Tak GENTLEMAN betul lelaki tu..Huh!

Mata masih terbeliak belum mengantuk lagi sebab aku tibai tidur siang. Haha. Bosan weh. Nak keluar tak boleh sebab sepanjang hari hujan je kat sini ha. Janji dengan kawan nak jumpe pun terpaksa aku batalkan. Terpaksa weh. Bukan sengaja nak mungkir janji. Aku ni ade motor je ha. Takkan aku nak redah hujan. Dah la tengah demam ni. Huhu.



Owh. Ini kisah hari Sabtu lalu. Aku, mak, kakak dan anaknye,iqbal keluar jalan2 nak pergi cari kereta untuk iqbal. Wahwah. Melampau betul iqbal ni kecik2 lagi dah dapat kereta. Aku pun belum ade kereta sendiri lagi. Menghebat la budak kecik ni. Hehe. Tak percaye? Tengok la si kecik tu buat muke eksyen gile duduk dalam kereta baru die. Siap ade driver lagi tolong tolak. Haha.

*control comel sebab tengah eksyen dapat kereta baru*



*mak tok saye la drebar saye..kata iqbal..hehe..*



Merata kami p cari kereta untuk budak kecik ni. Kat pacific megamall mahal gilos weh. Jadi kami p cuci2 mata je kat situ. Pusing sana pusing sini, last2 dapat kereta die kat carrefour. Haha. Harga berbaloi baloi la jugak. Cantik dan murah. Dah dapat kereta die, terus kami p dekat dengan surau carrefour tu. Nak pasang le, ape lagi kan.



Tengah aku dok kusyhuk fikir macam mane nak pasang kereta tu, datang seorang lelaki nak duduk kat kerusi yang kami dok wat kerja pemasangan tu. Sudah la gaya mintak nak duduk tu kurang sopan. Perangai pun buruk benar la hai. Boleh die buat budus je tengok aku terkial kial nak pasang kereta tu. Tak GENTLEMAN langsung. Kot la volunteer kan diri nak tolong ke ape. Huh!



Nak kata tak reti mustahil la kot. Die pun dok sorong kereta anak die masa tu. Mesti la die tahu macam mana nak pasang kan? Tolong la weh. Takde maknanye aku nak ngorat kau. Takkan la bini kau nak marah pulak kau tolong orang. Haiyoo. Owh! Masa tu bini die masuk surau nak solat. Die tak pulak aku tengok. Pas bini die keluar terus je blah. Eh? Mungkin die dah solat kot kan. Positif2! Haha.



Memang tak gentleman langsung! Huh. Berkat hasil usaha gigih aku kelebet sana kelebet sini, akhirnya kereta iqbal berjaya dipasang. Ape? Ingat aku tak terer ke bab2 cenggitu? Aku perempuan serba boleh ok! Hoho. Lepas je berjaya tu aku rasa macam nak p lalu je kat depan 'lelaki tak gentleman' tu nak menunjuk. Konon2 nak cakap. 'Hei sedara! Tengok ni. Ingat saye ni tak reti ke nak pasang.' Pastu jalan dengan eksyen. Haha. Niat tak senonoh gile aku ni. Tapi sayangnye tak pulak terserempak. Kalau tak boleh aku eksyen2 kan? Hiks.

*Iqbal tengah ngetest golek2..syok la tu..*



*Eh?ape ni amik2 gambar saye??*


Ok la. Aku beransur dulu. Kena paksa jugak tidur walaupun belum ngantok. Esok kerja weh. Kerja banyak dok menanti kat opis tu. Kang tak bersemangat lak nak buat kerja kalau dah tetibe ngantok sebab tak cukup tido. Alasan takmau wat kerja la tu cik sha ni. Hoho. Tak baik tak baik. Betulkan niat bekerja anda itu ye cik sha. Kerja bukan untuk dapatkan gaji buta. Kena amanah. Ingat tu. Semat dalam hati. Hehe. Selamat tidur semua.



Bisik2:: Ada jugak lelaki tak gentleman cenggitu eh? Huh!

13 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kete dye xsecanggih yang iqbal pnye kowt...tapi mesti besh duk lam kete sports tuuu..

    BalasPadam
  2. lelaki tu tengah tension tu kot kena jaga anak..bini nak shopping..huhu

    BalasPadam
  3. haha..mesti le ade manusia mcm tu..sja jek..sbb die risau dingorat kot.. :p

    BalasPadam
  4. mestilah ada..ramai kot gua rasa..apa nak buat, dunia ni penuh dgn manusia yg mcm2 ragam..sabarlah derr.. :)

    BalasPadam
  5. haha,

    mmg tak gentleman dan takde perasaan. kuikui.

    selamat bekerja, cintailah kerjaya anda, hehe

    BalasPadam
  6. bakal jd kacak cm gua budak tu...hiiik

    BalasPadam
  7. hoho. selamat gua gentleman....kah3x

    BalasPadam
  8. laki 2 nak soh cik sha berdikari kot...hehe...

    BalasPadam
  9. tadi gua rase nmpk update kat sini.. wa...

    BalasPadam
  10. haha keras je muka iqbal. dia tak gentle tapi gentel hhaha

    BalasPadam
  11. huhu ada gak laki yang menyombong camtu ekk

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan