Drama dan kehidupan

Situasi lepas aku tengok drama yang sedih kat tv3 ke tv2 ke tv1 ke, konfom air hidung air mata aku pun merembes keluar tak henti-henti. Tapi aku ni jenis nangis senyap-senyap punye pesyen. Nanti mesti mak aku tegur, "Eh2..kakak nangis eh..". Dengan semangat aku pun jawab,"Mane ade!! Mata masuk habuk la..". Mak menyerang balas, "Eleh..macam mak tak tahu hang tu kememek. Tengok cerita pun nak nangis..". Kantoi aku di situ. Potong stim je tau mak aku ni. Aku syok-syok layan drama. Haha.


Encik CH pun suka cakap kat aku,"Ala..tu drama je. Bukan betul-betul pun. Yang nak nangis pasai pa?". Huuu..mesti ramai dari hangpa pun cakap macam tu kot. Eleh. Setakat drama je. Bukan betul berlaku. Rekaan semata-mata. Tengok je dah la. Yang nak emo pasaipa.



Tapi aku lain weh. Sebab tu aku touching terlebih kalau tengok drama menyayat hati ni. Bagi aku, sesetengah drama adalah cermin kepada kehidupan realiti kita sehari hari. Cuma dalam drama ada pelakon nya yang dibayar untuk melakonkan sesuatu watak mengikut skrip yang telah diatur. Apa yang pasti, segala watak yang dilakonkan dalam drama adalah berdasarkan realiti hidup kita. Skrip saja telah diolah dengan menambah pelbagai 'perisa' untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik.



Kehidupan realiti kita juga ibarat drama-drama tv lakonan pelakon-pelakon tersebut. Cuma kita adalah pelakon untuk drama kehidupan kita sendiri. Kitalah penulis skrip. Kitalah pengarah. Jadi aturlah perjalanan kehidupan kita sebaik mungkin. "Perjalanan hidup yang kian mencabar mengajar aku untuk terus berusaha melakukan yang terbaik kerana akulah pelakon utama dalam setiap episod hidupku..". Sebab tu kat blog aku ade kata azimat yang aku reka sendiri ni ha. Kononnya nak bersastera. Hihi.



Jadikan mesej yang cuba disampaikan melalui drama tu sebagai pengajaran untuk kita memperbaiki hidup kita. Jangan tengok untuk seronok-seronok je. Penat penulis skrip tu tulis jalan cerita nak bagi hangpa pikiaq. Macam drama Adamaya yang hangpa suka tengok tu jugak la. Siap emo marah maya sebab buat kat laki dia macam tu. Apa mesej yang cuba disampaikan? Ade hangpa pikiaq dak? Haa..itulah yang aku maksudkan. Ambik mesej yang baik-baik je. Yang buruk jadikan teladan supaya kita tak ulang siar dalam drama kehidupan realiti kita.




Bisik-bisik :: Faham tak ape aku merepek meraban ni? Sebab aku emo tengok drama Dendam Seorang Isteri kat tv2 tadi punye pasai la ni. Ahahaha..


4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ohhh.. Ade tengok iklan dia.. Zamarul tu ek? Ngan rafiena? Huhu.. Saye pon slalu nengok drama nangis jek.. Senang nagis.. Cengeng.. Haha.. Seronok gak nengok drama nangis2 ni.. Hik hik..

    BalasPadam
  2. ahha.
    sensitif rupanya.
    ;)

    BalasPadam
  3. menarik tu kata2 azimat tu

    BalasPadam
  4. salam ziarah. :)
    membaca.
    dalam hidup kita memang pengarah popular.

    dugaan hidup dalam cerita dendam seorang isteri memang sedih laa.
    dah tengok.

    *cinta hati mu macam adi putra(reza-na o mei) -puji insan yg dah berlaki.-

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan