Sayang..tunang jom!

Selamat pagi semua! Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Mesti ramai yang dah terbungkang tido tak hengat dunia dah time ni kan? Aku je yang dok terkebil kebil berjaga konon2 nak jadi burung antu. Lama gila dah tak tido lewat cenggini. Memandangkan esok cuti, jadi boleh la aku saje2 nak try test tido lewat. Macam dulu dulu sebelum bekerja. Ngengade. Hiks!


Hadoi. Rimas betul aku dengan air jernih yang dok keluar dari hidong mancung aku ni. Masalahnye mancung ke? Haha. Hmm. Konpom nak selsema la ni. Patut la hari tu tekak rasa saket. Rupenye simptom nak selsema. Huk3. Ni mesti sebab seminggu ni balik kerja asyik redah hujan je. Aku ni kalau dah kena penyakit memang lambat la nak sembuhnye. Tambah2 penakot+pemalas gile nak telan ubat. Huwaaaa. Sabau je la.


Haa. Sebenarnye aku nak share something dengan korang. Minggu pertama raya hari tu, aku perhatikan ramai gile kawan2 sekampus aku yang ambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pertunangan. Wahhh. Aku tumpang gembira untuk mereka. Tahniah! Semoga berkekalan dan berpanjangan sehingga menuju ke alam pernikahan pula. Maaf sebab aku tak dapat hadirkan diri. Jauh kot aku nak pergi. InsyaAllah time kenduri nanti aku cuba hadirkan diri walaupun kena naek bas jauh2. ^_^




*Grand gile pelamin tunang ni macam pelamin nikah je kan?*




Cakap bab tunang ni kan, aku perhatikan trend zaman sekarang ni semua pakat dok buat majlis besar-besaran. Dah rupe macam majlis pernikahan pun ye jugak. Grand gile weh. Baik teruskan je dengan majlis nikah. Idok le membazir. Ye dak? Hehe. Bukan la aku ni nak dengki pun. Sikit pun takde terpalit perasaan busuk cenggitu. Takde maknanye nak jeles2. Cuma bila aku tengok gambar bertunang kawan2 yang dipost kat FB, hati aku terus je mengomel. "Mak ai! Macam nak menikoh je. Grand nye.."


Tapi itu atas kehendak individu masing2 la kan. Ada duit berkepuk kepuk boleh la nak wat majlis besar-besaran. Terpulang. Bagi aku cukup buat sederhana saje sudah. Bertunang ni tak elok nak kecoh2 sangat. Takut tak menjadi. Mana la nak tahu tup-tup terputus di tengah jalan. Dalam tempoh pertunangan tu kan banyak je dugaan. Darah manis orang tua-tua dulu cakap. Kan2? Sebab tu majlis pertunangan hanya digalakkan untuk keluarga, sedara-mara dan juga jiran2 terdekat saje. Bila nak menikoh baru la pergi sebarkan satu kampung. Satu Malaysia pun takpe. Maklum le kawan2 kan ade kat merata tempat. Baru sesuai gitu. Hehe.


Aiseh! Cakap pompang lebih. Esok2 aku yang terbuat grand2 kot. Hoho. Idok le gamaknye. Aku ni jenis bersederhana orangnye. Tapi aku akan pastikan yang terbaik untuk diri aku sendiri la walaupun sederhana. InsyaAllah. Ceh! Cakap deras macam esok je nak bertunang. Hak3.


Belum masanye lagi la weh. Tunggu dulu. Takkan aku nak cakap macam ni kat encik CH. "Sayang..tunang jom!" Huishh. Idok la desperate sampai gitu. Aku pun belum cukup duit lagi ni. Encik CH pun baru nak kumpul duit. Kan kami baru sama2 kerja. Setahun pun tak sampai lagi kerja. Jadi kena banyak2 sabar la kan. Hehe. Takkan la aku nak terhegeh hegeh paksa2 lak encik CH ajak tunang. I'm not that kind of person ok. Tak main la paksa2. Sampai masa nanti die bawak la famili die mai minang aku. Kalau ada jodoh tak ke mana.


Biar le kat mulut orang2 yang ngata kat aku konon2 aku tak laku. Dah tua tapi belum kahwin. Tunang pun idok lagi. Takpe la. Nak wat camne. Mulut orang. Aku pun tak kesah le orang nak cakap ape kat aku. Bukan dorang yang kasik duit kat aku dan kasik aku makan. Lagipun me looks young what even umo dah doplohnam. Hoho. Perasan jap.


Ini sekadar pendapat aku saja la. Nak berkongsi dengan pembaca blog aku. Tidak aku tujukan pada mana2 pihak. Aku menulis secara overall. Maaf kalau ada yang terasa dan terambil hati. Maaf sangat2. Langsung takde niat buruk atau unsur dengki dan busuk hati. No heart feeling ok! Ngee.



Bisik2:: Tunang bukan bermaksud boleh bebas bermesra macam suami isteri tau. Kena jaga batas pergaulan. Banyak dugaan sepanjang tempoh tunang ni sebenarnye. Ape2 je boleh berlaku. Ingat tu!

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mak aii..
    kawen ka tunang tu ?
    mcm nak bersanding ja

    BalasPadam
  2. haha. tau pun. tunang belum menghalalkan yang haram.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan