Yang paling banyak gambar aku la. Aku kan alergik kamera. Pantang sikit. Kerja nak posing je tak tentu hala. Haha. Layan je la.



*Kak Mas..Aku..Enny*






*Wahhh..gebu gile muke aku. Mekaseh kepada flash kamera yang buat aku nampak sangat putih melepak dari biase. Haha..*





*Enny dengan aku takde kerja syok sendiri tangkap gambar. Bosan! Kui3..*




*Enny berangan dengan bunge. Keh3.*




*Enny lagi..On the way nak balik ke hotel.*





*Aku berangan posing macam model. Padahal badan bulat. Tak layak jadi model. Haha.*



*Gambar ni terserlah sikit muke 'darah cine' arwah atok belah arwah abah yang ngalir dalam diri aku. Sepet la pulak mate. Kui3. Lighting sekali lagi telah berjasa menampakkan aku macam putih gebu padahal itam je sebenarnye. Ngeh3..*






*Dah sampai kat hotel tapi masih sempat lagi berposing. Jangan marah. Hoho.*






Sebenarnye berlambak lagi gambar. Kalau ikut hati nak sumbat semua. Haha. Tapi nanti termuntah lak korang tengok gambar syok sendiri aku tu. Kui3. Sila redha je la ye. Aku memang begitu. Nak buat macam mana. Dah memang sejak azali lagi aku ni ade penyakit alergik dengan kamera. Muahaha.



Menanti dinner di sebelah Zon Utara pulak. Aiyo! Fenin kefale rase. Macam2 nak settle. Lagi 2 minggu lak tu. Fuhhhh. Mintak2 la dapat sambutan hangat supaya Exco tak hentam kata kami tak buat kerja padahal depa yang lengai. Huhu. Ada ke pembaca blog aku yang terdiri dari bekas student USM? Kalau ade, sape2 yang rase die tu pernah belajar kat USM dan merupakan alumni, Mai la pakat2 join! Murah je pun yuran penyertaan. Termasuk sekali dengan sumbangan untuk Tabung Kebajikan Alumni USM. Bergathering sambil beramal gitu. Hehe.



Bisik2:: Nama je kerja Pegawai IT. Tapi macam2 benda aku kena buat. Huk3. Itulah dugaan kerja. Sabar je la.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Heidi Shafiq said...

sume gmbr dinner sgt2 sweet.. :)

♥♥syahadah♥♥ said...

eh abg navy...abg navy ok gak taw (laki ku navy)ekekeke

Privacy_Resident said...

ye saya abang navy datang melawat :P

Linglung said...

kesian faizal tu derr..haha

محمد فردوس سعد said...

salam..ziarah sini, hmm, bestnye jadi navy, haha..ade kaitan ke??

Anna Boleyn said...

hehe cik sha comel walaupun bulat. :)

p/s : on9 guna lappy abang..lappy anna diserang malware & virus. ;(



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com