Reunion yang tak macam reunion pun

Salam jumaat. Ate..masih dalam mood raya ke kome semua? Ewah. Cakap loghat perak la pulak aku kan. Biase la. 1 Malaysia. Hak3. Hari ni aku off. Saje amik cuti. Hari tu kan aku tak amik cuti raya. Raya ke-empat dah start kerja. Pastu kan aku kerja 2 minggu berturut2 sabtu ahad tanpa cuti masa konvo USM bulan Ogos lepas. Dapat cuti ganti 2 hari. So aku extend cuti ganti tu hari ni la. Ada lagi sehari. Nak simpan dulu kot2 nanti ada ape2 emergency kan? Hehe.


Semalam Hari Malaysia yang ke 47 tahun kan? Tahniah Malaysia. Masih kekal aman damai hidup berbagai kaum dalam satu pemerintahan walaupun ada peristiwa2 tak diduga yang berlaku akhir2 ni. Tapi sangat berharap Malaysia akan terus kekal aman dan masyarakat hidup bahagia sampai bila2. Amin. Rasanya semua tahu Hari Malaysia tu hari ape kan? Hari bersatunya Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang dipanggil Malaysia. Aku bangga aku dilahirkan di bumi Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan bangsa tapi hidup aman damai. ^_^




*Aku-Cik Wahida-Puan Wani*




Owh. Semalam kan cuti umum sempena Hari Malaysia. Jadi semalam aku dah berjanji dengan sabahat-dunia-akhirat, Cik Wahida n Puan Wanie, nak hangout sama2 konon2 nak pergi beraya ke rumah cikgu2 time kami sekolah dulu. Lepas habes sekolah 9 tahun tak jumpa dengan cikgu yang ajar kami masa form 4 n form 5 dulu. Tambah2 cikgu Fizik kami. Sebab habes sekolah masing2 melanjutkan pelajaran. Sekarang masing2 dah bekerja. Macam reunion la jugak semalam tu. Heee..


Tapi sayangnye aku terlupa la pulak nak snap2 gambo time beraya rumah cikgu tu. Aiyoo. Bawa je kamera. Tapi boleh pulak lupa. Eksaited dapat makan kot. Hahaha. Ngek je kan? Sebenarnye eksaited sebab dapat jumpa kawan2 dan cikgu2 tu la. Kami serbu 3 buah rumah cikgu semalam. Cikgu yang lain takde sebab pergi beraya jugak. Takpe la. Tahun depan leh pergi lagi. Hehe.




*Encik Yus n Encik Najib. Sebok pilih menu makanan.*




Lepas puas beraya, kami berlima pun pergi bersukaria kat Jusco Perda. Eh? Tadi bukan ada 3 orang je ke? Hehe. Tak2. Ade lagi 2 orang mamat yang perasan hot, Encik Najib n Encik Yus, ikut kami jugak. Hik3. Lepas beraya tu kami lepak2 jap kat Old Town. Sembang2. Dah puas bergosip buang air liur dan menghabiskan duit Encik Najib kami pun berpecah. Aku dengan Cik Wahida n Puan Wani nak pergi bershopping.


Seharian aku spend masa dengan 2 orang sahabat-dunia-akhirat aku tu. Enjoy sangat! Lama tak dapat hangout macam tu bertiga. Rindu gila. Masing2 dah ada kehidupan sendiri. Bila dapat spend masa macam tu rasa macam tak puas je. Rasa macam cepat je masa berlalu. Bila ntah lagi nak dapat peluang macam tu. Puan Wani dah jadi bini orang dan tak lama lagi bakal nak jadi ibu pulak. Cik Wahida pulak bizi dengan kehidupan die menjadi pelajar sekarang dan pensyarah nanti. Aku? Bizi dengan kehidupan aku la. Hehe. Tapi hope sangat persahabatan kita akan terus kekal sampai bila-bila walaupun masing2 bizi. Wokeh my sayangs berdua? Amin. ^_^


Hari ni tak tahu la nak pergi mana. Lagipun cuaca tak berapa sehat je aku tengok hari ni. Sekarang pun dok hujan. Cadang nak pergi kubur pagi tadi tapi terpaksa batalkan sebab tetibe semalam 'bulan jatuh'. Haish. Tapi alhamdulillah sebab aku tak payah ganti puasa. 'Bulan jatuh' lewat. Yeay! Suke2. Dapat puasa penuh. Hehe. Tengok la petang2 kang sket aku ingat nak pergi melawat kawan yang dah jadi ibu tu dah nak dekat 2bulan. Janji nak p ziarah tapi tak pergi2 lagi. Ntah ape2 je aku ni. Berjanji je. Huuu. Tapi tengok keadaan la. Hari ni macam nak hujan seharian je. Kalau tak dapat pergi hari ni aku pergi esok je kot. Berdalih tak habes2. Hek3.



bisik2:: Tetibe teringat kat skandal2 lama time budak hingusan dulu..Haha..

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. best kn kak reunion :")
    teringat skndal dlu3 huhuhu~~

    BalasPadam
  2. intan,,. saper skandal ko?? hahhaa

    BalasPadam
  3. ha..ha.. br sempat baca blog hg.. correction najit not najib...hu,,hu,, thanks dear... really enjoy that moments..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan