Aku rindukan kasih dari lelaki itu

Tadi pagi aku dengan mak pergi lawat abah. Lama sangat dah tak pergi tengok abah. Sian abah. Mesti abah dah lama tunggu kami. Huhu. Maaf abah. Owh. Semalam 25 September 2010 genap 11 tahun arwah abah pergi bertemu penciptanya. Tadi aku dengan mak pergi lawat abah kat kubur la. 11 tahun dah rupenya aku hidup tanpa kasih seorang ayah. Hanya menumpang kasih seorang ayah dari paksu aku je. Mekaseh paksu. Lebiu la. Hoho. Ni nak tulis entri sedih2 ke nak tulis entri gembira? Ntah ape2 je aku ni. Hehe.


Tak elok sedih2 kan? Buat ape nak meratapi orang yang dah pergi. Lagi bagus kalau aku bersedekah doa untuk kesejahteraan arwah abah kat sana. Esok2 aku pun akan ikut beliau jugak. Nanti kat sana boleh jumpa dengan beliau kalau aku selalu doakan untuk beliau. Betul tak? Hee. Tapi tipu la kalau aku kata aku tak sedih. Sedih memang sedih. Siapa tak sedih kalau takde ayah? Orang lain semua ada ayah. Boleh manja2 dengan ayah. Ingat aku tak jeles ke? JELES ok!


Dulu aku pantang kalau orang tanya pasal arwah abah. Sebab nanti aku sedih. Tambah2 kalau baru kenal. Orang mesti tanya pasal beliau. Soalan wajib "Ayah kerja apa?". Habis aku nak jawab ape? "Ayah kerja dalam kubur." Takkan la aku nak jawab macam tu. Sungguh tak sopan. Ish3. Selalunya aku diamkan je. Kadang2 aku taknak orang tanya banyak2 aku cakap siap2 yang aku dah takde ayah. Konfom orang takkan tanya banyak dah. Pastu tak habes2 nanti dorang mintak maaf sebab takut tersinggungkan hati aku. Hehe.


Tapi sekarang aku dah kebal sikit. Kalau orang tanya, aku terus terang je aku anak yatim takde bapa. Bile orang mintak maaf, aku cakap "Takpe. Saye dah biase dah dengan soalan tu." Nak buat camne kan. Aku kena la terima kenyataan yang aku memang dah takde ayah. Itulah realitinye. Tapi takpe. Tak lama nanti kalau aku dah kawen aku dapat ayah baru. Hoho. Berangan. *_^


Semoga arwah abah tenang kat sana. Kakak tak pernah lupe doakan abah setiap kali lepas solat. Nanti sampai masa kita jumpa kat sana eh abah. Rindu sangat2 kat abah. Maaf sebab tadi baru kakak dengan mak berpeluang pergi lawat abah. Walaupun jarang pergi lawat abah kat kubur, tak bermakna kami semua dah lupakan abah. Abah sentiasa hidup dalam hati kami. Sayang abah selama-lamanya.^_^



Bisik2:: Dari DIA kita datang..pada DIA jua kita akan kembali satu hari nanti.

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Isyallah kamu kan bertemu dia satu hari nanti.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan